November 17, 2009

Thats not my eyes!

Saje je snap pic ni. Dah lama tak bergambar guna hp sendiri. Actually bkn hp aku,tp hp adik aku yg rosak dulu tu aku betulkn balik. Insyaallah lepas ni aku update lg.. Salam~ *dah nak siap kerja..

Duckling!

July 20, 2009

Shout Awards best giler!!



Perghhhh!!! Selesai sudah anugerah paling happening aku pernah pergi iaitu Shout Awards 2009 pada malam 17th Julai lepas. Membuat debutnya di Stadium Putra Bukit Jalil,acara anugerah ini berlangsung dalam keadaan yang cukup hip, meriah dan wahlahweyyy~ sangat2 best!

Tahniah kepada 8TV kerana berjaya "masuk" kedalam jiwa remaja dgn mengadakan sebuah event yg betul2 menghiburkan.Tak dinafikan,jika menonton secara langsung dari saluran 8TV,ada berlaku sedikit masalah audio tetapi aku dan kawan2 yg berada di stadium pada malam itu cukup2 teruja.

Secara keseluruhannya event ini pada pendapat aku,ianya bagaikan party + clubbing + MTV Awards

July 15, 2009

Shout Awards 2009



Hello uols~
Hm...last update blog was on the 3rd July.Alahai lamanya tak masuk sini.Bukan suka2 taknak update tapi line internet kat umah aku ni asyik2 kondem jek.Dulu sebelum kami serumah install wireless internet kat rumah ni,kami selalu "menumpang" satu network wireless ntah dari mana..itupun liputan dia amat2lah sedih..tapi dapatlah kalau2 nak check Myspace or Facebook.Kalau bernasib baik,sempat la tgk Youtube!

By the way,kali ni nak cerita pasal anugerah terbaru yang dikhususkan kepada penggiat seni dari arena TV,muzik,pengacaraan,radio dan penampilan iaitu Shout Awards 2009! Aku mulanya tak amik kisah sangat pasal award ni sebab ketika menonton teasernya di 8tv,aku tertanya-tanya; "ape mende ni??"

Then semakin dekat dgn event tu,baru lah aku tau ianya satu anugerah yang pada aku tiada prestijnya..melainkan hanya ingin mengisi slot2 anugerah yg sedia ada di Malaysia ni.Boleh dikatakan kepada bakal pembawa pulang anugerah Shout tu nanti ialah "hanya sekadar mengisi almari trofi kat rumah masing2" ahaks!

Anugerah yg berkonsepkan urban ini bakal disiarkan secara langsung di 8tv dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 17th July 2009 nanti bermula pada pukul 8.30pm dan yang bestnya ialah......I WILL BE AT THE SHOUT AWARDS EVENT!! wowhooo!!!

*dapat 5 keping tiket ke Shout Awards :)

July 03, 2009

Terlepas denda RM 30.00!!



Ahahaha...Hari ni kerja macam biasa.Masuk shif middle which is 12pm-8pm.Untuk hari ni aku dah ade plan untuk singgah di HSBC Leboh Ampang untuk memindahkan wang gaji aku ke beberapa akaun bank yg lain.So tadi aku dari tempat kerja di Mid Valley ke KL Sentral menggunakan tiket Komuter yg salah.Memang sengaja aku tak beli tiket ke KL Sentral.Sebenarnya tiket tu dari Bandar Tasik Selatan ke Mid Valley tapi aku tak gunakan tiket tu utk swipe.So aku simpan je tiket tu sbg "alasan" untuk ke KL Sentral..paham tak ape aku cuba sampaikan ni? bahahahahahah!!~

Sebaik menaiki Komuter ke KL Sentral,dengan selamba dalam nervousnya aku ke ticket gates dan swipe tiket tu dan tetibe..

"tiitttt tittttttt" -eh? apsal tak boleh masuk? Aku cuba lagi dan..

"tiitttt tittttttt" -alamak! kantoi la..

Habis la aku! Penumpang lain dah ramai kat belakang aku ni.Nak tak nak aku beranjak ke tepi dulu.Biarkan orang semakin beransur kurang dan aku pun berjalan menuju ke pemeriksa tiket di tepi gate tu dan pura-pura bertanya...

"kenapa tak boleh masuk ni?" tanya aku kpd pemeriksa tiket itu.Dia melihat tiket aku dan berkata..

"Ini tiket ke Mid Valley" kata pemeriksa tu.

"Saya tau tapi tadi saya tak turun kat Mid Valley.Saya terus datang sini.Lagipun tambang dari Bandar tasik Selatan ke KLSentral sama dengan Mid Valley kan?"
aku meyakinkan pemeriksa tiket itu.

"Memang harga sama tapi gate ni berpandukan nama stesen yang penumpang naik"
jelas si pemeriksa tiket itu lagi.

"Habis mcm mana ni? Saya dah pambat nak pergi bank.Emergency!"
aku cuba menipu.

"Lain kali jangan buat macam ni.Sepatutnya kene denda RM 30.00 sebab naik Komuter tanpa tiket yg sah"
bisik pemeriksa itu.Mungkin kerana di belakangnya berdiri seorang pegawai pemeriksa yang lain menyebabkan dia berbisik kpd aku.

Aku terkedu! Habis la kalu kena bayar denda tu.

"Dah cepat jalan.." kata pemeriksa itu dan aku pun terus keluar dari gate tu dengan lapang hati.

Lalu aku terus menyambung perjalanan ke Stesen Masjid Jamek menggunakan Putra LRT.Sampai di Masjid Jamek,aku terus HSBC dan keluarkan beberapa ratus wang dan kemudian ke Ambank...masukkan setengah yg dikeluarkan tadi dan bakinya aku masukkan pula ke akaun CIMB...

ahaks! merata2 simpan duit tapi cepat je pun duit habis~ lalalallala~

Selesai urusan,aku terus ke Bandar Tun Razak berjumpa dgn GFF aku si Nina Ribena...lepak dan makan2 sebelum aku pulang menaip blog ini...

Good Night!!!!

July 02, 2009

Bahaya kasut CROCS!



Tengok tajuk dia,aku rasa tak ramai di antara kita di Malaysia ni tau akan bahayanya kasut getah berjenama popular Crocs.Yes kasut buatan Crocs adalah satu fenomena di seluruh dunia di mana "setiap orang mesti ada".Walaupun harganya agak mahal,tapi tatkala menyarungkan Crocs di kaki dan berjalan kemana2,terbit rasa bangga kerana memiliki Crocs.Disebabkan populariti kasut jenis itu juga,ada beberapa pembuat kasut yg lain telah "meniru" rekabentuk Crocs.Contoh yang paling tepat ialah ASADI.

Aku juga memiliki sepasang kasut ASADI yg 100% menyamai Crocs..Juga diperbuat drp getah tapi perbezaannya cukup ketara kerana Crocs mengandungi sejenis bahan getah unik yg dipanggil sebagai resin yang mana membuatkan permukaan tapak yg dipijak itu akan membentuk tapak kaki si pemakai..Sungguh selesa!

Tapi disini,aku nak kongsi dgn korang tentang beberapa kes yg agak menakutkan yang berlaku kepada pemakai2 Crocs di seluruh dunia.Setakat yg aku taip ni,dah ada lebih 40 kes yg sama berlaku iaitu "jari kaki hancur akibat crocs yg dipakai tersepit di escalator"
Berikut adalah beberapa gambar yang boleh korang tatap..


Dlm ISETAN Klcc pun ada reminder yg pebih kurang mcm ni..(info dr internet)

Ape2pun kan terpulang kepada kita untuk pakai kasut ni sebab aku sendiri bakal sambar satu pasang Crocs :) . Kepada korang yang nak lebih info pasal kes kasut Crocs tersepit kat escalator tu,mudah je..pegi je kat google dan taip : crocs escalator.

*renung2kan dan selamat beramal~

July 01, 2009

Midnight movies!


Autobots! Transform!!

Ahahahh besh2..akhirnya malam ni aku dapat jugak tengok filem yang paling ditunggu2 iaitu Transformers 2 : Revenge of The Fallen.Memang gile la dapatkan tiket dia.Release pada petang 23 June lepas,peminat2 Tranformers dah memenuhi panggung.Tambah2 lagi jualan tiket dibuka seminggu lebih awal dari tarikh tayangan.Sampaikan nak beli tiket secara online pun,website GSC yang aku bukak pada 24 June lepas "sesak" dek kerana seluruh peminat tak mahu ketinggalan utk menjadi yg pertama menonton filem tu.

Tapi semalam aku dah berjaya dapatkan tiket.2 keping tiket Transformers untuk tayangan tengah malam nnt.Tengok dengan siapa?
Tengok dgn buah hati tersayang la...my MUCUK!!!
Lepas tengok Tranfsormers mlm ni,esok pulak aku dgn Arez sekali lagi masuk panggung..Kali ni tgk sekuel Ice Age 3.Apa yang membuatkan aku teruja nak tonton filem sekuel ni adalah kerana ianya ditayangkan dlm versi 3D! Aku memang suka movie2 3D sebab lebih clear dan karakter2 dlm filem 3D lebih "hidup"..Esok malam tayangan pukul 9.00pm,so sempat lah kot aku bawak Arez makan kat tempat keje aku SEED cafe.Nak bagi dia rasa makanan kat sana :)

June 29, 2009

Ayuh! Buka lembaran baru!


Assalamualaikum...
Dah masuk bulan June 2009,sejak post aku yang terakhir tentang perjumpaan Myspace group aku (Kalibre) tu,terus aku dah tak update blog atas alasan blog rosak.Well takde la rosak sangat pun cuma ada beberapa widget2 yang aku dah set-kan dalam blog aku tuh "hilang" selepas aku gatal tangan ubahsuai layout dia.

Sepanjang ketiadaan post baru sekitar bulan Mac hingga Jun,terlalu banyak perkara atau insiden yang berlaku di persekitaran aku.Ada yang buruk dan ada yang agak manis dikenang..So dlm post kali ni,aku nak ceritakan 3 ringkasan tentang beberapa perkara dan insiden yang berlaku di sekeliling aku sepanjang Feb 2009 ke Jun 2009...there goes~

**Cupin berpatang arang**
Kes ni berlaku beberapa hari selepas aku menjalinkan hubungan dengan lover terbaru aku sekarang ni.Punca sebenar si Cupin ni menghilangkan diri pun aku tak berapa pasti tapi yang aku pasti dia jadi mcm tu right after dia dpt menghidu tentang hubungan aku dengan Arez.Dia terus berubah dan mengambil tindakan drastik dengan tidak membalas semua SMS aku (even SMS dari Arez),dia jugak dah block Myspace aku dan Arez supaya kami tak boleh berhubung langsung dgn dia.Aku dah cuba pujuk dan bertanyakan tentang apa sebenarnya yang berlaku tapi dia berpura2 tak pernah kenal dgn aku..

**Zach cuba masuk jarum**
Yang ni pulak,perihal si Zach yang secara tiba2nya "jatuh cinta" dengan aku selepas kami pertama kali bersua muka semasa perjumpaan group Kalibre pada bulan Februari lepas.Mulanya aku tak amik post sangat dgn layanan dia selepas gathering tu tapi semakin hari semakin "lain"..Bila dia meluahkan isi hati dia pada aku,baru lah aku sedar yang dia dah crush terhadap aku ketika pertama kali berjumpa secara langsung.Tapi aku menolak secara baik dengan mengatakan yang aku dah ada Amir (boyfriend aku ketika itu).Yang mengejutkan aku,dia tak kisah utk jadi yang kedua.Asalkan dpt berpasangan dgn aku.Oh tidak! Aku bukan jenis macam tu.Dan dlm waktu yang sama,Arez (boyfriend sekarang) dah siap pasang strategi utk mengalihkan perhatian Zach dari aku..Well,the rest are history.

**15 Jan 2007 - 23 Feb 2009**

2 tahun hubungan aku dengan Amir akhirnya runtuh jua dek kerana masalah yg timbul dr kedua2 belah pihak.Itulah rekod hubungan aku yang paling lama setakat ini.Dlm kes "perceraian" ni aku tak tunding jari pada sesiapa tapi kalau difikirkan balik apa yang kami alami selama 2 tahun itu,both of us ada buat salah.Sedangkan lidah lagi tergigit kan..
But to play safe,aku lebih suka kata yang aku dah letih dgn keegoan seseorang.Aku bukanlah seorang yg cepat naik angin tapi setiap manusia ada limit kesabaran jugak.Apa2pun aku harap Amir skrg bahagia dgn hidup dan cara hidup dia.Terlalu banyak benda yang kami kongsi sepanjang 2 tahun tu...

Blogging lagi...


Helo helo helo..!! adoyai lama jugak tak update blog aku ni kan.. Ada macam2 cerita yang berlaku sepanjang 3 bulan aku tak update blog ni. Nanti aku fikir2kan cemana nak digest cerita2 tu dgn ringkas dan padat :) See you next text.....

February 11, 2009

Kalibré's 1st Gath.

Ngeee~
Setelah lama tak meng-update blog atas alasan 'blog rosak',aku kena
jugak update ttg gathering sulong group cyber aku; Kalibré (pronouced
as ka-li-brey).

Beberapa minggu sebelum idea utk mengadakan gathering,aku ada
memberitahu Cupin ttg niat aku untuk keluar dar family Kalibré yg
fabulous itu dgn alasan group itu 'kurang aktif'. Akan tetapi Cupin
selaku 'assistant' dlm group itu mencadangkan supaya gathering sulong
kami diadakan.

Dan bertempat di shopping kompleks plg fabulous,PAVILION pada 8th
February 2009, kurang sesuku dari lebih 3ratus ahli berjaya
dikumpulkan.

Gathering dgn tema jolokan "Meat-Eating" ini berjaya mengumpulkan
Cupin,Zach,Ruff,Didi & kawannya,Boi,Fadeyl,Farel,Nini dan aku sendiri.

Kami semua sempat menikmati mkn tghari di Food Republic,kecuali si
Presiden kerana dia dtg agak lewat..Seterusnya kami berjalan di
sekitar Pavilion dan ketika inilah kebanyakan dari kami berpecah
secara tidak sengaja. Kemudian kami berkumpul semula di grand stairs
Pavilion sementara menunggu masa tayangan Pink Panther 2 pada pukul
3.30pm.

Kira2 pukul 3.30pm kami mula masuk ke dalam panggung. Well,cuma kami
10 org merupakan patrons terakhir yg masuk ke dalam. Puas jugak lah
tgk movie itu sebab mmg aku teruja utk menonton filem sequel tersebut.

Sebaik keluar,kami berkumpul di hadapan Baskin Robbin dan sesi
bergambar bermula..sebelum aku meminta diri untuk pulang..


--
Haie Ahmad

February 01, 2009

Blog aku rosak ok...!

kerja2 mengUPDATE blog aku hentikan sementara sebab blog 'rosak'... habis sume widget2 & gadget2 yg aku customize hilang....

January 24, 2009

Bride Wars

Selamat Hari Sabtu sumerr!!!
Hari ni aku happy kot sebab malam nanti nak balik kampung.Balik
Perak-Kedah-Perlis!
Lama dah wei tak keluar dr negeri Selangor ni.Nak jugak hirup udara
dara yg ada kat luar bandar.

By the way,semalam aku tgk 2 movies.Inkheart dan Bride Wars.Well,aku
dah tulis pasal filem Inkheart dan kali ni nak citer pasal Bride Wars
pulak.

Filem gandingan Anne Hathaway(Emma) dan Kate Hudson(Liv) ni
mengisahkan ttg kekuatan peribahasa melayu yg berbunyi "carik-carik
bulu ayam,lama-lama bercantum juga". Ya,persahabatan mereka sejak
kecil akhirnya teruji apabila berlaku perebutan tarikh untuk majlis
perkahwinan mereka.

Kedua2nya berlangsung pada tarikh yg sama dan berlaku lah 'perang'
untuk melobi kawan2 mereka supaya datang ke majlis mereka.Sementelah
kawan2 Liv juga merupakan kawan2 Emma.

Ada beberapa babak dan adegan yg sgt funny yg dilakukan oleh kedua2
perempuan ini kerana masing2 nak nampak fabulous di majlis mereka
sendiri.

Well,cerita ini sgt happy ending coz finally Emma mengalah dan
membatalkan majlisnya dgn memberi laluan kpd sahabatnya Liv utk
meneruskan majlis.And guess whar,Emma jd ketua pengapit utk Liv..
Oh btw,Emma kawin dgn abang Liv.. =)
And both of em,pregnant..

*blk kampung! yeh!
--
Haie Ahmad

January 23, 2009

InkHeart!

Hari ni kerja macam biasa tapi hari ni BB datang umah aku.Tak balik
Temerloh dia katanya.So dia cadangkan utk kitorg tgk movie.
Dia nak tgk Inkheart sementara aku nak tgk Bride War.Tapi rasanya
Bride War belum release so tgk Inkheart aje lah.

Lalu kami login masuk website GSC utk beli tiket secara online.That's
our fabulous way to purchase the tickets...just like usual.Sedang
belek2 website GSC,terpampang movie Bride War!
Omg! harus tgk ni...
So kitorg pun beli tiket utk both movies.

Inkheart pukul 3.35pm;
Bride War pukul 11.50pm mlm nnt.

Masa aku type blog ni,aku baru selesai tgk Inkheart.The movie was .....not bad~
Biasa lah filem fantasi mcm tu,anything might happen & appear in the scenes.

Well I think that movie will planning for their sequel ..hope so.
I gave 6 star for that kind of plots.
The plots are light..predictable and the same sense of humor can be
founded in this film and the other fantasy films..

*I like Meggie dress at the ending of the film by the way,it was soooo
haute-couture! hahaha

--
Haie Ahmad

January 22, 2009

Hilang Sebotol ?

Masuk kerja pagi ni dah kecoh2.
Aku tak tau ape yang dikecohkan kat bar tu sbb aku dengar pot-pet2 dr
dlm restroom sbb aku tgh siapkan rambut masa tu.

Keluar je dr restroom,aku berjalan ke staff room melepasi bar sambil
pasang telinga nak tau ape yang dikecohkan itu.Tapi aku tak paham
sepatah haram sbb budak2 tu bercakap dgn bahasa ibunda diorang -
Myanmar!

Keluar pulak dr staff room,dorg pandang aku dan si Sunny a.k.a manager
wannabe tu tanya aku;

Sunny : Haie,yesterday night itu beer jual 4 buckets.Why sini ada 25 bottles?

Larr...rupanya kes botol beer terlebih sebotol je pun.Kecoh
betul.Suppose 4 buckets ada 24 botol je,tp bartender kira pagi ni ada
lebih sebotol.

Actually smlm aku stay sampai 1230am sbb jaga customers yg mabuk then
aku 'hadiahkan' lagi sebotol beer utk one of the customer tu sbb dia
mabuk n berebut SEGELAS beer dr member dia yg jugak maBuk..harus la
masing2 taknak mengalah.

Daripada dorg mabuk buat kecoh,better aku bg sebotol kan?
Hahahaha sesuka hati je.Nasib baik beer je,kalo dorg berebut liquor??
buntu aku nk tenangkan dorg..

So aku bgtau bartender,smlm aku yg minum lagi sebotol tu.Aku ckp mcm
tu sbb kalau aku bgtau yg aku bg beer free kat customer,nnt aku yg
kena bayar.Kalau ckp aku yg minum,its ok.Just turunkan autograph aku
dlm inventory list.
Settled satu kes..

Silap aku jugak sbb lupa nak buang barang kes iaitu botol yg lebih
satu tu..kan da kantoi..muahahaha..

--
Haie Ahmad

January 21, 2009

Adoyai~ Cemane ni ek?

Adehhh...
Since ahad lepas,hati aku ni tak menentu je.Jiwa kacau sikit.Bukan
pasal cinta,tapi pasal kerja.
Aku dah tak tahan sbnrnye kerja kat tempat aku ni.Bukan sebab apa,cuma
gaji yg diterima tak cukup utk tampung daily life aku.
Aku bukan seorang yg high-maintenance tetapi boleh dikatakan boros..boros kot?
Tak bijak dlm menguruskan wang..

Since awal thn hari tu,aku dah mula cari lubang2 kerja yang lain.
Aku apply kat satu restoran kafe kat SS 2 dan I've made it.Tapi
difikir2 balik,tak berbaloi.Kemudiannya aku ke sebuah restoran
berkonsepkan club/pub.Once again I've made thru.Gaji yg ditawarkan
pada aku cukup2 lumayan berbanding yg pernah aku terima skrg.

Dan tadi,aku dpt lagi satu call utk interview.Kali ni bkn dunia F&B..
Ini dunia "9 to 5" atau lebih tepat,kerja office.My GFF yg offer aku
kerja situ.Katanya kerja bergaji lumayan yg aku terima tu mmg lumayan
tapi I got no time for my own life.It'll require me to work work and
work.

Memang betul kata dia tu.Kalau aku kerja tmpt dia skrg,sah2 aku kerja
9-5 je hari2.5 days a week.Dan boleh je kot nak mula berpakaian smart
ke tempat kerja.29Jan ni aku akan ditemuduga di tempat kawan aku
tu..Insyaallah semuanya akan berjalan lancar..

*haven't decide yet..


--
Haie Ahmad

Breakfast Hunting!

Hellow~ morning u guys. Hari ni pagi2 aku da bgn. Perut lapar giler.So aku kuar cari breakfast.Its 6.49am in the morning now.Damn cold! haha.. Aku tgh tggu gerai nasi lemak ni bukak.So sempat lg online. Mihun Goreng dia sgt sedap! Especially the sambal~

January 20, 2009

Jason Mraz live in KL

Hari ni takde ape yg menarik berlaku so aku pun takde idea nak update
ape utk blog aku.
Tapi nak canangkan kat korang semua yg bulan March nanti,sorg lagi
favorite artis aku dtg buat konsert kat sini.Insyaallah aku akan
pergi.Tiket dah on sale now.

Jason Mraz live in KL pada 4 March 2009 nnt akan diadakan di Stadium
Negara...bersebelahan dgn Stadium Merdeka.So jgn keliru ye kalian
semua.

Sebelum itu,13 Feb ni Rihanna akan menggegarkn dulu peminat2nya di
Stadium Putra,Bkt Jalil.Konsert ni aku dah beli tiket awal2.Sungguh
teruja. =)

Those yg akan ke konsert Rihanna tu nnt,kalau terserempak dgn aku sila
la tegur :P
Tapi aku rase tak terserempak kot.Bkn sikit yg pergi tu.

Anyway,Aku akan pergi jugak konsert Jason Mraz tu nnt..
Gaji ni nak beli tiket terus! huhuhu

*my breath fogged up the glass,I drew a smiley face then I laugh~

--
Haie Ahmad

January 19, 2009

Memori Sekolah!

Takkan Ku Lupa
Kali ni aku nak berkongsi kepada semua tentang beberapa insiden atau
perkara yang berlaku di sekitar aku sepanjang bersekolah.Berlaku di
SMK Puchong dan SMK Bukit Sentosa,Rawang.Selamat membaca yee..


Ditampar Guru Bertugas
Lokasi : SMK Puchong
Tahun : 1999
Barang Kes : Aku

Kejadian memalukan ini berlaku sewaktu aku menjadi Monitor di kelas
aku.Nak dijadikan cerita,petang tu ade seorang guru yg bertugas untuk
menilai kecantikan dan kebersihan kelas.Kelas aku pada ketika itu
tiada guru yg mengajar jadi korg tau lah kelas mesti bising.Datang lah
guru yg bertugas tadi masuk ke kelas aku dan melihat2.Kitorg semua
buat tak peduli je..termasuk aku yg sibuk sakan berborak dgn beberapa
org bestfriends.

Tiba2 guru tadi tu bertanya kenapa kelas aku takde jadual
bertugas.Drama itu lebih kurang begini ;

Guru : Monitor,where's the duty roster?
Aku : Mounted already but it fell down.
Guru : Excuse me?
Aku : It was sticked there,but now I don't know.

Balas aku sambil sambung berborak.
Kemudian guru tersebut memanggil aku dan..

PAAANNGGG!!!!

Satu tamparan wanita melekap kat pipi aku!
Gila babi sakit weih.Mungkin sebab hormon dia sensitif kot sebab dia
tgh sarat mengandung pada kejadian itu berlaku.

Guru : How rude u! I asked u about the roster and u just shouted from
ur place without even stand up and look at my face!

Rupanya dia marah giler sebab aku endah tak endah je pertanyaan
dia.Tambah dia bengang bila aku menjawab pertanyaan dia tanpa
memandang ke muka cantik dia tu.
Lepas kena tampar,aku keluar dari kelas sebab malu.Aku tak masuk kelas
dah lepas tu sampailah waktu rehat.Aku pergi surau,sembahyang Zohor
kejap sblm aku pergi lepak dalam bilik koperasi sekolah! Lepas rehat
baru aku masuk kelas...

Well,korang tau lah kan bila sesuatu kes berlaku,dan aku sebagai
'barang kes' yg baru masuk kelas..paparazi mula lah serbu tempat duduk
aku dan tanya macam2 termasuk kemana aku pergi lepas kena tampar
tadi..

Hahahaha! No camera please!
I have right to remains silent..


Bangun Sebelum Waktunya!
Lokasi : SMK Puchong
Tahun : 1999
Barang Kes : Aku jugak

Yang ini pulak pun kes malu jugak.Berlaku dalam kelas ketika subjek
Pendidikan Islam.Mungkin aku tak fokus agaknya kot.Tu yang boleh jadi
macam tu.
Aku masih lagi monitor di kelas ini.
Al kisahnya,ustaz dah habis mengajar dan suruh kitorg buat ulangkaji
sendiri.Aku dgn kawan2 ulangkaji ala kadar je.Selebihnya berborak.
Kemudian terjadilah insiden ini...

Kawan : Hey,jom! Dah nak masuk waktu
Aku : Pergi mana?
Kawan : Sembahyang Zohor.Lepas ni kan Matematik
Aku : Oh! ok2..
Kawan : Cepat la pergi dulu.

Lalu aku dengan pantas bangun sambil melaungkan..

BANNNGGUUNNNNNN!!!!

Tiba2 kelas senyap!
Ustaz pandang aku,budak2 kelas semua pandang aku! Aku pelik sebelum
kawan aku tu tadi bisik kat aku..

Kawan : Woi! Kenapa ko? Belum habis waktu la. Aku suruh ko mintak izin
nak pergi sembahyang!

Tiba2 terasa muka aku lebih tebal dari Tembok China atau lebih kukuh
dari Tembok Berlin.Gila malu!
Rupanya kelas belum tamat,aku dah beriya2 suruh budak2 bangun! Hahaha ..


Eijam Terjun Bas!
Lokasi : SMK Bukit Sentosa,Rawang
Tahun : 2001
Barang Kes : Eijam

Ini bagi aku memang kelakar giler! Berlaku di sekolah akhir aku di
Rawang.Ceritanya adalah..
Setiap kali tamat waktu sekolah,aku dgn kawan2 aku ni akan berjalan
kaki dari sekolah sehingga lah ke jalan besar kat Bandar Bukit Sentosa
tu.Saje je taknak amik bas depan sekolah.Kitorg naik bas awam.Dalam
geng2 aku tu,cuma si Eijam ni sorang yang masih dlm sekolah.Ade kelas
tambahan PMR kaedahnye.

Jadi aku dan yg lain2 terus berjalan.
Sampai je depan sebuah Balai Polis,kitorg berehat sekejap sebelum dpt
SMS dari Eijam suruh tunggu dia.So kitorg pun tunggu dia kat bustop
depan balai tu.Dia datang naik bas dari sekolah katanya dan dia akan
stop kat balai tu dan join kitorg 'walk-a-thon'..

Beberapa minit lepas tu,nampak kelibat bas.
Si 'barang kes' ni ada di dalam..makin lama bas tu makin hampir dgn
balai tu tapi apsal bas tu laju je?? Macam taknak berhenti kat situ..
Eijam ni tak picit loceng ke??

Memang bas tu tak berhenti kat situ.Driver bas tu pandu laju je tapi
kitorg nampak Eijam kat tangga bas macam nak turun! Tapi kenapa bas
laju?
Tiba2 ...

KEDEBUUKK!!!

Kitorg dengar bunyi..
Jalan depan balai tu jadi berdebu..dan dalam debu2 berterbangan tu,ada
kelibat sesuatu! Aaaaaaa!!
Eijam terjun dari bas rupenye!
Kitorg ape lagi..ketawa bagai nak pecah perut! Warghkahkahkahkah!
Maunye tak ketawa! Terang2 depan mata tengok member terjun bas..siap
debu2 bagai~

Terus kitorg berkejar mendapatkan mangsa..
Gelak tetap on ok! Kesian dia beb..dia tu lurus orangnya.Kitorg pun
tolong dia sapu2 debu kat uniform sekolah dia..tolong tu tolong
jugak,gelak tetap berterusan..

By the way,seluar dia koyak kat lutut! =)


Merpati VS Soraya
Lokasi : SMK Bukit Sentosa
Tahun : 2001
Barang Kes : Soraya Mocta

Hahahaha ini pun kelakar jugak.Insiden damn funny ini berlaku di
Dataran Sekolah ketika pelancaran minggu ape ntah..aku dah
lupa.Mungkin Minggu Bahasa Melayu takpun English Week.Lantak lah..itu
tak penting.Yang penting di sini ialah peristiwa yg aku takkan
lupakan,mungkin juga si 'barang kes' itu boleh jadikan ini sebagai
bedtime story utk anak2 dia.

Peristiwa berlaku setelah selesai upacara perasmian acara itu dan
konon2nya sebagai satu simbolik,Pengetua akan melepaskan 2 ekor burung
merpati dari sangkar.Konon2 nampak grand lah tu.
Tiba waktu melepaskan burung tersebut,pintu sangkar dibuka dan
terlepaslah burung2 itu terbang berlegar2 di atas dataran sekolah
sambil disambut dengan tepukan warga sekolah yang duduk bersila di
bawah........dan..

Tiba2 seekor daripada burung merpati itu sudah melepas sambil terbang
dan najisnya itu jatuh betul2 di kawasan budak2 perempuan kelas aku
tgh duduk!
Maka terdengarlah hilai tawa budak2 sekolah aku tu mentertawakan si
'barang kes' ini tadi.
Aku tak pasti siapa manga 'pengeboman' itu tapi aku pasti najis tu
mengena salah seorang budak perempuan kelas aku.

Habis je acara malang itu,kitorg semua tertanya2 sape lah yg malang
tu..sampailah aku dah nak masuk kelas,aku nampak si 'barang kes' ini
kat depan pejabat sekolah.Sebab kelas aku betul2 depan pejabat.Aku
panggil la si 'barang kes' ni dari jauh dan dia toleh....

Warghkahkahkahkah!!!
Rupenye Soraya lah mangsa merpati tadi tu!
Kat tudung dia ada melekat najis kuning2 putih ala2 hijau gitu!
Hahaha..gila aku ketawa.
Soraya pergi ke pejabat sebab nak mintak izin pulang dengan alasan nak
tukar tudung.Pihak sekolah terpaksa benarkan lah sebab pihak sekolah
yg 'bersalah' kerana melepaskan haiwan liar terbang2.

Tapi lepas dpt kebenaran utk pulang,Soraya dah tak datang balik ke
sekolah lepas tu.Berehat di rumah agaknya.Dia tak saman pihak sekolah
pun dah kira bagus lah tu =)


******TAMAT******

Disclaimer: Segala kejadian yang berlaku di atas adalah benar2 terjadi
dan saya tidak pernah mendapat kebenaran daripada pihak si 'barang
kes' untuk menyiarkan teks ini kepada umum kecuali dalam kes saya
sendiri. Saya juga tidak mengambil untung atau dengan sengaja ingin
memalukan pihak si 'barang kes' dengan tersiarnya teks ini. Harap
maklum.

--
Haie Ahmad

Jumpa Pakcik Hussin di AJL 23


Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu 23 beberapa minit lepas.
Aku sebenarnya rushing dari KLSentral semata2 taknak terlepas segala inci persembahan artis2 yg bertanding malam ni.Driver aku hantar sampai depan rumah ngam2 pukul 9pm tapi masa tu anugerah tu belum bermula lagi.So aku sempat la on TV.
Actually aku agak kecewa kerana tak dapat bersama2 ribuan penonton yang lain menyaksikan anugerah berprestij itu secara langsung di Stadium Putra.Kenapa? Sebab masuk tahun ni,dah 2 tahun TV3 berikan tiket percuma untuk menonton acara itu. Aku kalau tiket percuma ni aku tak berapa harap sangat sebab peluang untuk dapat tiket tu teramat la tipis..Aku lebih rela beli dari diberi.
So aku dengan selesanya menonton di rumah saje.Lagi kelas sebab tandas dlm bilik je~! tak perlu catwalk jauh2 nak pergi tandas.Siap leh baring2 lagi..plus leh tukar2 channel kalau ade artis yang aku tak minat tgh buat persembahan.
Well,tahun ni aku ada buat tekaan aku sendiri tentang sape yg bakal julang trofi berharga itu..dan tekaan aku adalah seperti berikut :

Juara Balada : Faizal Tahir
Juara PopRock: Stacy
Juara Etnik : Heliza/Zahid
Vokal : Stacy
Persembahan : Stacy

Tapi dalam banyak2 tu,cuma tekaan aku terhadap Faizal Tahir je yang mengena.
Seriously,aku memang yakin Stacy akan menang paling kurang pun Persembahan Terbaik.Tapi apsal lak konsep ala2 saloon si Faizal Tahir tu yang juri angkat.?! Tak paham aku..

Tapi kan,aku happy jugak lah sebab band underdog mcm Meet Uncle Hussin tu akhirnya membuka mata penonton..Band itu lah yang mengikut jejak Estranged sebagai band aliran indie yang kedua menjuarai acara berprestij mcm tu.Aku rase lepas ni mesti banyak lagi band2 indie yang selak tingkap menjenguk ke aliran perdana..hopefully :)

tahniah meet uncle hussin!

*stacy still "persembahan terbaik" dalam ingatan aku! Alamak! terlebey sudehh!

January 17, 2009

Esok pergi mana?

Staff meal hari ini "Seafood Olio"

Staff meal untuk lunch hari ni mmg sedap.One of my favorite pasta
family.Seafood Olio...
Tapi aku tak mkn la seafood tu.
Sebab nnt kena gatal2..
Lepas aku snap pic spaghetti tu,
aku bagi prawn dan mussel tu kat Kathy.

By the way,hari ni Uptown agak lengang la mcm biasa.Sbb sini
commercial area.So ofis byk yg tutup.Ada beberapa je yang bukak.
Hari panas terik pulak tu.

Pagi tadi aku dpt text dr Nemo.
Dia ajak aku keluar esok teman dia cari barang.Hm..smlm masa chat pun
aku ada planning utk lepak dgn Zaida dan Rossi...
Petang semalam pulak si Amran call suruh teman dia cari action figure
kat Timesquare.

Wah~
I am the most wanted person among my friends.Teringat pulak kat kartun
Kampung Boy yg aku tonton beberapa hari lepas...

"kini satu negara perlukan saya!" kata Mat kepada ibu nya.

"betul tu,kerja2 untuk negara akan selesai bila setiap orang
selesaikan kerja sendiri" balas ibu Mat.

Hahahaha ...
Apa2 pun the decision is in my hand.I look for the profit i'll get.

Adios! Amigosss!

--
Haie Ahmad

Text Untuk Cupin

Malam ni aku online...
Terkejut jugak aku bila secara tiba2 kawan lama sekaki clubing
aku dulu tu buzz aku kat YM.
si Rossi tu..gila lama betul tak dengar cerita dia.
Sempat jugak aku tanya ape kess dia skrg.
Katanya belajar kt koleh PTPL kt KLSentral!
Eh? biar benar dong..aku mati2 ingatkan dia still
kerja kat hotel tu..

Sesi berchatting kt YM bertukar ke sesi conference bila
sorg lagi GFF aku masuk..the Gorgeous Lady Zaida.
Aku bukak conference dan berhambur jugak la cerita2
puaka dunia zaman sekarang ni...hahah damn funny!

Dalam sibuk bergossip kt bilik conference,
aku sempat jugak singgah ke blog Cupin...
Memang aku peminat setia blog dia tu.
Sebab dia slalu enterframe kan aku dlm tu.

Tapi,isi kandungan blog dia kali ni ada sedikit "kekeliruan".
Berkisar ttg 'teguran' aku petang tadi..
Tentang BB,Arez,dia dan aku.
..lagi satu masuk sekali tentang 'hati'.

Bercakap tentang hati ni mmg subjektif.
Banyak hati nak kena jaga.
Disebabkan hati juga,hbgn aku pnh berkandas.

Cupin,kalau ko baca blog aku ni..

"Aku nak terangkan kat sini yang selama aku kenal ko,
aku anggap ko tak lebih dari seorang kenalan.
Sama mcm aku anggap Arez tu juga sorg kawan.
Aku harap ko faham la.
Aku tak terkejut pun bila dpt tau yang ko ada simpan
feeling kat aku sebab setahu aku dari mula lagi ko
semacam "ingin ambil tahu" pasal aku..
Walaupun ko tau yang aku dah berpunya.

Bila aku bgtau ko yang aku dgn BB dan berbaik balik,
aku tau ko rasa tak selesa.Tapi ko ckp ko ok..ko happy on us.
No u never.Yes mmg bukan aku yg bgtau ko secara langsung
ttg aku dan BB dah berbaik,aku tau ko baca thru blog aku..
Dan aku ada bgtau Arez terlebih dahulu...and he seems happy
bila dpt tau yg aku dah berbaik dgn BB.

Macam aku ckp kat ko ptg tadi,
as a fren,u should happy for me coz i finally get together dgn BB.
Arez msg aku ckp
"i think i just cut off cupin's mood"
No..bkn dia..aku yg cut off mood ko..maybe my blog did.

Aku taknak komen lebih2..
Tapi aku ada baca kt blog ko yang ko nak menjauhkan diri dari aku.
Aku tak halang malah tak menyokong..
But we can still be friend kan.."


*ko mcm adik aku je cupin...dont get it twisted*

--
Haie Ahmad

January 16, 2009

Freaky Friday

Hari ni aku masuk keje sedikit lewat.Tapi aku dah suruh someone
punch-kan kad aku.
Jumaat...hm..hari ni ada reservation pulak tu.Bini bos aku bwk staffs
tempat kerja dia lunch kt sini.

Aku masuk je restoran,dah nmpk bbrp meja guests.Macam nak busy je hari
ni.Reservation table belum dtg lg,tapi walked-in guests da mula
masuk..

Bermula dr 1230pm,restoran makin busy.Aku dah pening2blalat dah dgn
order meja panjang tu(bini bos) sbb staffs dia tukar2 tempat duduk.Ia
akan menyusahkn aku untuk serve the right foods to the right person.

Dalam sibuk2 melayan guest,aku dpt call dr BB tapi aku picked up
sekejap dan ckp ; "busy busy!sory busy"..
A few minutes later,aku sms dia supaya dia text aku blk about what's
up..he called me earlier.

Then aku,dpt msg dia dia..

"I left my laptop and bag in the bus while I was off to toilet"

OMG!!!
Aku kaget sekejap.
Aku x risaukan beg pakaian dia but more to his laptop.
Then aku tyn apa tindakan dia.
Katanya dia dah proceed ke kaunter bus tu dan kerani tu dah call
driver tu suruh drop his stuff kat kaunter bus di Pahang..
Where he will arrive soon..

It wasn't his mistake.
It was the driver.
BB said the bus was scheduled to depart at 1.30pm but the he(the
driver) left the station at 1230pm while BB is in the toilet...

Uh,I can't imagine if that incident happen to me..

It was like,my flight to Milan transit at London for 1 hour, then I
off for some duty free shopping at Heathrow Airport in a fabulous way
but I soon realized that I just missed the flight to Milan because it
took off in just 30 minutes after transit.

And now I feel "No! this is not fabulous".. =P

-------
Haie Ahmad

January 15, 2009

"you,in ur future......"

Sepatutnya aku update blog ni semalam tapi tak berpeluang la
kot.Kepala otak berserabut lagi..
Ada masalah peribadi yg masih tergantung.Dalam pada sibuk sikit
melayan customers kat restoran ni,aku sempat suruh Kathy baca tapak
tangan aku.Untuk mengenali personaliti dan masa depan.

Kathy berkebolehan dlm membaca nasib.Percaya? itu hak masing2.

Its none other just for fun dan sekadar mengambil tahu.Aku akui ini
perbuatan syirik tapi mcm yg aku akui juga,akidah akan
<b>terpesong<b/> apabila niat terkeluar dr landasan iman.

And the result goes :
<b>1.<b/> aku akan lebih berjaya di negara luar.Bukan di tempat
sendiri.Tak pasti samada berkaitan dgn pekerjaan atau aku sambung
belajar di luar negara.

<b>2.<b/> aku berbakat dlm bidang penulisan.Apa yang aku karangkan,aku
karang dgn sehabis baik.

<b>3.<b/> aku punya best luck dlm bidang Art/Seni.Apa saja perkara ttg
seni dan art,I'm good in it. "very2 good art's hands" -kata Kathy.

<b>4.<b/> hidup aku bakal senang menjelang umur 35+ ke atas.Aku senang
hasil usaha sendiri dan bukan dr peninggalan nama dan pengaruh dari
keluarga.

<b>5.<b/> aku senang dlm hidup bukan secara mendadak.ianya berlaku
secara berperingkat.yg pasti hidup aku nnt senang.myb bukan kaya tapi
bebas hutang dan masalah.

Itu je yg aku ingat apa yg Kathy ckp.Yg lain aku lupa.Diingatkn lagi
di sini,tujuan aku type tajuk ni hanya sekadar bacaan.Bukan utk
percaya,malah jauh sekali utk aku bergantung kpd hasil tilikan semalam
tu.

Like what I used to said in my life motto : <I>don't get it
twisted.let it flowww<I/>

-
Haie Ahmad

January 13, 2009

Awan Haie =)

Drama bersiri Awan Dania kat Astro RIA dah tamat pun..
Seronok plak tgk diorang graduated dr AirAsia Academy tu...

By the way,menjadi seorang flight attendant ataupun cabincrew ni dah
memang menjadi dream job aku.
Tapi setakat dream ajelah..
Nama pun 'mimpi'...mimpi je lah.
Sebabnya aku tak pernah bersedia dr segi luaran untuk pergi mencuba
nasib menjadi cabincrew.

Tapi aku selalu buat research dan study segala perihal tentang menjadi
seorang cabincrew.
Yes,glamor sgt kerja ini tapi mengikut bbrp org steward yang aku
kenal,dorg ckp bkn senang utk jadi seorang cabincrew.
Sementelah dlm ribuan yg dtg memohon,hanya 10% dipanggil balik utk 2nd
round (persembahan diri).

Hm...
Well,18 Jan ni ade intake untuk MAS cabincrew.Aku nak pergi..
Tapi hahahaha tak ready ape pon.
Mental insyaallah dah ready.
Bab sesi public speaking tu kantoi kot nnt.Tu yg takut....

Insyaallah aku pergi..

*wish me luck*

--
Haie Ahmad

January 12, 2009

interview dalam gua

Hola,
Aku baru je selesai interview di sebuah restoran kasual yg unik!
theCAVE restaurant yg terletak di SS2 ni nampak menarik dr luar.

Jumaat lepas aku terima panggilan dr restoran tu meminta aku dtg untuk
interview.Actually aku lupa nak tanya interview utk position ape...sbb
aku apply position captain as my 1st choice and floor crew as my 2nd
choce.

So dalam pukul 3pm tadi aku sampai kat restoran tu.My first impression
was 'wow..what a nice n cozy restaurant!'..
Then I stepped in..
Aku disambut oleh seorang hostess yg aku pasti dia bkn org Malaysia.
Dia menunjukkn aku pejabat utk aku ditemuduga.

Masa aku masuk,ada lagi 3 org sedang menunggu giliran utk
ditemuduga.Aku nampak 2 org lelaki melayu..honestly they weren't in a
proper attire for an interview.Dan seorang lelaki cina yg
smart.Kemas..

Tiba giliran aku,
Ms.Angie begitu mesra menyoal aku dan aku sempat bertanya,interview
ini utk position apa sebab aku apply 2 position.
Kata Ms.Angie,utk post waiter.
Position utk captain dah ditutup.
Dan lelaki cina yg smart tadi tu was directly offered as supervisor n
he will start work in 1 month.

Setelah kira2 45minit,Ms.Angie menyatakan kesudiannya utk hire aku
berdasarkn pakej dan pengalaman aku sbg service crew.
Kata Ms.Angie "honestly ure ok and u suits this position.its already
in ur hands now and I need to know ur consideration"..

Aku mcm tak caye je but yeah,I was offered directly and can start work
next month.
Tapi...difikirkan balik salary package yg ditawarkn lebih kurg mcm kat
tmpt keje aku skrg..
Tapi aku dah x tahan kerja sini..

Yer,aku akan fikir betul2 mlm ni..

"call me if u change ur mind" kata Ms.Angie sblm aku melangkah keluar
dr gua itu..

*rasa fabulous dikelingi oleh gua di tempat baru atau kaca di tempat aku?

--
Haie Ahmad

January 11, 2009

Gangguan Resepsi Mawi



helloo.. Kali ni aku nak tulis pasal majlis resepsi perkahwinan Mawi dan Ikin yang baru saja habis ditayangkan di saluran Astro RIA tadi. Actually aku bukan peminat Mawi pun.Jauh sekali peminat Ikin... cuma aku nak saksikan perjalanan majlis yang diangkat sebagai "Wedding of The Year 2009" itu. Majlis yang berlangsung di hotel paling mewah di Malaysia iaitu Hotel Palace of The Golden Horses itu bertemakan arab dan timur tengah.Jadi hampir kesemua tetamu mereka mengenakan pelbagai busana yang bercirikan timur tengah.

Tapi aku bukan nak gosip pasal hotel itu mahupun baju2 yang dipakai oleh tetamu pada malam itu.Saje nak cuit sikit pasal gangguan yang berlaku sepanjang majlis itu berlangsung.
Pertamanya gangguan yang berlaku ketika pasangan pengantin dibawa menaiki kereta kuda menuju ke khemah utama.Sedang syok kuda berjalan,tiba2 bunyi satu letupan kecil berhampiran dgn kuda tu.Apa lagi terkejut lah binatang itu dan hampir lari. Masa tu aku dah fikir yang kuda tu akan lari ketakutan sambil mengheret Mawi dan Ikin.Tak sampai beberapa saat,ada lagi satu letupan yg membuatkan kuda itu takut. Aku pelik betul dgn pengurusan tu.Takkan la dorg tak tahu kuda sensitif dgn bunyi letupan.Kalau la jadi apa2 kat Mawi dan Ikin malam tu,mmg sejarah la..

Kemudiannya ketika bekas2 pelajar Akademi Fantasia 3 menyanyi...
Lagu terakhir diorang "Cinta Di Akhir Garisan" diganggu dengan kesilapan teknikal tang tak sepatutnya berlaku dalam majlis yg so called GRAND itu.. Nasib baik lah budak2 AF3 tu pandai cover nyanyikan lagu tu dlm versi acapella walau pada mulanya mereka terpinga2 dan ketawa2 kecil.

And last one ketika Zahid dan Felix mengambil giliran utk menyampaikan lagu "Ghazal Untuk Rabiah"....nyanyi lagu lain tapi keluar muzik lain..this time Zahid cepat2 cover ajak Felix berborak sementara tnggu soundman betulkan CD.
Yes apa yg dilakukan oleh mereka2 tadi sungguh profesional untuk siaran langsung macam tu.Tapi yg tak profesionalnya?? tenaga kerja tu tidur kot... *Mila sangat cantik seyh bergelek
**I LOVE THE WEDDING CAKE! so creative..

a day at KL Sentral

Haluuuuu~
Beberapa hari sblm ni macam2 plan yg aku nk buat utk hari Ahad ni.Tapi
dah nama pun plan,so menjadi atau tak itu belum tentu lah.Antaranya
nak pergi interview,balik Rawang dan lepaking kat Pavilion.Tapi last2
just plain chill out kat KLSENTRAL dgn gff aku si Zaidah itu.
By the way,'gff' is 'gorgeous friend forever' =)

Bangun tidur tadi sekitar 11am.
Dapat text dr Zaidah..
Katanya lepak2 KLSentral sudeh.
Elok la gak kot,destinasi bajet kitorg.

12pm...kitorg jumpa kat food court KLSentral dan aku sempat lunch
favorite meal aku Nasi Goreng Paprik!
Sangat yummy.
Zaidah online dgn notebook comelnya while aku online dgn PDA comel
aku..(comel ker?)

Agak dlm 2 jam lebih kat sini,kitorg berpindah ke Starbucks pulak sbb
aku dah kena hipotermia dek kerana suhu aircond yg gila sejuk dlm food
court tu.
So I need to 'defrost' my body!

A hot cup of toffee nut latte at Starbucks was soooo refreshing!
Ada la jugak time utk aku bermandikan suhu matahari sikit sbb café tu
located kat arrival hall klSentral.

Yah! lepas ni nk balik dah.

*sok interview*


--
Haie Ahmad

January 09, 2009

Perfume dicuri bunian?

Yer betul!
Tengok tajuk dia kan...
Kes ini berlaku semalam.
Perfume tu aku beli utk bb for our upcoming 2nd anniversary this
15january.Dia nak sgt that brand so I bought it.

Semalam bb dtg rumah aku dan aku bagi perfume tu.Dengan rasa teruja
dia bukak kotak tu dan sembur sedikit kat badan dia.
Nice smell....

Then we're off to my workplace.
Tanpa membawa perfume tu sbb tak pikir pulak akan hilang..

Lebih kurang pukul 11 malam kami pulang dan baru perasan perfume tu
takde kat dalam bilik.Aku ingat bb yg sengaja sorokkn dan dia pulak
ingat aku yg sorokkan.

Well,it must been stolen by 'something' coz aku tak rasa pun my
housemate yg punya angkara sbb duit aku dlm bilik tu tak berusik.Puas
dicari seluruh bilik tapi tak jumpa.

Aku pulak dah mula berfikiran ala2 supernatural yang superstitious sbb
dr dulu lagi aku 'percaya' bilik aku tu 'dijaga' oleh sesuatu.

Kenapa aku ckp mcm tu?

Sebabnya,rumah agam aku tu dah 3 kali dirompak dan dlm ketiga2 kes
itu,bilik aku tak diusik pun.
Once,kwn aku pnh tumpang tidur dlm bilik aku n esoknya dia ckp dia
nmpk something staring at him dr belakang pintu.Merepek kata aku.
Dlm kes2 lain seperti waktu ketiadaan bekalan air (sbb syarikat
bekalan air buat pembaikan paip),
hanya bilik air dlm bilik aku je yg ada air berbanding bilik2 lain.
Wah gitu...sgt2 tahyul..

Ape2pun at least 'benda' itu tak mengganggu aku sudah.Aku tak kaco
'ko',so jgn kaco aku.

*whatever u are,don't show up urself in my room coz I'm afraid if ure ugly.

--
Haie Ahmad

a day in KLCC

Jumaat yeah!
Hari ni akU tak kerja.
Demam kowt~ hahaha.
Boleh la nak kata demam.

Bangun tidur tadi aku dihidangkan dengan one of my favorite movie
which is Memoirs of a Geisha.
Layan jugak la sampai habis sambil2 fikir nak ke mana hari ni.

Aku dan bb decided ke KLCC.
Yah! dia nk cari buku ape ntah..besides aku pun dah lama tak jejak kaki ke KLCC.

We had our lunch at KFC KLCC coz sini ade wifi kot.Sambil2 mkn sambil
dia online cari info psl buku yg dia tgh cari tu.Maybe lps ni kitorg
ke Kinokuniya.
While I was typing this blog.

Erm,Cupin ajak pegi Youth'09 kat PWTC.Aku tak berapa gemar la kot
exibition mcm tu except Book Fair n PC Fair..sorry Cupin :)

Btw,smlm berlaku sesuatu yg pelik bin ajaib di mana perfume yg aku
hadiahkn utk bb tiba2 'hilang' begitu saja.Well aku x]tak tuduh
sesiapa dlm rumah aku coz aku kenal mereka semua...

Kesian bb,nampaknya aku kena beli yg lain utk dia kot...
insyaallah :)

*mintak2 ada miracle

--
Haie Ahmad

January 06, 2009

Rihanna live in KL

Finally!
One of my bunch of favorite artiste will soon perform in Kuala Lumpur!

Rihanna live in KL pada 13 Februari depan memang sesuatu yang cukup
membuatkan aku teruja. Selepas satu persatu konsert artis kesukaan aku
beraksi di depan mata,kemunculan Rihanna nnt bakal menjadi pelengkap
'konsert wajib pergi' utk aku.

Selepas konsert Good Charlotte di Bukit Jalil dulu,aku tertanya kalau2
My Chemical Romance bakal turun ke Malaysia...nah~ tahun lepas aku
berjaya jugak ke Stadium Merdeka utk menyaksikan MCR perform.

29 Ogos 2008 pulak membawa aku ke konser penuh kontroversi,Avril
Lavigne live in KL. Mana tak nye,konsert tu dibatalkan seminggu sblm
ianya berlangsung dgn alasan Avril itu seksi!? What the fuck!
hahahaha.
Tapi ternyata tuah berpihak kpd peminat2 Avril apabila konsert itu
mendapat kelulusan kabinet dan kerajaan Malaysia.
Walaupun hujan ala2 ptg tu, gigih jugak peminat2 Avril menunggu.

Dan kini Rihanna pula akan datang.
Risau jugak aku kalau konsert ni tak lepas jugak. Yelah kan..Rihanna
tu lebih seksi dr Avril (avril x seksi ok!)..

Apa2pun aku sgt2 berharap segalanya berjalan lancar...

And to the organizer,PINEAPPLE ENTERTAINMENT, jgn lupa pa tikan permit
konsert tu settle n make sure Rihanna obey our culture and
international performer guide line.

*tunggu jugak kalau Justin Timberlake akan buat tour kat sini.
Oh ya, JASON MRAZ live in KL this 4th March jgn lupa ya. Kat Stadium Merdeka =)

--
Haie Ahmad

January 05, 2009

Lepas Geram!

Fuhh!
Selesai sudah wedding reseption kt restoran aku. Sangat penat dah
letih but aku dah biasa. Apalah sangat wedding 150 pax tu kalau nak
dibandingkan dgn 500 pax yg pernah aku buat masa kerja kt hotel dulu.

Tapi aku pun manusia jugak. Ada kalanya temperature naik jugak. Tapi
aku boleh dikatakan seorg yg pandai mengawal kemarahan dgn cara
diamkan diri dan sibukkan diri dgn kerja.

Marah sebab apa?

First of all, Kathy off sehari sebelum wedding yg mana kami semua
sepatutnya buat preparation utk wedding tu. Marah sbb aku yg
sepatutnya off hari tu. But its ok,she's a girl..sabar.

Second, hari majlis resepsi tu aku org pertama yg sampai utk buat last
check kesemua equipment. The other staffs? Only came in around 1 pm.
Dan menambahkan marah, Kathy tak nampak btg hidung dan hanya muncul
pada pukul 3 ptg..

Third, hari selepas majlis (hari ini) aku masuk pukul 8.30am untuk
clearkan semua mala petaka yg berlaku semalam dan mereka semua masih
tidur. Aku call semua suruh datang dan hampir pukul 10 am baru nampak
muka. Tambah aku geram tu si perasan boss kt situ ialah Sunny. Kerja
dia tau mengarah org itu ini. Padahal dia buat kerja sekelumit jer!
Dia pulak yg suruh bartender kemas kerusi meja sumer..Hello~,bartender
tu pun byk gelas nak dicuci u ass hole!

The last one, sewaktu aku masih lagi mengemas, Kathy tgh layan guest,
si perasan boss tu tgh bergayut kt hp. Bila boss xde,itu kerja
dia..bergayut kt hp tp bila bos ada....dia punya wayang aku ckp mmg
boleh menang pelakon terbaik.

Tiba2 aku terdengar si Sunny tu maki hamun dan hempas2 mesin cashier.
Dia marahkan Kathy. Dah bbrp kali mcm tu sblm ni pun. Sedangkan masa
tu guest ramai tgh lunch. Aku yg mengumpul geram dr semalam2 ni terus
dtg kan kaunter dan sembur si pengkid bedebah tu in a proper way with
a low voice...

"Hey,don't u hv a respect to the customers?!" semburan pertama dr aku.

"Money lost! U want to pay?" tengking Sunny balik.

"This is not a factory that u can shout all u can! Please respect the
customers here!
" balas aku balik.

"Cashier money lost! I've a problem to pay back!" dia tinggikan suara kt aku.

Lebih2 dah pengkid ni...lalu aku bagi last sembur berbunyi..

"I don't care if all the money lost. You are the cashier n its ur
responsibility on it. Stop raise ur voice on me coz I'm sick of ur
bossy attitude!. Stop scolding Kathy coz she has nothin to do with it.
Money lost, u pay back and shUt the fucked up!
"

Amik kau...
Terus aku sambung kerja n keluar break pukul 2.30pm.


--
Haie Ahmad

January 03, 2009

Last Holiday

Huaaarrrghhhh!!~
Hari ni aku bangun pagi dlm keadaan Hujan lebat yg sangat best.
Best sebab syok tido.Pukul 12.30pm ni masuk kerja pulak.Lantas ku
capai hp dan text Sunny supaya punch card aku.-Boleh sambung2 tidur
kejap.

Aku on tv...
Switch to Cinemax and oh my God!
Movie yg best baru je 3 minit started.Filem "Last Holiday" lakonan
Queen Latifah ni mmg cukup menarik! Berkisar tentang Georgia
Byrd;watak oleh Queen Latifah yg menghabiskan sisa2 hidupnya dgn
bercuti dlm penuh glamour dan mewah selepas doktor diagnosed dia
menghidap tumor otak. Ada lebih kurang 3 minggu utk hidup. Tapi
sebenarnya doktor tu tersilap scan.

Well,malangnya aku tak berkesempatan utk layan cite tu sampai
habis..masuk ni kali ketiga aku tgk separuh jln sbb bergegas nak pergi
kerja..
Hope nnt dpt tgk lagi dan fokus!

*Isnin depan life back to normal because tomorrow is the Last Holiday..

--
Haie Ahmad

January 02, 2009

Happy New Year 2009

Salam tahun baru untuk semua!!!

Hehe dah masuk 2 Januari 2009 pun.Sepatutnye aku update blog semalam
'in conjunction' of tahun baru.By the way,aku dgn bestfriend aku skrg
kerap guna frasa "in conjunction" dlm sesi perbualan kami sbg simbol
meng-hanjing-kan seorang kawan yg suka 'mencekik' diri
sendiri.Mencekik yg dimaksudkn di sini ialah 'pentingkan diri
sendiri'.

Well,hopefully tuan empunya badan tu bawak2 lah hilangkan sikap
pentingkan diri sendiri tu in conjunction of azam tahun baru.
Talk about azam..aku takde azam kot tahun ni.Sebabnya azam2 selalunya
berkubur di pertengahan jalan.

Ambang tahun baru 2009 lepas aku sambut di Bukit Bintang.Yes situlah
satu2nya port plg sesuai utk celebrated.Pukul 9.00pm aku dah cabut
dari tmpt kerja terus direct ke KLSENTRAL jumpa kawan seorang ni.Bukit
Bintang sangat penuh mlm tu.Well biasalah perang foam spray di mana2
saja celah orang ramai tu.

Aku mulanya taknak pun main foam spray tu sbb most of them akan sembur
kpd sesiapa yg memegang tin spray tu.Tapi dek kerana aku asyik terkena
tempias skali,trus aku beli 3 tin...sbg timbal balik kpd yg spray2
rambut aku mlm tu.Hahahaha.

Tepat jam 12.00am..1 Januari 2009 muncul
..maka berhamburlah semua buih2 di udara.Sangat happening mlm tu.Kawan
aku yg ala2 cover taknak kena sembur pun terpaksa tahan sabar disembur
oleh orang lain.
Habis melekit semua...but it was fun!

Tak menunggu lama,aku balik sekitar 1230am sbb taknak rushing.Ramai
jugak yg balik sejurus tamat pertunjukan bunga api..

Sampai je Damansara,bdk2 umah aku tgh buat barbeque :) siap mabuk2 dorang.Choy!

Well~ 2008 gone..another year ahead...363 more days to go..

*happy prosperous year!

--
Haie Ahmad