There was an error in this gadget

December 02, 2010

Welcome to UNIQLO!

From Tokyo to Kuala Lumpur!

Itulah tagline yang paling popular di sekitar Bukit Bintang pada bulan
Oktober lepas. Dari dada2 akhbar ke majalah fesyen; dari papan2 iklan
billboard di sekitar Bukit Bintang sehinggalah ke badan bas RapidKL
yang dibalut dengan promosi pembukaan butik terkenal dari Tokyo iaitu
UNIQLO (disebut sebagai "uni-kulo" dalam bahasa Jepun).

Aku juga berbangga kerana aku merupakan salah seorang daripada ratusan
calon yang mencuba nasib untuk bekerja di butik terkenal itu.
Permohonan ke5ja yang aku hantar pada bulan Ogos lepas membuahkan
hasil dan aku meninggalkan SEEDcafe pada penghujung Oktober lalu.

UNIQLO merupakan sebuah jenama fesyen terkemuka dari Jepun yang telah
mempunyai lebih dari 800 butik di seluruh dunia yang mana
kebanyakannya terletak di negara matahari terbit itu sendiri. Antara
butik UNIQLO yang terletak di luar Jepun adalah di Paris, Hong Kong,
London, New York, Beijing, Shanghai, Taipei, Moscow, Singapore dan
yang terbaru MALAYSIA!

Paling utama di sini ialah, Kuala Lumpur boleh berbangga dan berada di
dalam kelasnya tersendiri kerana butik UNIQLO pertama di Malaysia yang
terletak di Fahrenheit 88 itu merupakan butik UNIQLO yang terbesar di
Asia Tenggara! Hebat kan? Merupakan penyewa utama di gedung Fahrenheit
88 (bekas tapak KL Plaza) dan merangkumi 3 tingkat, UNIQLO KL
kelihatan seolah2 'mendabik dada' dengan kedudukannya yang menghadap
pintu utama shopping mall terbaik dunia, Pavilion KL. *mesti korang
tak tahu Pavilion is the best Mall in the world for 2010*

Antara best selling item yang dijual di UNIQLO ialah Fleece jacket,
micro Fleece, light Fleece dan HEATTECH® items. Rangkaian Fleece
sungguh selesa dan sangat lembut bila dipakai. Aku rasa macam nak
tidur dalam himpunan Fleece sebab ianya sangat comfy! Serious!

HEATTECH® pula merupakan teknologi terbaru dari Jepun yang mana ia
datang dengan rangkaian pemakaian dari kepala hingga ke kaki; neck
warmer, gloves, innerwear, socks, ear warmer etc. HEATTECH® sesuai
untuk musim sejuk kerana ianya sangat nipis dan fabrik yg digunakan
untuk membuat HEATTECH® itu boleh menghasilkan haba! Cool gile kan?
Yes! Im serious here..say goodbye to ur super-thick-michelin-looks
winter jacket and go out to play snow with super thin HEATTECH®
without any doubt of its ability to generate heat.

Banyak lagi yang terdapat di UNIQLO!

Opening hours ; 11am - 9pm daily.

*setiap hari, beribu kali aku ucap "hello, welcome to UNIQLO"

August 28, 2010

customer isnt always right

Siapa cakap "customer is always right" ?

Aku rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman tentang bidang kerja aku kepada pembaca. Lebih 3 tahun bergelumang dengan dalam dunia 'food & beverages' yang berpaksikan kerjaya dalam lapangan 'customer service', banyak pengalaman yang aku terima dan pelajari sepanjang menyandang posisi sebagai seorang pelayan atau lebih mesra dikenali sebagai waiter.

Pernah aku menonton rancangan tv kendalian Martha Stewart sedikit masa lalu yang mengupas tentang satu prinsip yang 'terpaksa' dipatuhi oleh setiap pekerja. Di dalam bidang customer service, tidak dapat lari daripada ungkapan emas "customer is always right".

Yes, dalam apa jua keadaan pun, pelanggan atau pengguna seolah2 telah diberi keistimewaan untuk menggunakan alasan itu tatkala mereka berhadapan dengan situasi yang boleh mencalarkan kredibiliti mana2 pihak; samada pihak pemberi khidmat atau pengguna itu sendiri.

Tapi bagi aku, ungkapan itu telah disalah guna oleh sesetengah daripada pelanggan semata2 untuk mendapatkan khidmat extra ataupun istemewa.

Dalam skop kerja aku sebagai seorang waiter, aku berdepan dengan pelbagai karenah pelanggan yang 'tidak berhati perut' dan juga tiada sifat common sense! Mereka acapkali meminta itu dan ini termasuk memberikan alasan tidak munasabah hanya untuk kepuasan diri sendiri....mungkin dengan alasan mereka membayar khidmat kami (waiter).

berikut antara pengalaman yang pernah berlaku..

Kes 1 : Dua atau tiga orang pelanggan melangkah masuk ke dalam sebuah restoran sambil berbual tanoa henti. Mereka memilih sebuah meja dan diberi menu oleh pelayan bertugas. Pelayan membiarkan pelanggan itu untuk beberapa minit melihat2 menu. AKAN TETAPI, pelanggan2 tadi masih rancak berbual dengan menu terbuka di tangan! Adakalanya sampai ke 10 minit berbual dan masih tidak memilih makanan!
Ini boleh mendatangkan marah kepada si pelayan itu tadi. Tapi apakan daya, kami hanya boleh tunggu dan terus menunggu... Kalau ye pun nak berbual, order lah makanan atau minuman dahulu, kemudian berbual lah sampai pagi....

Sebab kadang2 berlaku kes di mana, ketika pelanggan tadi sibuk berbual, akan masuk pelanggan lain yang duduk di meja bersebelahan dan terus memesan makanan (contoh; Sandwich), dan diikuti oleh meja pelanggan yg sibuk berbual tadi (juga memilih Sandwich), sudah tentu pelanggan yang tiba selepas mereka itu akan mendapat makan terlebih dahulu.
 
Bila meja yang datang lewat itu mendapat Sandwichnya lebih awal dari mereka, nanti akan berbunyi "eh? why they got sandwich first? we came here first" Bodoh kan statement ini?? Memang lah kau datang awal tapi kau sibuk berborak tak ingat dunia.
siapa nak jawab?? sendiri mau ingat lah..

Kes 2 :   Seorang pelanggan masuk ke restoran dan memesan soup. Sambil menunggu, si pelanggan ini membelek majalah yang ada di restoran. Beberapa minit kemudian, soup yang dipesan tiba...AKAN TETAPI, si pelanggan ini seolah2 tidak tahu yang soup itu tidak akan kekal panas sebegitu...dia masih leka membaca majalah. Kira-kira 30 minit kemudian, dia meletak majalah di sisi meja dan mula menghirup soup itu..
Kemudian akan berbunyi "excuse me! why your soup is cold? it should be served hot right?" Bodoh kan statement ini?? Memang lah soup itu akan sejuk kalau di biarkan... siapa nak jawab?? sendiri mau ingat lah..



--
Haie Ahmad

August 23, 2010

Chilis closed lah you dumbass!!



Arrrgghhhhhhhhhhhh!!!
Aku geram dan rasa macam nak hentak kepala orang2 yang bangang itu semua! Nak kata bodoh tak jugak, semua nampak berpelajaran dan berpengetahuan tinggi......itu mungkin dari luaran, tapi sifat "common sense" sangat2 LOW! Not just low...but the LOWEST!

Nak dijadikan cerita, restoran Chilis di sebelah tempat kerja aku ni ditutup sementara sepanjang bulan Ramadhan ini kerana membuat renovation dan upgrading works. Lepas tu didirikan lah satu dinding besar sepanjang2 keluasan restoran itu untuk mengkhabarkan pada semua bahawa mereka sedang menutup perniagaan untuk sementara.

Sudah tertera notis penutupan dan tempoh ianya ditutup...
Tetapi si bangang2 ini yang kononnya regular customer sangat bijak melontarkan soalan2 bodoh tak masuk akal..rase macam nak sembur je muka mereka2 ini..

Disebabkan SEEDcafe terletak bersebelahan dengan Chilis, jadi kami staff2 SEEDcafe yang berdiri di luar akan menjadi "mangsa" soalan bodoh yang sudah terang-terangan ada jawapan di depan mata..antara soalannya berbunyi ;

"excuse me, is Chilis closed??" tanya si bodoh dengan muka kehairanan.

Hello?????? kau tak nampak ke terpampang depan muka sebidang playwood dengan logo Chilis tu ditutup?? takkan nak tanya lagi? Siap ada notis penutupan pulak tu.
Ikut hati aku nak je jawab "eh, no lah..they still open, just break the plywood then you'll be in!"...itu pun kalau aku bersikap sarkastik!

Bukan seorang atau dua yang tanya..tetapi ramai sudah bertanya..
Dan kami agak letih hendak menjawab. Kadang2 mereka ini nampak je macam bijak pandai, tapi otak letak kat lutut..Chilis tutup bermula 1 Ramadhan dan aku pada pagi itu dari jauh sudah nampak Chilis tutup...common sense lah sikit...

Kalau dah bertutup dengan penghadang tu apa maknanya?? takkan dia masih beroperasi kot??. BODOH!!!

Di bawah ini ada antara beberapa soalan dumbass orang ramai tentang Chilis;

"is Chilis closed?"

"eh, Chilis tutup ke dik?"

"tumpang tanya, Chilis closed ke?"

"do you know what happen to Chilis?"

"do you know why they're closed?"
(this question!! for God sake! how do i know $%^&)

Tapi dalam banyak2 soalan bangang yang ditanya, tengahari tadi ada satu soalan dari seorang mat saleh ni tentang Chilis...soalan dia ni boleh aku nobatkan sebagai
"The Most I-Am-Fucking-Stupid-Enough-Because-This-Question-Once-Came-Out-From-My-Mouth" award sebab soalannya berbunyi ;

"Excuse me, how can i get into Chilis??"   <sumpah kalau ada senapang, aku dah shoot>

dan aku patut jawab dengan nada sarkastik berbunyi ;

"Sir, just go in front of the notice there, do a meditation for a while..close your eyes...then booommm!!! youre in Chilis!!!"

by;
Haie Ahmad

August 20, 2010

Owh! they called me back?

Hari ini merupakan hari untuk aku berehat.
Hari restday aku untuk minggu ini..
So sejak dari pagi tadi..kerja aku hanya tidur sahaja...HAHAHAHA!

Well, pagi tadi aku terima satu panggilan dari satu nombor aneh ini.
Kerana nombornya cuma tertera +60306...

and the conversation goes..

Me     : "hello..?"
Caller : "Hello, may i speak to XXXXXXXXXXXX"
Me     : "yes speaking"
Caller : "I calling from Teledirect Telecommerce, I saw your open resume in Jobstreet and I found that youre suitable for this the position that we are currently offer."

Erk!? Aku terkedu! Teledirect Telecommerce call aku balik?? dan offer kerja dengan mereka semula..!? MOTIFF!!??

Me     : "You means TDM at KLSentral?"
Caller : "yes we are somewhere there"
Me     : "well, actually i used to work with that company before and i had quit from the company a year ago.."
Caller : " yes I noticed that because after i found your resume in Jobstreet, i make some check with your NRIC and we have your name and record in our HR Department saying that u once used to work with us"
Me    : "Oh really....? hm..can i think about it later?"
Caller : "Are u looking for job now Mr?"
Me    : "Yes I am"
Caller : " Ok then, If like that, I will send the offer letter to your email soon and see if you accept our offer"
Me    : " Allright.. Thank you"

Begitu lah serba sedikit perbualan aku dengan perempuan itu. Sungguh aku raa terkejut kerana mereka menghubungi aku semula dan menawarkan jawatan sebagai seorang telemarketer di syarikat itu semula. Aku pernah bertugas di syarikat itu awal tahun lepas. Sbuah syarikat telemarketing yang menjadi orang tengah kepada syarikat2 penginsurans dan pelanggan bank.

Aku ketika itu bertugas untuk syarikat ING Insurans dengan menghubungi pemegang2 kad kredit Citibank.
Bermacam-macam karenah dan perangai pelanggan yang aku hubungi sepanjang aku bekerja.
Aku bekerja di sana hanya untuk satu bulan! kerana aku tidak boleh masuk dengan cara kerja sebuah pejabat!

Hari2 kena pakai pakaian pejabat yang berbeza...yer lah kalau hari2 pakai baju sama, orang cakap ape pulak nanti.
Ketika itu pejabat tempat kerja aku terletak di Wisma Dredging hanya sekangkang kera dengan KLCC.
Memang masa tu tengok KLCC pun dah bosan.

Gaji yang tawarkan pada aku waktu itu agak lumayan..
Dan gaji yang ditawarkan semula pada aku kali ini lebih lumayan!

Hm....masalahnya, nak ke aku kerja semula di situ?
Aku ada beberapa kenalan di sana...itu mungkin tidak menjadi masalah utk aku menyesuaikan diri..

--
Haie Ahmad

August 18, 2010

SEEDcafe Directory!



"excuse me, where is Finnegans?"

"oh, just go straight after CIMB Bank"

"allright! Thank you"


Itu merupakan secebis maklumat yang kami, staff SEEDcafe berikan kepada pengunjung Mid Valley yang kehilangan arah!
Well, think again, we are selling foods...-not doing a directory kind of services.

Aku tak faham kenapa dalam banyak2 store yang ada di sini, mereka ini lebih suka singgah di SEEDcafe untuk bertanyakan lokasi sesuatu shoplot yag lain.
Sepanjang lebih setahun bekerja di sini, tidak pernah sekali aku terlihat mereka ini singgah di kedai2 bersebelahan dengan SEEDcafe untuk bertanyakan itu dan ini.

SEEDcafe dah jadi directory tidak rasmi untuk Mid Valley!

"bro, where is Library?" - satu lagi kes kehilangan arah

"Library? Jalan terus je ok. Paling hujung sekali" kata kami

Pelik dan kelakar pun ada. Sampaikan ada orang yang masuk ke dalam cafe semata2 mahu mengetahui di mana ZEN cafe!

Hm...kalau tahu, memang akan kami tunjukkan.
Setakat ini, dalam banyak2 pertanyaan orang tentang lokasi shoplot itu dan ini, hanya sekali aku tersilap.

"do u know where is Austin Chase?" tanya seorang gadis

Aku pernah nampak Austin Chase tapi aku kurang pasti lokasi tepatnya. Aku sudah lupa tapi tetap "membantu" gadis itu.

"u go to the LG floor..its located somewhere between Megamall and Gardens Mall" kata aku dengan yakin.

Sebaik sahaja gadis itu kabur dari pandangan, baru aku teringat yang Austin Chase sebenarnya berada di tingkat tiga theGardens Mall! Hahaha itulah sebenarnya aku "membantu" gadis itu lebih sesat!

macam2 tempat telah ditanya oleh mereka yang melalui depan SEEDcafe dan kami membantu dengan penuh dedikasi! Hahaha..
Kalau yang tersesat tu, maaf lah ye sebab kami bukan directory untuk Mid Valley =)

Anyway, thanks for using our service!

--
Haie Ahmad

August 17, 2010

Cerita Karut yang Mengarut

Kisah Sang Pathetic!

Hello pembaca,
Pada entry kali ini aku ingin berkongsi tetang kisah seorang lelaki di tempat kerja aku ini yang lebih enak diberi jolokan "Sang Pathetic" ataupun Si Desperate. Dan aku pula merupakan "Si Mangsa" di dalam cerita ini. Kisah yang berlaku sejak awal tahun 2010 ini membuatkan tahap kebencian aku semakin meluap2 kerana mulut tidak beretikanya itu.

Cerita bermula sejak awal tahun ini yang mengambil tempat di Stesen Mid Valley pada suatu malam...

"kau nak tau tak? Ada staff kat cafe memendam rasa pada aku..cintakan aku" kata Sang Pathetic memulakan cerita karutnya. Aku yang pada waktu itu asyik mendengar iPod, tiba2 terasa geli dengan kenyataan itu dan tertanya2 siapakah si bangang yang memendam rasa pada Sang Pathetic itu.

"hah? Sukakan kau? Siapa orang tu? Heheheh" aku hanya mampu tersenyum kerana begitu muak dengan perangai berangan dia tu.

"ada lah...tapi aku tahu" balas Sang Pathetic itu lagi.

Perbualan tamat di situ kerana aku malas hendak melayan cerita berangan dan bangga diri tuan punya badan. Bukan aku seorang yang meluat dengan perkataan2 yang keluar dari mulut dia, boleh dikatakan semua staff hadapan di tempat kerja aku naik rimas dengan propaganda mulut Sang Pathetic.

Keesokan harinya...

Aku tiba awal di tempat kerja. Pada hari itu aku shif pagi bersama dengan Syazwan. Tiba2 aku teringat akan cerita kelakar yang berlaku di stesen semalam.

"hey Wan, kau nak tau semalam dia cakap ade budak kat cafe memendam rasa kat dia..cintakan dia" aku memulakan bicara dan terus ketawa

"what the f**k!! Hahahaha! Bodoh sial! Sape je beb?!" itulah reaksi Syazwan sebaik mendengar pertuturan yang keluar dari mulut aku.

"hahahahah!! Itu lah pasal. Dia cerita kat aku semalam kat stesen. Gile lah! Siapa je eh? Takkan Mia dengan Fifi kot. Diorang pun bukan suka sangat dengan dia tu"

"memang berangan dowh dia tu. Entah sape2 lah yang suka kat dia"

"nanti staff2 lain datang aku nak tanya sorang2" kata aku sambil menyambung ketawa bersama Syazwan.

Menjelang tengahari, staff2 di tempat kerja aku tiba seorang demi seorang mengikut shif masing2. Dan tiada seorang pun yang terlepas daripada soalan aku tentang siapakah gerangan yang dimaksudkan oleh Sang Pathetic Berangan Nak Mati itu semalam.

Ajaibnya, setelah aku tanya seorang demi seorang, perkataan pertama yang keluar daripada mulut mereka ialah sumpahan dan carutan paling ekstrem pernah didengar. Daripada carutan 'pukimak lah' sampailah ke perkataan 'ahh! Bullshit' terpacul dari mulut masing2.

Dengan jawapan yang diterima, yakin lah kami semua bahawa si gila itu tidak sudah2 berangan. Lepas satu ke satu cerita merepek keluar dari mulut dia. Sejujurnya lah, setiap butir kata yang keluar dar mulut busuk itu, hanya menjadi bahan jenaka kami semua ketika waktu senggang dan berehat.

Sudah semestinya kami ketawa bagai nak gila sambil2 mengajuk semula cerita2 daripada mulut tuan punya badan. Kalau lah Sang Pathetic itu tahu yang selama ini kami semua bergelak ketawa dengan cerita2nya di belakang, mahu dia bunuh diri kot.

Tiba pada satu malam, aku dan beberapa orang staff yang pulang awal pada hari itu menghabiskan masa di sebuah restoran mamak berhadapan dengan Mid Valley. Turut sama pada malam itu ialah Mia, Hanis dan Syazwan. Sementara kami menunggu lagi dua orang staff untuk pulang.

Cerita pada malam itu berkisar tentang lawak berangan yang berlaku sebelum itu. Lawak tentang Sang Pathetic membuat kenyataan bahawa ada seorang staff di cafe cintakan dia (aku nak taip ayat ini pun terasa geli).

"kau nak tahu siapa yang sukakan dia tu?" tanya Hanis

"hah! Siapa? Siapa?!" tanya aku teruja. Mungkin Hanis tau sebab dia agak rapat dengan si gila itu.

"haah beb..siapa orang tu?" sampuk Syazwan

"tapi aku bagitau ni korang jangan terkejut" tambah Hanis lagi

"alah bagitau lah..aku nak tau lah sape yg bangang gila tu"

"orang yang suka kat dia tu.......KAU!" kata Hanis sambil menunjuk ke arah aku. Bagaikan ada satu tumbukan padu mengena dada aku, aku sungguh tidak percaya apa yang barusan aku dengar.

"@!?/#&*!! WHAT??!!!" suara Syazwan memecah kekecohan.

"aku!? FUCK lah!! Apsal aku pulak! Pukimak lah dia tu! Babi haram budak kamping!! BULLSHIT lah weih!! Apsal aku suka dia pulak!!?" Aku menyambung carutan Syazwan yang nampak tergamam

"oh for God sake! Aku fuck giler dengan dia. Korang pun tau aku benci dengan dia kan" kata aku lagi

"relax...bertenang. Benda ni dia dah cerita kat aku lama dah" terang Hanis pula

"babi lah! Dah lama? Habis tu kenapa tak bagitau aku awal2?"

"macam ni ceritanya, dia cakap kat aku dulu dia ada kawan yang pandai tilik2 seseorang. Kawan dia tu cakap nanti akan ada seorang staff baru masuk sukakan dia. Dan kebetulan masa tu kau baru masuk kerja" sumpah aku terdiam mendengar penjelasan Hanis. Sungguh tidak aku sangka orang yang aku benci gila itu semakin tinggi berangan nak mampos.

Tidak aku sangka "orang" yang kononnya memendam rasa pada Sang Pathetic itu adalah aku!

"guys, please lah...believe me. I hate him so much kot" aku cuba meyakinkan teman2 di situ. Manalah tau ada di antara mereka yang 'terpercaya' dengan fitnah itu.

"relax lah, we knew who is right and who is wrong. U dont have to be like this. He is pathetic!" bentak Syazwan menyokong aku

Kami terus terusan berborak tentang si bodoh itu dengan segala macam perangai berangan dan kata2 angkuhnya.
Malam itu aku pulang dengan perasaan yang geram dan malu. Malu kerana difitnah sebegitu. Walaupun staff2 yang lain tahu perkara sebenar dan berada di pihak aku, tetapi aku yang menanggung beban ni sudah tidak berdaya lagi untuk memikul.

Kami semua membuat kesimpulan bahawa di dalam kes ini, Sang Pathetic itu lah sebenarnya yang memendam rasa dan sukakan aku. Kenapa aku cakap macam tu? Aku ada alasan tersendiri untuk menyokong hujah aku itu.

Ini adalah kerana sebelum2 ini, Sang Pathetic itu kerap membelikan aku sarapan setiap kali kami bekerja dalam shif pagi yang sama; walaupun aku tidak pernah meminta. Dia juga hampir setiap malam mengajak aku keluar makan bersama tetapi aku seringkali menolak pelawaannnya..tahu kenapa? Sebab aku malas nak dengar cerita berangan dan cerita bongkak tentang diri dia dan juga family. Pada aku, cerita2 macam tu tak perlu dikhabarkan pada seluruh dunia. Kalau ye pun dia nak heboh dan bangga diri tentang life dia yang sebenarnya kosong itu, sila lah gunakan Facebook dan updatelah status dia sesuka hati..cerita lah pada semua tentang itu dan ini..banggalah pada semua tentang kehidupan dia..tapi malangnya, dia itu anak kampung yang tiada akaun Facebook. Aku rasa email pun dia takde...entah2 Google pun tak reti guna! Memalukan..

Dia juga kerap peluk dan cium aku di tempat kerja!
Gila kan!? Yes dia memang gilakan aku sebenarnya tetapi dia pusing cerita dan fitnah kata aku sukakan dia! BULLSHIT lah you!
Setakat muka ketat mintak kaki macam kau tu, you are out of my league dear country bumpkin! You are not as the same level as me.

"hai handsome, kau marah ke aku cium kau tadi" - text SMS yang aku terima dari Sang Pathetic itu

"yes aku marah sebab staff lain nampak" tegas aku

"alah aku gurau2 je. Takkan diorang amik serius" gaya seorang cetek akal membalas SMS

"thats not the way to make a joke. If people get hurt by your joke, then its not a joke" balas aku dan terus mendiamkan diri. Malas nak layan dia.

Setelah tersebar cerita fitnah tentang "aku sukakan dia" di sekitar tempat kerja, aku seboleh mungkin cuba membutakan mata dan memekakkan telinga. Entah apa lah kemenangan yang sedang diraikan Sang Pathetic itu tatkala cerita itu bertebaran di seluruh cafe. Entah apa sangat yang dia bangga pasal aku suka kan dia! Kepada yang dengar dari pihak dia, akan percaya cerita itu, tetapi yang berdiri bersama aku pada malam itu tahu ianya hanya fitnah dan tidak lebih dari kisah berangan si pemuda kampung yang terdesak.

Aku sangka cerita itu habis hanya di cafe, tetapi pada satu malam ketika aku hendak mengunci pintu yang menghubungkan cafe dan butik, aku ditegur oleh seorang staff butik iaitu Jill;

"uols, betul ke mak dengar uols crush dgn @#*& ?" tanya Jill

"what! Fuck lah dia tuh! Tak sangka mulut dia macam tu. Sebenarnya dia tu yang sukakan aku tapi dia pusing cerita kononnya aku suka dia! What the fuck!" aku membentak kerana geram.

"eee! Kan? Cantik ke die tu?" Jill berseloroh

"ah! Muka mintak kaki..berangan!" aku mengakhiri perbualan

Sejak itu aku terasa sangat geram dan rasa macam mahu melepaskan tumbukan tepat ke mulut puaka itu. Sumpah tidak pernah aku bertemu dengan seorang lelaki bermulut Joyah macam dia. Kalau perempuan aku tak kisah sebab dah naturality macam tu. Tetapi ini lelaki kampung yang belum panas bontot menetap di Kuala Lumpur ni dah berani bermulut puaka bak longkang!

Kalau Jill dah tau pasal itu, apatah lagi budak2 butik yang lain?
Kalau lah Jill dan budak2 butik itu tahu yang itu semuanya fitnah berangan Sang Pathetic,tidak mengapa, tetapi bagaimana kalau mereka semua betul2 mempercayai cerita itu? Mana aku nak letak muka?

Bayangkan, aku kerap menggunakan laluan di butik untuk ke tandas mahupun keluar rehat...bayangkan aku mengharungi 50 tapak keluar sambil memandang muka2 staff butik yang mungkin sudah 'diracun' oleh si bangsat itu tentang aku sukakan dia. Yes, mereka semuanya baik2 dan senyum ke arah aku...
Tetapi tahukah aku yang di dalam kepala mereka mungkin berlegar "oh ini kah budak yang suka sama itu @?#* ?" atau mungkin "ini budak rupanya gay sebab suka lelaki".

Boleh korang bayangkan perang psikologi yang harus aku lalui setiap hari? Sang Pathetic itu betul2 melampau.. Aku tak kacau dia so please jangan kacau aku. Kenapa lah kau berangan kata aku sukakan kau!? Hello, cermin diri kau dulu. Kau tak sekacak mana lah. Muka kau tu tipikal muka kampung. Muka si jakun yang baru terlepas ke hutan konkrit. Muka seorang yang terkena kejutan budaya terlampau.

Kalau hendak bercerita tentang pengetahuan (knowledge), aku lebih hebat daripada dia. Budak2 lain lebih tinggi level daripada dia. Tetapi gaya setiap cerita yang keluar dari mulut dia ibarat segala perihal muka bumi ini tersimpan rapi dalam poket dia. Macam lah minda dia tu sebuah ensiklopedia! Padahal......? Tak sehebat mana.

Aku secara peribadinya tidak suka bekerja dengan dia. Setiap kali keluar jadual kerja baru untuk minggu berikutnya, perkara pertama yang aku lihat adalah; adakah waktu kerja aku bersamaan dengan Sang Pathetic itu?

Dia sangat menyedihkan kerana memiliki mulut puaka yang merbahaya. Dia akan 'masuk' ke minda mana2 staff dan cuba menyebarkan cerita karutnya...anata intipati yang sering diputar belit adalah tentang staff itu mahu menjatuhkan dia lah..staff ini tak suka da lah..staff itu nak porak perandakan dia dan macam2 lagi. Boleh dikatakan setiap staff di situ pernah menjadi bahan umpatannya.

Bagaimana aku kami tahu?

Senang sahaja berurusan dengan si bodoh ini kerana setiap kali dia berbual dengan mana2 staff dan mengata belakang tentang staff yang lain, dia tidak sedar bahawa teman bualannya tadi akan menyampaikan pada si mangsa kutukan itu. Dan percaya atau tidak, teman bualannya itu juga pernah menjadi bahan kutukan Sang Pathetic ini tatkala dia berbual dengan staff yang dikutuknya sebelum ini! Sangat bodoh kan?
Senang cerita, apa segala cakap belakang yang dihebohkan oleh dia sebenarnya akan singgah ke telinga mangsa jua. So i think he better shut the fuck up.

Dalam tempat kerja aku ini, aku rasa akan lebih aman jika setiap orang jaga tepi kain sendiri. Bukannya sibuk mengata staff2 yang lain. Inilah kali pertama aku berjumpa dengan orang seteruk dia. Aku tak tahu apa yang berada di dalam kepala otak dia tu sampai mahu melaga2kan staff yang lain dan mencipta fitnah juga memutar belitkan cerita. Dia sungguh memalukan.

Ada satu kes di mana Sang Pathetic ini menterbalikkan cerita yang aku sendiri tidak tahu apa motifnya. Ceritanya begini;

Si 'A' pernah memberitahu pada Sang Pathetic ini bahawa dia SUKA keluar makan bersama kami kerana kami seperti sebuah famili, berkongsi makanan dan bergelak ketawa.
Akan tetapi, mungkin Sang Pathetic ini cemburu dengan keakraban kami dan mula menterbalikkan cerita dengan mengatakan pada seorang staff lain bahawa Si 'A' ini TIDAK SUKA keluar makan dengan kami kerana kami bawa Si 'A' ini makan di tempat yang kotor! *mencarut sekejap*

Ini mengejutkan tuan punya badan kerana dia tidak pernah berkata begitu.

"omg! Aku tak cakap macam tu! Aku cakap aku suka keluar makan dengan korang sebab korang fun" jelas Si 'A' ini dalam nada terkejut bercampur geram.

"betul ke macam tu? Dia kata kat aku yang kau ni tak suka makan dengan kami sebab kami bawak kau makan tempat murah dan kotor" kata si penerima fitnah itu.

"tak betul! Ish...kenapa dia macam tu...?"

"see? Baru kau orang tahu mulut dia macam mana" kata aku

Itu baru secuit perihal mulut tak berinsuran Sang Pathetic itu. Banyak lagi yang aku boleh cerita tetapi sangat penat untuk menaip! Hahahaha...
Semua benda yang dia cakap tak masuk akal kot.
Kononnya dia membuat pengakuan tidak makan di Makan Place kerana Makan Place itu kotor. Padahal setiap kali staff yang lain keluar ke Makan Place, dia akan kirim buah atau rojak dari tempat itu! Hahahahahah nampak tak ke-propa-an Sang Pathetic itu?
Memang kelakar gila! Cakap tak serupa bikin.

Ketika dipelawa untuk makan coklat Cadbury, dia dengan angkuhnya menolak dengan berkata "aku tak makan brand coklat dari Malaysia". Hahahahah! Hello, do your research asshole, Cadbury is not a brand from Malaysia you idiot! Tetapi bila melihat staff lain makan coklat tiub jenama Choki-Choki, dia boleh pulak makan! Kata tak makan coklat Malaysia! Such a bullshit!

Ketika di suruh makan betik untuk melegakan sakit perutnya, Sang Pathetic tak sedar diri ini berkata "aku tak makan buah Malaysia". Tetapi sebelum pulang, dia sempat membeli sebungkus jambu! Hahahahahah! Jambu yang dibeli tu import agaknya...
Tambahan pula dia pernah bercerita yang dia keluar dating dengan kekasih hati dan mereka makan durian, manggis, rambutan bla..bla..bla... Itu semua buah dari mana!? USA kah?

Dikhabarkan pada orang lain yang dia tidak makan kuih2 Melayu, padahal dahulu dia kerap beli kuih2 Melayu untuk sarapan! Siap dia pelawa aku makan! Hahahahaha... Adoi berangan Sang Pathetic!

Lain kali sebelum mengeluarkan statement2 angkuh macam tu, cermin diri dulu. Kita ni orang manusia. Bukannya hebat mana pun. Tak perlu lah buat pengakuan yang kau tu tak makan itu dan ini...pada hakikatnya kau sendiri buat benda itu! sangat2 bodoh okay!

*end of chapter one*

--
Haie Ahmad

Sleeping Beauty

Semalam tak update pun blog.
Bukan kerana malas ataupun terlupa, tapi aku tak gigih untuk bangin menaip dek kerana penangan ubat selsema.
Memang layan tidur ku sepanjang hari minggu. Seharian aku tidur di bilik. Sekali sekala bangun ke bilik air dan jenguk2 skrin laptop.
Tetapi berat mata yg dipengaruhi ubat tidur itu sungguh asyik......lalu aku terlena jua sehingga ke petang.

Pukul 7pm, aku bingkas bangun untuk ke bazaar Ramadan yang terletak hanya di bawah rumah.
Berseluar bermuda dan berbaju tshirt, aku melangkah ke bazaar. Masih ramai umat manusia yang membeli makanan untuk berbuka.

Petang itu aku membeli sebungkus nasi kerabu dan sebungkus air jagung.

"air jagung dik? dua bungkus RM1.00"

"hah!? dua bungkus RM1.00 ??" banyak la pulak. Sape je nak minum?

"sebungkus dah la bang..saya berbuka seorang"

Usai mendapatkan makanan berbuka, aku terus naik dan menuju ke bilik. Hidung aku masih lagi gatal2 dan berhingus. Memang tiada mood langsung untuk menegur teman serumah yang sibuk bermain PS2 di ruang tamu. Aku terus melangkah masuk ke bilik dan dengan tidak sengaja terhempas pintu bilik dengan kuat. Aku tak tahu lah apa sangkaan teman serumah aku yang menyaksikan adegan itu. Maaf lah ya kawan, aku tidak sengaja.

Berkumandang azan Maghrib menandakan tiba waktu untuk berbuka.
Aku makan dan makan dan makan....seharian perut kosong tanpa menjamah apa2 makanan..
hanya berbekalkan nasi bujang yang aku makan ketika sahur pagi itu.

Selesai makan, aku tertidur dengan laptop yang masih terpasang...aku tertidur kira2 jam 9pm

Tiba2 tidur aku diganggu dengan deringan handphone yang lantang...
Aku melihat nama pemanggil..tertera nama Abah di skrin telefon.

"hello........" dengan nada yang kurang bermaya kerana mengantuk

"adik, adik kat mana tu?" tanya Abah

"adik kat rumah.."

"tak kerja ke?"

"kerja?! kerja apa pagi2 buta ni Abah??" tanya aku kehairanan

"apa!? pagi2 buta?? hai~ baru pukul 1145pm ni dik"

Erk! 1145pm? aku terkejut lalu melihat ke luar tingkap, masih gelap...kemudian mengalih pandangan ke arah handphone kedua ku yg sedang dicaskan baterinya..1145pm!! Ya Allah, aku mati2 ingatkan pukul 430am!
Ye lah kan, selalunya Mak dan Abah akan call aku untuk sahur, sebab itu aku sangkaan yang pada waktu itu masih lagi pagi2 buta! Rupanya baru pukul 1145pm..aku baru tidur selama 2 jam lebih..

Hm...hebat jugak kesan ubat itu..terasa lama benar waktu tidur ku... =)

Kemudian aku sambung lagi tidur...dan...terus tertidur.....

--
Haie Ahmad

August 14, 2010

Cinta Jarak Jauh

Sejak mula berpuasa, aku banyak menghabiskan waktu rehat ku kedai2
buku seperti MPH dan BORDERS. Daripada duduk tanpa membuat apa2 selama
satu jam, aku fikir lebih baik aku menghabiskan masa dengan membaca.
Setidak-tidaknya dapat juga aku menambah sedikit ilmu.

Ketika di BORDERS, aku tertarik dengan sebuah buku ini.
Aku lupa tajuk buku tersebut,tetapi ianya berkisar tentang sesuatu
perhubungan. Pelbagai pandangan dan buah fikiran yang diutarakan di
dalam naskah itu. Pelbagai jenis perhubungan sesama manusia yang
dibincangkan dan yang satu ini amat menarik minat aku untuk terus
membaca.

Topiknya adalah "A long distance relationship".

Aku tertarik untuk terus membaca kerana jenis perhubungan ini memang
tepat sekali dengan apa yang aku praktikkan sekarang. Ya, aku kini
dalam perhubungan jarak jauh dengan seseorang yang kini berada amat
jauh dari pandangan mata aku. Pasangan ku itu menetap di Kuching,
Sarawak.

Seperti cliché yang banyak aku baca di dada akhbar yang lain,
perhubungan jenis ini menuntut kesabaran paling tertinggi. Andai salah
seorang daripada pasangan itu tidak mampu mengemudi percintaan jarak
jauh, maka akan tenggelamlah hubungan itu tanpa sempat ianya
bercambah.

Dalam konteks ini, setiap pasangan yang mempraktikkan hubungan jarak
jauh perlu menghormati dan mematuhi resepi seperti;

1. Percaya pada pasangan
2. Hormat pada pasangan
3. Setia pada pasangan
4. Yakin pada pasangan
5. Tiada rasa curiga pada pasangan
6. Kerap berhubung dengan pasangan
7. Memahami perasaan pasangan

Dalam ketujuh2 'peraturan' tersebut, aku seboleh mungkin cuba untuk
memenuhi semua yang tertulis di dalam buku itu.
Mengambil contoh hubungan aku dengan pasangan kini, aku sememangnya
boleh mendapat markah penuh untuk 'peraturan2' itu.

Ini ditambah pula dengan pasangan aku yang tidak putus2 meyakinkan aku
bahawa hubungan kami sememangnya berlandaskan ketujuh2 perkara di
atas.

Tetapi yang membuatkan aku sedikit goyah dengan hubungan jenis ini
apabila aku terbaca tentang sudut negatif buat mereka yang mengamalkan
perhubungan jarak jauh.

Kecurangan itu menjadi titik permulaan kepada sisi negatif sesuatu
perhubungan jarak jauh. Tatkala si pengamal hubungan ini tidak pernah
merasakan kekurangan apabila mengemudi hubungan jarak jauh, mereka
boleh terjebak dengan kecurangan ataupun rasa kurang perhatian
daripada pasangan masing2.

Bagi diri aku sendiri, perlu ada sikap setia pada pasangan dan andai
terbit satu rasa curiga, janganlah ada yang segan untuk bertanya atau
dibincangkan bersama pasangan.

Bersama Jesper, dia banyak mengajar aku tentang cara untuk terus
mempertahankan hubungan kami. Tidak kira lah dari segi apa sekalipun,
kita seharusnya bersedia dan berani mengambil risiko sebaik terjebak
di dalam perhubungan sebegini.

Ajar diri kita supaya mempercayai pasangan dan tanamkan sifat setia di
dalam diri masing2 nescaya ianya akan membantu kita untuk terus
menikmati cinta dan kasih sayang daripada pasangan.

Jangan berikan yang lebih kepada pasangan kerana ia mungkin sukar
untuk kita dapatkan kembali jika berlaku kegagalan di dalam
perhubungan. Serahkan hanya yang termampu, elakkan dari memberi janji2
yang kita sendiri belum pasti kemampuannya.

Jesper kerap mengingatkan aku bahawa hatinya milik aku dan begitu juga
aku selalu memberitahu betapa aku rindu dengannya.
Kami hanya mampu bertarung dengan masa dan jarak,
Selebihnya berserah kepada cara kami mengawal perjalanan dan corak
hubungan kami.

-FIN

--
Haie Ahmad

happy 4th

August 12, 2010

kalau bukan kerana Myspace...

Dah lama aku nak blog pasal tajuk ini tetapi kerap kali "terlupa" dan ade sikap "nanti lah dulu...."
Hahahahah..well pagi ini, selepas sahur aku terima SMS bersahur dari adik angkat aku Fatin Azira.

"abang, dah bangun sahur ke belum?"

"dah..abang kat kedai makan ni..mama masak ape?"

"masak biase2 je..abang jemput makan k"

"jemput2..

Lantas aku teringat untuk terus menaip blog ini dengan cepat. Berkisar tentang bagaimana Myspace menemukan aku kembali dengan adik angkat aku itu setelah beberapa tahun kami terpisah.

Hendak diringkaskan cerita, semasa keluarga kami menetap di Kuala Lumpur, ada seorang lelaki melayu ini datang ke rumah bersama seorang bayi perempuan kecil dan beberapa dokumen bayi itu dan juga bersama beberapa helai lampin. Mak aku masa itu terkejut sebab tidak pernah mengenali lelaki itu.

"akak, boleh tolong saya jaga anak saya ni tak?" kata lelaki itu

"awak ni siapa? kenapa nak suruh akak jaga bayi kamu ini? ibunya mana?" tanya mak aku sambil terpinga2

"saya dan isteri ada masalah. tak tahu nak mintak tolong siapa jaga. saya dapat tahu akak mahu anak perempuan dan sedang mencari anak perempuan utk dibela kan?" terang lelaki itu lagi

Mak terdiam...
Mak dukung bayi comel itu yang pada anggaran aku berumur 1-2 tahun pada waktu itu.
Selepas dari peristiwa itu, bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan. Lelaki itu cuma meninggalkan alamatnya untuk dihubungi kerana pada waktu itu masih kurang perkhidmatan telefon bimbit.

Dan bermula lah kisah kehidupan bayi perempuan itu bersama keluarga kami. Mak dah anggap Fatin sebagai anak sendiri malah kami sudah anggap dia sebahagian dari ahli keluarga. Fatin membesar bersama kami sehingga dia berumur 5 tahun. Banyak perkara yang berlaku ketika dia tinggal bersama kami. Dari usaha mak dan abah untuk menjejak keluarga asal bayi itu sehingga membawa kami semua ke negeri Kedah untuk berjumpa dengan datuk dan nenek kepada Fatin.

Tetapi ketika Fatin berumur 5 tahun, ibunya muncul dan Fatin sendiri kurang pasti samada perempuan itu adalah ibunya. Pada waktu itu kami sekeluarga sudah berpindah ke Puchong. Ibu Fatin muncul dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin semula dengan lelaki lain dan juga berhasrat untuk mengambil Fatin untuk dibela semula.

Pada saat ini, cuba kamu semua bayangkan perasaan mak dan abah aku yg berat untuk melepaskan Fatin pergi. Sudah dibela dari kecil sehingga berusia 5 tahun, tetapi akhirnya terpaksa diserahkan semula kepada ibunya. Mak akur dengan permintaan ibu Fatin dan aku sendiri nampak perubahan mak sejak itu. Mak dan abah sangat2 rindukan Fatin kerana mereka tiada anak perempuan.

Selepas itu kami sekeluarga terputus hubungan dengan Fatin dan ibunya...
Rindu mak dan abah kepada Fatin terubat dengan kehadiran adik bongsu aku Anis Nabilla yang lahir pada tahun 1996.
Akhirnya mak dan abah tersenyum kerana mendapat cahaya mata seorang bayi perempuan.

Tahun 2007..

Pada ketika ini, kami sekeluarga sudah menetap di Rawang.
Aku pula tinggal di Damansara kerana bekerja di kawasan itu.
Bulan depan akan masuk bulan May. Aku paling suka bulan May kerana aku berkongsi bulan kelahiran bersama adik perempuan aku Anis (28 May), aku (29 May) dan juga mak (31 May).

Aku pada waktu itu sedang berkira2 untuk menghadiahkan apa kepada mak.
Nak beli hadiah berbentuk barangan pun aku tidak tahu apa yang sesuai untuk mak, sehinggalah aku terfikir untuk menjejaki semula adik angkat aku Fatin Azira itu. Mak mesti seronok kalau dapat bertemu dengan anak angkatnya yang sedah beberapa tahun terpisah itu. Tapi bagaimana untuk aku mencari? Aku tiada langsung kesan tinggalan Fatin untuk aku jejak. Kemudian aku terfikir tentang laman sosial Myspace.

Siapa saja anak muda muda pada tahun itu tiada Myspace?? memang kolot lah..

Lalu aku memulakan pencarian..
Aku menaip nama "Fatin" di dalam ruangan search dan aku browse satu persatu.
Memang banyak lah result profile page yang keluar dengan nama "Fatin" tetapi aku tapis satu persatu berdasarkan umur pemilik profile2 itu. Aku tidak pasti berapa umur Fatin ketika itu tetapi aku anggarkan dia mungkin sudah berusia 13-14 tahun.
Tapisan demi tapisan aku buat sehingga membawa aku ke satu profile Myspace milik Fatin Emilia.

Kenapa aku berhenti di profile Fatin Emilia?
Itu adalah kerana ketika aku mengecilkan pencarian, profile milik Fatin Emilia itu lah yg keluar setiap kali aku menaip Fatin Azira di dalam kotak search..
Pemilik profile itu juga berusia 14 tahun. Hampir tepat tetapi aku tidak dapat melihat gambar2 di dalam profile itu kerana profile itu sidah di-privatekan.

Lalu aku menghantar satu mesej kepada pemilik itu yang berbunyi ;

"Assalammualaikum..
Maaf menggangu awak. Saya sebenarnya sedang mencari anak angkat keluarga saya yang dah terpisah beberapa tahun dulu. Saya tak pasti adakah awak adik yang saya cari tu sebab display name awak dalam Myspace ni Fatin Emilia, tapi bila saya taip Fatin Azira, akan terkeluar profile awak. Fatin Azira tu nama anak angkat mak saya. Nama ibunya Umi dan bapanya Mawardi. Kalau awaklah orang yang saya cari, boleh tak awak balas mesej ni secepat mungkin sebab saya nak temukan awak semula dengan keluarga saya. Ini nombor telefon saya 012687XXXX"

Selepas itu aku menanti dengan penuh tidak sabarnya..Harap2 betul lah orang yang aku jumpa dalam Myspace tu.

3-4 hari selepas itu aku terima panggilan dari seorang anak gadis...

"hello...?" suara gadis di hujung talian

"hello..? siapa ni? " tanya aku

"awak ni siapa?" tanya gadis itu

"eh?! awak ni siapa call saya ..lepas tu awak pulak tanya saya siapa!"

"bukan..saya dapat mesej dari Myspace..awak ke yang bagi?"

Aku terkejut!
Mungkin itu Fatin yang aku cari...Aku sangat2 berharap itu semua betul..

"OH! Fatin ke ni!? awak Fatin Azira? "

"Ya nama saya Fatin..tapi awak ni siapa? betul ke awak ni abang saya?" tanya gadis itu lagi

"Kalau betul awak Fatin yang saya cari tu, memang saya ni abang awak"

"Mungkin kot...sebab mama pernah cakap yang saya ada satu keluarga angkat" jelas Fatin.

Tiba-tiba perbualan aku dengan Fatin tergantung kerana ibu fatin secara tiba2 menggangu perbualan kami.

"hello, ni nak tanya..awak ni siapa?" tanya ibu Fatin.

"Cik Umi ke ni?..ni adik ni!" kata aku kepada ibunya.

"Adik anak Kak Dee ke?"

"Ye!!!! memang betul Cik Umi...!! " aku bersuara teruja

"Ya Allah.......macam mana hang jumpa Fatin? Aku dah berapa tahun cari family korang kat Puchong tapi diorang cakap korang dah pindah ke Rawang" jelas Cik Umi

"Jumpa dalam internet! jadi betul lah ini semua" aku seolah2 tidak percaya tetapi aku sangat2 gembira sebab dapat menjejak semula keluarga Fatin

"Ni nombor telefon Fatin, lepas ni hang bagi nombor mak dgn abah..lepas ni Cik Umi nak call diorang" kata Cik Umi

Hari itu menjadi hari yang paling gembira..Malam itu aku pulang ke Rawang dengan perasaan yang sangat2 tidak terbendung kegembiraan..Aku anggap itu sebagai hadiah hari lahir untuk mak. Setibanya di Rawang, belum sempat aku menceritakan tentang kejayaan aku menemui Fatin, mak terlebih dahulu tersenyum kerana Cik Umi dah call mak petang tadi.

Lalu aku menceritakan satu persatu usaha aku menjejaki Fatin untuk berjumpa semula dengan keluarga kami.

Dipendekkan cerita, ketika keluarga kami mengadakan sedikit majlis sempena menyambut hari lahir aku,Anis dan mak. Fatin tiba dengan keluarganya di rumah kami. Aku sendiri teruja untuk melihat bagaimana rupa Fatin kini..kerana kami cuma ada gambar2 Fatin ketika kecil.
Dari dalam kereta, keluar seorang gadis genit berbaju kebaya ungu...aku yakin itulah Fatin kerana raut wajahnya tidak ubah seperti bapanya.

Mak mendapatkan Fatin dan memeluk Fatin dengan erat..diikuti oleh abah. Aku hanya mampu tersenyum sebab terlalu gembira dapat menemukan Fatin dengan mak dan abah. Aku dapat lihat air mata mak bergenang...hampir menangis.. (terharu gilerrr)
Kemudian ku lihat Cik Umi....masih tidak berubah dan masih bermulut murai..HAHAHAHA!! dia memperkenalkan suami barunya kepada mak dah abah.

Kami terus ke meja makan dan mak memperkenalkan Fatin kepada kawan2nya..
Mak selalu bercerita tentang Fatin kepada kawan2nya.. Kini orang yang dicerita itu berdiri di depan mereka semua..

Itu lah sedikit sebanyak peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan. Aku kini sentiasa berhubung dengan Fatin supaya kami tidak terputus hubungan seperti dahulu... 

-FIN-


--
Haie Ahmad

August 11, 2010

from KL with love..to Kuching with hope.

Seperti biasa lah sebaik sahaja aku jejak kaki di rumah, aku akan terus online. Pulang malam semalam, aku cepat2 mandi sebab siri TV kegemaran aku Desperate Housewives bakal ke udara hanya beberapa minit sahaja lagi.

Selesai semua perkara yang sepatutnya aku buat, aku terus menghadap laptop sambil mata menjeling2 ke kaca televisyen.

Aku online Facebook dan twitter.
Aku lihat Jesper sedang online tapi aku tahu dia sedang buat kerja2nya.
Selang beberapa minit aku online, aku menegur Jesper melalui Facebook chat;

Haie : hello baby =)

Jesper : Hunn!!!

Haie : bushy...I miss you..

Jesper : oh dear Hunn.. bushy miss you too.. wink***

Haie : what are u doin?

Jesper : oh im doing some work here and tasks.

Haie : oh really....ok then...ae u cute now?

Jesper : =) so BUSHY!

Haie : oh..can i see u tonight? =)

Jesper : not now, but I can send u my photos.

Haie : oh! new photos! send to my email?

Jesper : yes sure.. =)

Selang bebrapa minit kemudian, aku terima email daripada Jesper. Ada 9 keping gambar dalam yang dihantar. Aku melihat satu persatu gambar Jesper...
He's so cute! without any photo edit..so natural..the real him.

Dalam sedang aku asyik membelek gambar2nya..ada satu gambar yang menarik pandangan aku. Gambar Jesper..memegang pen dan di jarinya aku dapat lihat dengan jelas cincin pemberian aku kepadanya satu ketika dahulu. I knw that is my ring. Aku kenal cincin itu.

Aku rasa sangat tersentuh sebab cincin itu masih berada di jari dia..
Dipakai, dibawa kemana saja dia pergi..
Cincin itu sangat2 istimewa sebab ada nama aku terukir di atasnya. =)
Jauh sudah cincin itu merantau..dari KL ke Kuching.
Sedangkan tuan punya cincin masih lagi berada di KL...

Bulan Oktober nanti aku akan ke Kuching bertemu Jesper. Sangat tidak sabar untuk bertemu dengan buah hati aku yang seorang itu...

I miss you Jesper..
I miss you so much!

wink***

Selamat Berpuasa

Sudah masuk bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun kedua aku berpuasa di rumah bujang aku di Bandar Tasik Selatan. Biasa lah hidup bujang macam aku ni kadang2 terlepas jugak waktu bersahur..adakalanya bangun sahur tapi terlewat...tak berpuasa lah alamatnya. 

Tahun lepas aku kerap bersahur bersama salah seorang rakan serumah aku Shah. Kami selalunya makan di sebuah gerai yang diusahakan oleh beberapa orang Kelantan. Boleh tahan sedap makanan yang ada di gerai itu. tapi untuk sabur pada tahun ini, aku belum pasti makan di mana. Shah tiada di rumah, nampak gayanya aku kena makan sahur sendiri.

Bulan Ramadhan ni sangat istimewa sebab bagi diri aku sendiri, terasa sangat tenang dan indah suasana sepanjang bulan Ramadhan. Semestinya satu perkara yang menjadi tumpuan ramai adalah kewujudan bazaar2 Ramadhan di segenap pelusuk tempat. Aku agak bertuah kerana bazaar Ramadhan terletak hanya di bawah flat tempat tinggal aku. Boleh dirasakan hiruk pikuk dan suasana meriahnya bazaar Ramadhan...

Akan tetapi, peluang aku untuk mengunjungi bazaar Ramadhan sangat2 lah tipis sebab aku bekerja. Kalau kerja shif pagi pun, aku pulang jam 6 petang dan tidak sempat untuk mencari makanan di mana2 bazaar kerana kebiasaannya waktu berbuka puasa tiba sewaktu aku berada di dalam tren untuk pulang! HAHAHAHA.. sebab itu aku lepak dahulu di sekitar Mid Valley mencari tempat untuk berbuka sambil cuci mata. =)

Well, seperti tahun sebelumnya, aku request untuk bekerja pada Hari Raya Aidilfitri. Bukan lah sebab aku tak pentingkan Hari Raya, tetapi aku sudah lama hilang feel berhari raya. Lagipun keluarga aku hanya tinggal di Rawang. Kalau setakat aku nak pulang ke Rawang selepas waktu bekerja tu...no hal lah =)

Insyaallah aku akan berpuasa penuh pada tahun ini ..

*sangat2 berharap agar hati aku tenang sepanjang Ramadhan
-- 

Haie Ahmad

August 10, 2010

"sakit tak bila putus cinta?" - Aimi Damia

Malam tadi sementara menunggu masa untuk pulang, aku berbual bersama Aimi Damia, salah seorang rakan sekerja aku. Dalam macam-macam perkara yang kami bualkan, tiba-tiba dia bangkitkan satu isu ini. Pada mulanya aku yang bertanya tentang keadaan dia kerana aku ternampak dia menangis petang itu.

Aku menghampiri Mia yang berdiri berseorang di pintu masuk cafe;

"eh? Mia...kenapa kau menangis?" tanya aku sebaik melihat air matanya bergenang. Niat untuk bergurau aku terbantut.

"Tak ada lah..mana ada aku menangis" Mia cuba menyembunyikan emosi sambil dia cepat-cepat mengesat air mata. Matanya merah..memang dia tadi menangis. Aku cuba untuk mengorek punca dia mengalirkan airmata kerana ini bukan kali pertama aku terlihat dia secara tiba-tiba menangis tatkala berseorangan di luar.

"bagitau lah aku..kenapa ni? takkan takda apa-apa kau boleh menangis?"

"aku ok lah..mata aku masuk habuk" 

***puki kau berhabuk!!..sah2 lah aku nampak kau menangis tadi***


"aku nak tanya ni..sakit tak bila putus cinta?" tiba-tiba saja soalan itu keluar dari mulut Mia. Dan pada waktu yang sama, kepala aku terus melayang terkenangkan peristiwa putus cinta yang aku alami awal bulan April lepas. Sewaktu ditinggalkan oleh Arez.

"kenapa kau tanya? kau menangis tadi sebab boyfriend kau mintak putus ke?"

"ishh..! bukan lah..aku nak tau je"

"kau tak pernah putus cinta?" tanya aku kepada Mia

"tak..ini first time aku" balas Mia.

"hah!! ini first time kau putus cinta?! kau dah putus ke?" aku terkejut. Yelah kan takda angin ribut tiba-tiba putus cinta.

"BUKAN LAH! ini first time aku bercinta..belum putus lagi..sebab tu aku nak tanya apa rasa putus cinta" 

Mendengar penjelasan dari mulut Mia, membuatkan aku berfikir. Sangat2 berfikir sebab aku baru sahaja melalui peristiwa pahit itu. Ya, putus cinta sangat-sangat sakit. Memikirkan kembali apa yang sudah berlaku terhadap hubungan aku dengan Arez, semua itu seperti pantas berlalu. Kini sudah bulan Ogos..sedangkan peristiwa hitam itu berlaku di awal bulan April. Dan kesannya masih berbekas di hati aku. Sangat sakit....

Lalu aku kongsi pengalaman itu bersama Mia.

"Yup..sakit sangat bila putus cinta. Apa yang aku boleh cakap tentang itu ialah PUTUS CINTA ITU SANGAT MENYAKITKAN"

"sama tak rasa sakitnya macam kita gaduh dengan pasangan?" tanya Mia

"Tak sama. Gaduh dengan pasangan tak sesakit kalau putus cinta sebab masa kita gaduh, minda kita tetap berkata 'gaduh sekejap je..esok2 ok lah balik'. Tapi kalau putus cinta, harapan untuk bersama balik amat tipis"

Aku menerangkan kepada Mia berdasarkan pengalaman aku.
berdasarkan apa yang telah aku lalui dan harungi..sangat2 sakit...

"Kau bayangkan, Arez sebenarnya dah tinggalkan aku beberapa hari sebelum aku ke Penang..Aku sendiri tak tau. Aku pergi Penang 1-3 April tapi dia dah couple dengan lelaki tu on 29 Mac. Boleh bayangkan tak betapa hancur hati aku. Sebab beberapa hari sebelum aku pergi Penang tu, kami bergaduh. Macam aku cakapkan tadi, walaupun gaduh, minda kita dah tetap berkata segalanya akan pulih. Sebab tu aku belum rasa sakit lagi..

Masa aku dalam balai berlepas, beberapa minit sebelum menaiki penerbangan ke Penang, aku ada cuba call Arez tapi handphone dia off. Banyak kali aku cuba call..semuanya failed. So aku off handphone dan terus masuk ke dalam pesawat. Dalam kepala aku pada waktu itu cuma fikir yang Arez masih lagi marah dengan aku. So aku berharap dia akan OK keesokan harinya.

Tapi lain pula yang jadi. Sebaik aku tiba di Penang, banyak panggilan aku yang tidak dijawab. SMS aku pun tidak berbalas. Kalau ada balasan pun, hanya sekadar beberapa kerat perkataan. Aku faham dia masih marah.

Dipendekkan cerita, pada hari terakhir aku di Penang, aku call Arez dan dia menjawab panggilan itu tapi dengan nada yang agak keras seperti kurang senang dengan panggilan itu. Aku masih ingat apa yang di kata dalam perbualan kami; 

"Jangan call lagi..dont text me anymore, dont ever call me"

Sejak dari saat itu, aku sudah mula rasa bakal kehilangan dia. Hati aku dah mula tak menentu.
Pukul 9.00pm, pesawat berlepas ke Kuala Lumpur dan aku tiba di LCCT sekitar jam 10pm.
Aku call dia tapi tidak berjawab. Bayangkan sebaknya aku sebab aku ada memberli beberapa hadiah untuk dia dari Penang.

Keesokkan harinya, aku call dia lagi. Kali ini dia angkat. Perbualan kami semakin serius dan aku sudah mula mengeluarkan air mata tatkala dia sudah tidak lagi cintakan aku....sebelum aku berangkat ke Penang lagi. Aku pujuk dia untuk berjumpa kerana aku ingin menyerahkan barangan yang aku beli di Penang itu. Tetapi hampa kerana dia tidak mahu langsung berjumpa dengan aku.

"Kenapa taknak jumpa? Dah ada boyfriend baru ke?" tanya aku

"takda lah..malas nak jumpa. what for?"

"i just want to give u this present" aku cuba memujuk. Aku sedar aku sudah kehilangan dia.

"its ok..i dont want. u can keep it for urself. bye" dia menamatkan panggilan dan membiarkan aku kusut..geram dan sedih.

Selama beberapa hari itu, jiwa aku sangat sakit, kepala serabut..hati macam nak pecah. Penangan putus cinta.
Selama beberapa hari itu juga aku berendam air mata. Ego seorang lelaki sudah tak berguna. Runtuh dek kerana CINTA.

Macam2 perkara bodoh aku cuba buat. Disebabkan aku tak dapat menerima kehilangan Arez.
Dalam waktu2 begini lah kita perlukan kawan2 sekeliling. Aku sangat berterima kasih kepada teman serumah yang memberi kata2 semangat dan yg meneman aku siang malam.

Paling tak lupa, pengorbanan seorang teman baik bernama Zaidah. Dia lah yg memimpin aku dari jatuh. Menyokong aku dan membantu aku mengharungi peristiwa gila tu..

"habis tu memang betul2 sakit la kalau putus cinta?" Mia menyampuk tiba2

"sumpah cakap...sangat sakit..paling lama aku pernah kena dulu 2 bulan..masa tahun 2005. Dua bulan aku 'kehilangan' diri. Waktu tu pergi kerja ..baru je masuk kerja dah fikir nak balik" balas aku.

"Dua bulan? habis tu Mia tengok sekarang ok je dengan Jesper" kata Mia

"memang lah sebab Jesper datang 'cepat'. Dulu lepas aku putus cinta, sangat serabut sampai tak boleh nak fikir terima orang lain. Kau bayangkan, sejak balik dari Penang aku tak jumpa Arez..kepala otak aku kusut..jiwa kacau sebab masih tak dapat terima kenyataan....dari 4 April tu sampailah ke 13 April..hari di mana Jesper muncul 'menyelamatkan' aku"

Aku melihat jam di tangan hampir ke pukul 8pm..waktu untuk aku pulang sudah tiba.
Aku meringkaskan cerita itu kepada Mia dengan mengatakan putus cinta itu sememangnya menyakitkan..
Aku sempat juga bagi beberapa 'nasihat'...walau aku sendiri jenis tak makan nasihat.

"Mia, kalau lah benda ni jadi kat kau...please jangan duduk layan diri sorang2..Kau kena cepat2 cari kawan. Sebab kau akan gila kalau sorang2. Waktu itu kau memang perlukan kawan2 untuk tenangkan kau dan alihkan perhatian dari benda tu. Jangan sesekali fikir untuk mencederakan diri sendiri sebab masa tu bukan diri kita yang kawal minda, sebaliknya perasaan yang bercelaru. Percaya lah cakap aku, sebaik saja kau pulih dari masalah sakit hati putus cinta tu, kau akan fikir tindakan mencederakan diri tu sebenarnya lebih bodohh..sangat2 bodoh....."


Haie Ahmad

August 09, 2010

Oh! Tia dear, Ingatkan U dah tahu

Hari ini aku datang kerja macam biasa. Datang sedikit awal supaya aku boleh mengambil masa untuk berlengah2 sementara menunggu masuk kerja. Seperti biasa, aku tiba di tempat kerja dengan uniform yang sama; berwarna hitam..messenger bag PRADA; juga berwarna hitam..tanpa jam tangan dan cincin tetapi dengan pendant rantai leher yang sama; huruf J berwarna silver.

Tepat pukul 230pm, aku mula menjalankan tugas aku...seperti biasa diselang-selikan dengan sesi berborak bersama beberapa rakan sekerja. Dari dalam, aku ke section 30 yang berada di luar cafe. Kelihatan dua orang rakan sekerja aku sedang berbual; Mia dan juga Tia. Aku menyampuk perbualan mereka dan tiba2 Tia menoleh dan berkata;

"I know what the J is stand for!!!" kata Tia dalam nada yang agak kuat sambil menunjuk ke arah rantai leher aku. Aku terkejut kerana Tia secara tiba2 "menyerang" aku! Tapi aku hanya tersenyum dan hampir ketawa..sambil memegang pendant berbentuk huruf J di leher ku itu.

"OH! ~ hahah I thought you know about it already thru my facebook" sambil aku tersenyum. Sumpah aku mati2 ingat yang Tia sudah tau dari awal memandangkan dia pernah singgah ke laman Facebook aku. Mungkin...tapi dia mungkin tidak perasan.

"Very clever huh you hiding the meaning of the J" balas Tia lagi.

"No I didnt hide it..they all knew"

"Eh btw how do you know ahh?" tanya aku kepada Tia sambil kami mengemas meja.

"Actually I dont know..then I saw the balloon photo in your Facebook. Then I was like...this Jesper used to comment2 with me on your status" terang Tia

"oh..like that? hahah.." aku hanya mampu tersenyum dan ketawa kecil.

"And I did a research bout it" sambung Tia lagi sambil membulatkan matanya...

Well, nampaknya Tia sudah tau siapa J di hati aku. Tapi betul lah, selama ini aku ingat dia memang sudah tahu tentang aku dan Jesper. Kelakar lah tadi tu. Cara Tia "sergah" aku secara tiba2..terkejut aku.

"He is my lovely boy" kata aku kepada Tia

"Yes, he is cute! :) " balas Tia sambil tersenyum..

**sumpah kelakar**



--
Haie Ahmad

August 07, 2010

"terbanglah kau wahai belon..terbang ke Kuching"

mari menonton SALT!!
Hari ini Sabtu aku bersama dua orang teman sekaki Zaidah & Amran meluangkan masa bersama di hujung minggu dengan menonton filem terbaru lakonan Angelina Jolie, SALT. Filem yang mengangkat tema tentang agen perisik kelahiran Rusia yang bertopengkan kehidupan normal di US. Sebenarnya sejak pertama kali menonton trailer filem ini beberapa bulan lepas, aku sudah teruja untuk menyaksikan kehebatan lakonan Angelina Jolie.


Kami tiba di Pavilion pada sekitar jam 1230pm dan menikmati lunch di Food Republic sebelum masuk ke pawagam pada pukul 150pm.


Usai menonton filem hebat itu, kami ke Plaza Low Yat kerana Amran dan Zaidah ingin mencari aksesori gadget mereka. Sementara ke Plaza Low Yat, kami sempat singgah di F&N Fun Fest yang di adakan di tengah2 Bukit Bintang. Memang ramai lah anak muda yang berkumpul di sana. Aku memang suka dengan acara2 sebegitu. Kelihatan ramai yang memegang belon-belon berwarna oren dan di bawah belon itu diikat satu nota kecil. Aku tertanya2, nota apakah itu?



Kemudian di satu sudut aku terlihat ramai yang beratur untuk mendapatkan belon oren itu dan aku juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan belon itu. Rupa2nya belon itu adalah 'A Hope Ballon'. Aku mendapatkan satu belon dan menulis sesuatu di atas nota kecil itu..dan nota itu di ikat ke belon tersebut! sangat comel..


Belon2 itu kemudiannya dilepaskan serentak beramai2 ke udara...

August 06, 2010

Pengakuan ex-bf ; Jangan mempersiakan pasangan anda

JANGAN sia-siakan pasangan anda.
Itu intipati yang akan aku kongsikan bersama pembaca blog aku. Aku rasa terpanggil untuk menaip teks ini setelah aku kenang kembali tindakan aku terhadap pasangan aku yang sebelum2 ini. Ada dua kenangan yang masih berbekas di dalam hati aku ketika bersama dengan Amir dan Arez. Kini aku kehilangan kedua2 mereka dan apa yang pasti tidak seorang pun daripada mereka akan kembali bersama aku.

Dalam sesuatu perhubungan,setiap pasangan inginkan kejujuran dan perhatian yang sepatutnya diterima dan diberi oleh kedua2 belah pihak. Yang penting, kepercayaan. Itulah yang membuatkan rencah dalam sesuatu perhubungan itu untuk kekal....walaupun tak lama.

Mengambil contoh hubungan aku dengan Amir yang bermula ketika penghujung December 2006 sebelum secara rasminya aku dan dia bersetuju untuk berpacaran pada Februari 2007. Sepanjang perhubungan aku dengan Amir, kami sangat2 rapat dan bahagia bersama di awal perkenalan. Kalau dah nama pun pasangan, tipulah kalau kami tidak pernah sekali bertengkar. Tetapi setelah aku kenang kembali, aku lah yang banyak kali menyakiti hatinya.

Kerap kali aku ingkar larangannya yang sememangnya bertujuan baik untuk hubungn kami. Sejujurnya aku sangat sayangkan dia walaupun kami kerap ke arah pertelingkahan di akhir2 perhubungan kami. Berani aku katakan bahawa Amir satu2nya pasangan aku yang terbaik, yang memahami dan berkongsi segala minat yang sama. Itulah punca kami bertahan selama 2 tahun. Amir tidak pernah menghalang segala aktiviti aku sekiranya dia merasakan yang aktiviti itu tidak menggoyahkan hubungan kami. Amir begitu jujur dengan aku tetapi aku mencalarkan kepercayaanya terhadap aku.

Di akhir2 perhubungan kami, boleh dikatakan kami kerap bertengkar. Tetapi tidak pernah sekalipun aku melepaskan kata ingin berpisah. Aku tak sanggup kerana aku sangat sayangkan dia. Seingat aku, 4 kali dia meminta putus dari aku. Tetapi kami kembali bersama kerana sayang yang kuat. Dua tahun cinta disemai, dipupuk dan dijaga.. Empat kali putus bersambung cinta, akhirnya aku yang meninggalkan Amir.



Kewujudan orang ketiga yang muncul tatkala aku sedang bertelingkah dengan Amir telah membuatkan perhatian aku beralih kepada Arez Point yang ingin aku sampaikan di sini adalah; seteruk mana pun kamu bertengkar dengan pasangan, ingatlah bahawa dia sebenarnya sayangkan kamu. Jangan sesekali kamu mencari orang ketiga untuk meluahkan segala masalah kamu dengan pasangan dgn niat untuk mengalihkan perhatian kamu daripada pasangan kamu kini. Seeloknya, carilah teman yg betul2 rapat. Bukan orang luar yg baru dikenali.

Arez muncul ketika aku berada dalam masalah dengan Amir. Perhatian yang diberikan membuatkan aku buta kerana aku sepatutnya memujuk Amir. Didesak oleh keras kepala dan ego, aku dengan mudah meninggalkan Amir untuk bersama Arez. Amir, orang yang aku sanjung puja selama 2 tahun sebelum ini ku lepaskan begitu sahaja. Amir ada memujuk aku untuk kembali kepadanya tetapi aku enggan. Malah dia pernah berharap bahawa aku sedar aku membuat keputusan yang salah dengan meninggalkannya.

Ya benar telahan Amir. Aku sudah membuat keputusan yang salah. Kini aku menanggung kesal yang tidak berkesudahan. Kesal kerana melepaskan dia pergi. Aku hanya kerap bertanyakan tentang Amir melalui teman baiknya Shazzy. Kini Amir? Dia peduli apa pasal aku. Dia langsung tidak ambil kisah kehidupan aku kini. Hidup mati aku kini bukan lagi masalah bagi dia. Walaupun telah memaafkan aku, aku masih belum cukup puas untuk bebas berfikir tentang kemaafan yang dia berikan. Aku yakin sampai mati aku akan menyesali tindakan meninggalkan dia. Itu aku pasti. Bersarang dalam kepala.

"go on with your life. Find someone new. U can do it" -kata Amir sewaktu aku meminta nasihat daripadanya tentang cara untuk aku melupakan Arez. Aku minta nasihat dari bekas kekasih?? Betulkan tindakan aku? Dalam pada ketika aku sangat2 bermasalah dengan Arez, aku selalu terkenangkan Amir. Adakalanya hampir bergenang airmata memikirkan kesilapan aku meninggalkan dia. Pada aku, Amir cukup kuat. Sangat tidak mudah rapuh. Dia berhati kering dan ikut kepala sendiri. Aku tidak pasti samada dia mudah melupakan aku selepas aku meninggalkan dia ataupun tidak. Tapi, selepas apa yang berlaku terhadap aku dengan Arez, aku sedar setidak2nya Amir tidak pernah curang dengan aku sepertimana Arez. Amir jujur. Rajuknya sekejap. Marahnya sekejap. Meluatnya sekejap. Semuanya sekejap.. Tidak simpan di hati..I don't know.

Ketika bersama Arez, aku terbawak perangai aku sewaktu bersama Amir iaitu online, shopping, movie dan berbelanja. Itu yang membuatkan Arez mula mengawal perilaku aku. Aku mula rasa terkongkong. Ye lah kan..dengan Amir aku bebas ke sana sini dan buat apa saja sebab aku dan Amir berkongsi hobi dan minat yang sama. Malang sekali dengan Arez, dia bukan orangnya. Sangat silap. Arez memaksa aku mengikut acuan hidupnya. No online, no shopping, no outing except dengan teman baik aku Zaidah. Kalau aku berjumpa Zaidah sekalipun, aku dipaksa pulang sebelum 10 malam!. I'm an owl..I don't sleep before 3 am. Even owl don't sleep till morning!

"Amir is better than him. I like Amir more than him" kenyataan dari mulut Zaidah yg membuatkan aku terdiam dan kesal.

Teks aku kali ni lebih menjurus kepasa pengakuan dan penyesalan seorang lelaki kerana mensia2kan pasangannya. Aku mensia2kan Amir. Berkali aku meminta maaf dan berkali2 pun dia memaafkan aku, aku tetap belum rasa lega. Aku tak tahu apa yang aku perlukan lagi. Putar kembali masa? How I wish that Doraemon is real. How I wish that the X-Mens are real..how I wish that at least, to have a DELETE button in my palm =)

Sekali seseorang itu menyesal atas perbuatannya, mereka akan berani untuk berkata bahawa mereka akan menyesal sampai mati. Dalam kes aku, juga berani berkata begitu. Aku tak layak melukakan hati Amir dan juga tidak sepatutnya perlakukan dia sebegitu dahulu....

Dalam Facebook, aku menambah Amir sebagai teman sosial. Dia tidak mempertikaikan malah tidak sekali menyekat aku daripada meninggalkan beberapa komen. Cuma ada beberapa kali dia menghantar sms menegur kerana tersinggung dengan beberapa bait perkataan dalam komen aku itu yang tidak sepatutnya begitu. Aku akur dan hormat permintaan dia. Aku perlu jaga hati dia kerana aku kini bukan siapa2 pada dia. Cukuplah aku merosakkan hatinya dulu dan kini aku takkan buat dia tersinggung lagi. Apa yang lepas antara kami, sudah berlalu.

Sebagai bekas kekasihnya, yang pernah berkongsi susah senang bersama Amir, aku memuji kekuatan yang ada pada Amir dalam mengharungi hidupnya selepas aku tinggalkan dia. Lebih tepat, selepas aku sia2kan dia. Walau sudah setahun berlalu, aku masih rindu ketika kami tinggal di Damansara.

Kini tiba giliran aku menjalani hidup setelah ditinggalkan Arez. Akan ku jadikan kekuatan Amir sebagai pendorong untuk aku terus berpijak dan bernafas. Jika Amir boleh bergembira kini bersama kehidupannya, kenapa tidak aku. Aku masih ada Zaidah sebagai api dan kenangan bersama Amir sebagai bahan bakarnya.

Satu pesan aku kepada kawan yang lain, jangan sia2kan pasangan anda..gaduh or bertekak, its a flavour in our relationship. Its up to u wether to taste it or leave it...but don't share it with others coz u will regret once it over..

Terima kasih Amir =)

August 05, 2010

1, 2, 3...Hunn yours, Bushy =)

"Hunn, Arez sent me a msg thru facebook once ive approved him"

Lebih kurang begitu lah text yang aku terima daripada Jesper. Lain
macam benar bunyinya. Aku sendiri tertanya2 kenapa dia memberitahu aku
tentang mesej yang dihantar oleh bekas kekasih aku itu.

"a message? Abou what?"

"I dont know. There's a lot to tell you. Is there something wrong with
Arez lately?" soal Jesper kembali

"hm.. I dont know. I rarely contact him now"

"if like that Hunn, why dont u login into my facebook account andread
it by urself" Jesper menyuruh aku untuk masuk ke inbox facebooknya dan
membaca sendiri mesej yang dihantar oleh Arez.

Tanpa membuang masa, aku mengakses masuk ke akaun Jesper dan membaca
mesej yang dimaksudkan. Agak panjang mesej yang dihantar itu. Dari isi
kandungannya, Arez tidak mencerca aku malah jauh sekali membenci
Jesper kerana memiliki aku kini. Tetapi mesej itu seolah2 bercerita
tentang seseorang yang lain.
Seorang yang juga merupakan kenalan kami bertiga.

"hm..baby, he talks about Zach" aku memberitahu Jesper

"i know he talked about Zach but why he did that?" soal Jesper

"baby u know about Zach used to had a crush on me kan?"

"Arez wanted to ruins peoples thoughts ke?"

"im not sure but it seems like he still hold a grudge over Zach"
terang aku kepada Jesper.

"but Hunn, you said Zach already has a boyfriend right?"

"yes he has a boyfriend, Arez has a boyfriend and i got u as mine. I
think Arez shouldnt send this kind of message to u." dengan nada
sedikit kesal aku terangkan kepada Jesper

"Well Hunn, I dont think that Zach would do this to me coz he owes so
many thing from me in term of advices. But if he does, i will brain
wash him until he become a good person" balas Jesper

Aku tak tahu hendak berkata apa. Dalam kepala aku bemain persoalan
tentang motif mesej Arez itu. Mahu atau tidak, aku perlu mendapatkan
penjelasan daripada Arez sendiri. Jika tidak, perkara ini akan
berlarutan.

Aku menghantar text kepada Arez.

"mesej yang dlm facebook Jesper tu, its about Zach kan?" tanya aku kepada Arez

"Yup" - ringkas sahaja jawapan yang aku terima.

"but why? Kenapa Zach?" tanya aku lagi

"just as a precaution for Jesper about Zach" balas Arez

"you dont have to do that. He has a boyfriend now and Im sure that he
will spend more time with his boyfie than thinkin bout me"

"well, I know him. He still loves you"

"No..please stop. U ada boyfriend, Zach ada boyfriend and I have mine.
Just take a good care of our boy"

Pesan aku kepada Arez. Ya mungkin kami pernah bergelar pasangan
dahulu. Pernah bahagia bersama, pernah berkongsi pelbagai pengalaman
tetapi kini semuanya sudah berubah. Dia bukan lagi milik aku seperti
dulu.

Hati aku kini milik Jesper. Seperti yang Arez katakan di dalam
mesejnya kepada Jesper berbunyi;

"HE(zach) wont get to haie no matter what as u have successfully
"protect" him from such a person.."

Yup, Jesper "lindungi" aku dari anasir luar.
Aku sayang dia. Sangat sayangkan dia..LOVE mungkin tepat untuk
menggambarkan itu.

Dia milik aku. You dont have to worry Arez.

"anyway, thanks lah sebab bagi 'amaran' kat Jesper tentang Zach tuh" -
text terakhir aku untuk Arez

"Welcome" balas Arez

=end

--
Haie Ahmad

August 04, 2010

makan GCB malam buta!

GCB di tengah malam

Seperti yang dijanjikan, malam ini aku dibawa oleh Amran untuk
menikmati burger terbaru GCB di McDonalds. Bukan lah aku tak pernah
makan burger itu, tetapi entah kenapa malam tadi aku terasa ingin
benar mencubanya untuk kali kedua.

"jumpa kau pukul 1am nanti ok!" tweet yang dihantar oleh Amran ke
akaun Twitter aku.

What?! Pukul 1am ke? Boleh lah...asalkan dapat melangsaikan nafsu
perutku yang mengidamkan GCB terbaik dari McD itu.

Sebaik tiba di rumah kira2 pukul 1130pm, aku berehat, mandi dan sempat
online sementara menunggu Amran tiba. Tidak lama lepas itu handphoneku
berdering...

Suara Amran di hujun talian..

"Haie, kita pegi pukul satu lebih tau"

"Pukul satu? Boleh je..tak lewat sangat ke?"

"Alah takpe..aku tgh tunggu Papa amik aku"

"Papa? Eh..dia tau tak aku ikut?"

"Takpe nanti aku bagitau dia..pukul satu tau"

"oh ok..eh nyah, jangan lupa novel Aa+Bb tau"

Aku sambung online sambil menunggu jam ke pukul 1am..
Hampir sejam aku online, Amran sekali lagi menghubungi aku dan katanya
dia sudah hampir sampai di rumah aku.

Oh shit! Kenapa lambat sangat bagitau. Aku belum bersiap!
Aku bergegas menyarungkan tshirt pemberian Amran sewaktu ke Penang
dahulu..berseluar crop-pant dan berselipar baru!

Ku capai dua buah handphone, kunci rumah, wallet dan..rokok!

Setibanya di bawah, Amran tiba menaiki Gen2 milik Papa. Oh! Papa yang
dimaksudkan itu bukanlah bapa atau ayahnya ok..itu panggilan kepada
kawannya itu. Amran berambut baru! Cantik!
Aku masuk ke tempat duduk belakang dan kereta itu menyusur keluar dari
Bandar Tasik Selatan.

Kami menuju ke McDonalds yang beroperasi 24jam.
Tetapi aku pelik kerana Papa tidak memandu ke McD Taman Conought,
sebaliknya dia terus memandu ke arah selatan lebuhraya. Aku dah mula
pelik..sebab kami plan untuk ke McD Taman Conought.

"Amran, kita nak ke mana?" tanya aku

"McD lah..." balas Amran

"bukan kat Taman Conought ke?"

"tak..jauh sikit..hehehe"

Oh rupanya kami ke Mcd Lebuhraya KL-Seremban!
Bersebelahan dengan MINT Hotel yang dah tutup itu.
Well, aku tak kisah pun asalkan dapat makan GCB.
Kami memesan 3 set GCB plus Filet O Fish!
Puas gila rasanya dapat makan GCB yang diidamkan!
Selesai makan, kami keluar mengambil angin sambil duduk di tepi
lebuhraya itu. Best kot duduk malam2 buta mcm tu sebab angin sangat
kuat!

Banyak yang dibualkan antara aku dgn Amran sementara si Papa itu sibuk
dengan iPhonenya. Dari satu topik ke satu topik kami umpatkan bersama
sehingga kering dah air liur ketawa.

Jam menunjukkan pukul 230am, dan kami bersedia untuk pulang.
Papa menghantar Amran pulang ke rumahnya dahulu di Sg.Besi sebelum
menghantar aku ke Bandar Tasik Selatan.

Kini, aku di dalam bilik, selamat menaip blog entry ini..

*Good Night*

--
Haie Ahmad

Al - Andalus

Al-Andalus

Seperti yang dirancang sejak seminggu yang lepas, aku bersama beberapa
rakan sekerja akhirnya menjejakkan kaki di Al-Andalus iaitu sebuah
restoran Lubnan yg terletak di Jln Damai, Kuala Lumpur. Terdapat
pertikaian yang berlaku antara aku dgn Syafiq tentang lokasi restoran
itu tetapi itu tidak menjadi halangan. Apa yang penting bagi kami
semua adalah menikmati shisha murah yang terdapat di situ. Kami yang
aku maksudkan di sini ialah rakan2 sekerja aku iaitu Syazwan, Syafiq,
Hanis, Izad, Megat dan aku sendiri.

Sementara menunggu Syafiq mengambil kereta di rumah, kami yang lain
meluangkan masa di Starbucks sambil berbual kosong.. Dari perbualan
merepek si Megat sehinggalah drama yang disambung oleh Syazwan. Aku
sekadar pendengar yang sesekali memberi komen. Mendengarkn cerita dari
mulut Syazwan, tidak ku sangka rupanya ada lagi sekelompok manusia
yang berhati 'sebegitu'.

Jam menunjukkan kira-kira 1am..

Kami semakin rancak berborak sebelum dikejutkan dengan bunyi hon
kereta Unser yg dipandu oleh Syafiq. Terus kami bergegas meninggalkan
meja di Starbucks dan meluru masuk ke dalam kereta. Sepanjang
perjalanan ke Andalus, Megat lah yang menjadi badut di dalam kereta
itu. Setiap butir bicara yg keluar dari mulut anak jati Pahang itu
pasti disambut dengan hilai tawa kami semua.

Setibanya di Andalus, hari masih lagi hujan renyai..
Kami mengambil tempat berbumbung di hadapan skrin itu.
Akan tetapi malang bagi aku kerana twempat duduk aku itu mengalami
kebocoran bumbung! Setiap titisan air hujab itu jatuh tepat di
hadapan. Tidak mahu merosakkan suasana, aku bingkas menolak meja
sedikit ke hadapan. Untuk mengelakkan dari terken tempias.

Kami memesan 3 tiang shisha, 2 pinggan chicken thigh, 3 Barbrican
drinks, a pot of lime tea dan aku sendiri memesan peach & orange
juice. Kelihatan ramai pelanggan di malam itu..semakin hari menjegah
ke lewat pagi, semakin ramai pengunjung yang melabuhkan punggung...

Meja kami meriah dengan "kewujudan" Megat sebagai pak lawak. Ini kali
pertama Megat mengikut kami overnight dan ini kali ketiga aku bersama
mereka. Sepanjang di Andalus, bergelak ketawa bermain PSP, iPod dan
melayari internet. Aku pulak dah semacam ting tong sebab terlalu
banyak asap. Tertido! Boleh? Hahahah

Kami pulang lewat jam 430am. Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur
sangat2 tenang dan memudahkan perjalanan kami. Kereta dipandu singgah
ke Mid Valley untuk menghantar Hanis ke tempat simpanan motornya
sebelum ke Bdr Tasik Selatan menghantar aku pulang.

Demikianlah kisah pekerja2 harapan SEEDcafe melepak di Andalus utk
edisi overnite pada kali ini. Hahahah..

*nanti kita naik Genting pulak nak? hehehe

-
Haie Ahmad

June 15, 2010

Waka waka..its time for Africa!

Yehaaa! Sudah tiba masa untuk World Cup 2010!
Tahun ini South Africa menjadi tuan rumah untuk World Cup edisi 2010.
Aku pada mulanya tidak yakin akan kemampuan negara miskin tersebut
untuk menganjurkan acara bola sepak terbesar dunia tetapi siapa tahu
kriteria2 yang dipandang oleh FIFA kan? apa2pun tahniah kepada South
Africa kerana berpeluang menjadi hos liga terbesar itu.

Seperti edisi2 World Cup terdahulu, negara2 yang menjadi pilihan aku
adalah ITALY, FRANCE, ARGENTINA dan GERMANY. Aku sebenarnya tidak
berminat dengan bola sepak. Apa tah lagi mengikuti perkembangan
sesuatu perlawanan itu tetapi lain jadinya ketika World Cup
berlangsung. Aku boleh datang dari Rawang ke Bkt Bintang semata2 untuk
bersama2 dengan peminat fanatik bola sepak yang lain menyaksikan Italy
membenam France pada final World Cup 2006 di German dahulu. Berbaju
biru tertera perkataan "ITALIA" di belakang, dengan face painting
bendera Italy di pipi, aku bersama rakan2 berpesta di Bkt Bintang.

"what!? Haie is watching football?" kata beberapa rakan.

Yes, I will watch a world tournament only; World Cup or EURO Cup.

mana2 rakan yang dah "kenal" dengan aku, memang tak percaya aku
menonton bola sepak tetapi mereka percaya aku satu2nya rakan ***
mereka yang menonton bola sepak.

Aku pernah tanya kepada seorang kenalan;

"Joe, ko ade kenal mana2 *** yg layan bola tak?"

"ada. Its u. The one and only *** that I ever knew watching football"
- balas Joe. Aku tergamam kejap. Hai meh??

Well, aku tak rasa pelik atau bercanggah dengan hukum seorang ***
untuk menonton bola sepak. Football untuk semua orang dan for me, I
can only say that I watch World Cup because it is a huge event ever in
the world yang hanya datang empat tahun sekali. Kalau aku seorang ***
menonton bola sepak, its my rights. Sumpah aku tak tahu siapa kapten
pasukan itu dan ini...sumpah aku tak tahu siapa yang jaringkan gol
sebentar tadi..sumpah aku tak tahu siapa yg berjersi nombor 10
itu....dan sumpah aku tak tahu langsung nama coach pasukan itu dan
ini...hahahha.

I don't know why coz I love BLUE color..
I guess that's the main reason why I picked Italy, France and
Argentina as my favourite giants...except German coz I like the jersey
design after one of my crush wore it during Germany 2006 =p xoxo!

*waka waka! Its time for Africa!

--
Haie Ahmad

June 06, 2010

Paul Smith ???

Malam tadi lepas balik dari kerja, aku dan beberapa rakan sekerja
menuju ke Downtown, Cheras untuk cuci2 mata dan mencari apa2 barangan
yg berkenan di hati. Aku bercadang untuk mendapatkan wallet baru
memandangkan wallet yg aku guna skrg sudah berusia 5 tahun! Wallet
berjenama EXTREME itu dibeli di butik Extreme di Times Square pada
tahun 2005.

Di Downtown, aku mencari wallet dari jenama Paul Smith. Sudah beberapa
kali aku ke situ sebelum ini dan entah berapa kali aku membelek wallet
Paul Smith. Hajat ingin membeli tetapi pada waktu itu masih belum ada
design dan corak yg menepati jiwa..haha..!!

Tetapi mlm tadi, aku jatuh hati dgn satu rekaan wallet Paul Smith
ini..nampak segar dgn gaya minimalis. PVC putih beserta icon signature
Mini Austin berjalur warna-warni itu sungguh memikat hati. Aku
mendapatkan wallet itu setelah habis pusing seluruh bazaar Downtown.

Well, walaupun bukan yg asli..aku punya suka lah sebab aku yg nak
pakai =) asalkan cantik !

*sempat sambar satu gelang kaki baru!
--
Haie Ahmad

June 04, 2010

COCO sudah tiba!!


Akhirnya!!!!!
Bilik aku yang sunyi sejak akhir2 ini sudah menerima penghuni baru. Seekor hamster baka Winter White jantan kini menghuni bilik aku. Hamster ini merupakan hadiah hari lahir aku yang diberi oleh teman baik bernama Zaidah =) . Balik saja dari kerja pukul 6pm tadi, aku menunggu Zaidah di Mid Valley untuk sama2 membeli hamster ini. Aku namakan peliharaan aku ini sebagai Coco. Itu pengaruh filem fesyen Coco Avant Chanel yang aku tonton bersama dengan Zaidah pada hari lahir aku beberapa hari lepas.

Sebaik Zaidah tiba di Mid Valley, kami terus menuju ke Pets Wonderland yg terletak di tingkat tiga mall itu. Rasa teruja dan seronok sebab nak memiliki semula hamster. Sebelum ini pun aku pernah membela beberapa ekor hamster tapi sekadar bela main2..bukan serius. Di dalam pet store itu, kami mengambil masa untuk memilih beberapa aksesori untuk hamster yang bakal dibeli..setelah ditolak campur segala keperluan..akhirnya kami decided untuk mengambil pakej "hamster kit" sahaja.

Sebuah hamster cage lengkap dengan exercise wheel, drinking bottle, foods, chew yoghurt, dan habuk kayu dan seekor hamster yg menjadikan nilai keseluruhan pakej itu RM 96.00. Kini bilik aku sudah ada hamster...bernama Coco. InsyaAllah aku akan beli lagi seekor betina sebab Coco ni jantan..nanti dia horny sekor2 dalam cage tu. At least ada lah teman bergaduh dia nanti.. =)

*Thank you Zaidah for the tikusss~

June 02, 2010

Damansara + theGARDENS


Hari ini aku ke Damansara berjumpa dengan si Kathy. Lama dah tak bertemu dengan bekas rakan sekerja aku di Damansara dulu. Aku bergerak ke sana sekitar jam 12pm. Terus ke tempat kerja Kathy di TropicanaCity Mall. Sebaik bertemu Kathy, kami berbual sementara dia sedang sibuk bekerja. Tidak mahu menggangu Kathy, aku membuat keputusan untuk berjalan di sekitar mall itu sambil2 mencari lokasi untuk aku mengisi perut yang kosong. Kathy pula memberikan aku sedikit wang untuk aku membeli tiket wayang dan aku memilih filem SHREK pada kali ini.

Usai menonton filem, aku kembali bertemu Kathy kerana kami telah bercadang untuk makan bersama petang itu. Tetapi Kathy keluar dgn muka yg agak bersalah. Dia tidak boleh keluar pada pukul 5pm seperti yg diberitahu sebelum aku menonton filem itu. Kata Kathy, rakan sekerjanya yg kejam itu tidak membenarkan dia utk keluar makan kecuali pada pukul 6pm! Tak boleh lah sebab aku kena berada di Zouk sekitar 630pm untuk bersama Zaidah dan Lana. Nampak riak kecewa di wajah Kathy. Aku tau dia rasa bersalah sebab aku datang dari jauh. Tapi aku sendiri faham keadaan dia. Aku tidak memaksa dan aku suruh Kathy sambung kerja dan aku mengambil keputusan untuk terus ke Zouk.

Hujan di luar mall agak lebat..aku menunggu shuttle bus untuk ke stesen LRT Kelana Jaya. Sambil tunggu, sambil menghirup hot latte yg aku beli dari Starbucks. Tunggu punya tunggu...bau asap bas pun tak nampak, lalu aku bingkas bangun dan menahan teksi yg sedang dipandu masuk ke perkarangan mall. Aku terus ke stesen Kelana Jaya dan seterusnya menuju ke KLSentral. Dari situ, aku naik pula Komuter yg maha lembab nak mampos terus ke Mid Valley. Sebaik tiba, aku terus ke SEEDcafe untuk mengalas perut yg berkeroncong lapar. Sementara menunggu Zaidah dan Lana tiba dari tempat kerja mereka.

2 jam lepas itu mereka pun tiba. 2 jam!? yes sebab hujan dan jalan sesak. Tau lah kan jalan2 kat KL ni kalau hujan mesti teruk gilers sesak..dan kami menuju ke Zouk cafe yg terletak di TheGARDENS mall.


Kami mengambil sudut sofa yang agak menarik dan selesa. Smoking area itu penting. Aku, Zaidah dan Lana mengambil masa yg agak lama untuk memilih makanan. Kami membuat perbincangan kerana kami bukan sekadar makan2 di situ, tetapi ini juga merupakan kerja untuk Zaidah membuat review tentang makanan2 yg ada di situ untuk dimuatkan di dalam foodblognya. =)

Tiga makanan dipesan bersama tiga minuman. Kami berkongsi kesemua makanan untuk merasa dan membuat penilaian. Paling terbaik pada mlm itu adalah pilihan Zaidah iaitu Fettucini Carbonara! Aku memesan Steak Sandwich sementara Lana memesan Aglio Olio. Sementara minuman pilihan Lana adalah Butterscoth Milkshake, aku memilih Oreo Milkshake dan Coffee 'margharita' style utk Zaidah. lebih kurg kopi ais lah.. hehe..

Kami makan..makan..makan..makan..dan makan dan pulang pada jam 10pm.. Aku bergegas pulang untuk catch Desperate Housewives! Gabrielle Solisssss i love you!