November 13, 2008

Tahniah!kakak dah cuba yg terbaik.

Hari ni 13 Nov 2008.

Pagi2 lagi aku dah call mak aku untuk berpesan supaya jgn lupa
memberitahu aku keputusan peperiksaan UPSR adik bongsu aku,Anis
Nabilla.Manakan tidak,bangun tidur tadi aku dgr radio kecoh2 pasal
result UPSR diumumkan hari ni.

Janji aku pada Anis,kalau dia dpt straight A untuk kesemua subjek,maka
handphone berkamera bakal menjadi miliknya.
Aku berani bertaruh begitu supaya dia bersungguh2 utk
cemerlang.Biarlah di kepalanya nnt hanya terbayangkan handphone.

Tetapi sebaik keputusan keluar,diambil oleh ibu ku yg cantik,boleh
diibaratkan yg handphone berkamera itu jauh terpelanting kerana result
exam Anis jauh tersasar.

Sejujurnya aku kasihankan dia kerana tidak berjaya mendapat straight A
tetapi jauh disudut hati aku,gembira sgt2 sebab sekurang2nya dia tidak
gagal! Takkan buruk lah nanti rekod examnya.Cukup aku katakan di
sini,dia merangkul huruf2 A,B dan C utk subjek2 yg diambil.Syukur
tiada huruf D.

Habuannya?
Sebuah basikal yg diberikan oleh ayah aku.Percaturan ayah aku sungguh
mudah;asal lulus sahaja UPSR,dia boleh mtk apa saja..asal lulus even
straight D's.Basikal yg diminta.

Aku juga sempat bergurau ketika menerima sms dr adik ku yg lg sorg tu,Hans...

Kata si Hans,aku nk bagi apa utk Anis?

Lalu aku menjawab: "kalo straight A's,aku bg hp tapi dia tak dpt
straight A,so aku bagi charger hp je!" dgn niat bergurau.

Lalu dibalas Hans: "aku pulak janji nak bagi dia hp yg ada TV kalo dpt
semua A,tapi sikit je A so aku bagi dia tgk TV kat rumah hari2!
hahaha"

*tahniah Anis.


--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment