August 10, 2010

"sakit tak bila putus cinta?" - Aimi Damia

Malam tadi sementara menunggu masa untuk pulang, aku berbual bersama Aimi Damia, salah seorang rakan sekerja aku. Dalam macam-macam perkara yang kami bualkan, tiba-tiba dia bangkitkan satu isu ini. Pada mulanya aku yang bertanya tentang keadaan dia kerana aku ternampak dia menangis petang itu.

Aku menghampiri Mia yang berdiri berseorang di pintu masuk cafe;

"eh? Mia...kenapa kau menangis?" tanya aku sebaik melihat air matanya bergenang. Niat untuk bergurau aku terbantut.

"Tak ada lah..mana ada aku menangis" Mia cuba menyembunyikan emosi sambil dia cepat-cepat mengesat air mata. Matanya merah..memang dia tadi menangis. Aku cuba untuk mengorek punca dia mengalirkan airmata kerana ini bukan kali pertama aku terlihat dia secara tiba-tiba menangis tatkala berseorangan di luar.

"bagitau lah aku..kenapa ni? takkan takda apa-apa kau boleh menangis?"

"aku ok lah..mata aku masuk habuk" 

***puki kau berhabuk!!..sah2 lah aku nampak kau menangis tadi***


"aku nak tanya ni..sakit tak bila putus cinta?" tiba-tiba saja soalan itu keluar dari mulut Mia. Dan pada waktu yang sama, kepala aku terus melayang terkenangkan peristiwa putus cinta yang aku alami awal bulan April lepas. Sewaktu ditinggalkan oleh Arez.

"kenapa kau tanya? kau menangis tadi sebab boyfriend kau mintak putus ke?"

"ishh..! bukan lah..aku nak tau je"

"kau tak pernah putus cinta?" tanya aku kepada Mia

"tak..ini first time aku" balas Mia.

"hah!! ini first time kau putus cinta?! kau dah putus ke?" aku terkejut. Yelah kan takda angin ribut tiba-tiba putus cinta.

"BUKAN LAH! ini first time aku bercinta..belum putus lagi..sebab tu aku nak tanya apa rasa putus cinta" 

Mendengar penjelasan dari mulut Mia, membuatkan aku berfikir. Sangat2 berfikir sebab aku baru sahaja melalui peristiwa pahit itu. Ya, putus cinta sangat-sangat sakit. Memikirkan kembali apa yang sudah berlaku terhadap hubungan aku dengan Arez, semua itu seperti pantas berlalu. Kini sudah bulan Ogos..sedangkan peristiwa hitam itu berlaku di awal bulan April. Dan kesannya masih berbekas di hati aku. Sangat sakit....

Lalu aku kongsi pengalaman itu bersama Mia.

"Yup..sakit sangat bila putus cinta. Apa yang aku boleh cakap tentang itu ialah PUTUS CINTA ITU SANGAT MENYAKITKAN"

"sama tak rasa sakitnya macam kita gaduh dengan pasangan?" tanya Mia

"Tak sama. Gaduh dengan pasangan tak sesakit kalau putus cinta sebab masa kita gaduh, minda kita tetap berkata 'gaduh sekejap je..esok2 ok lah balik'. Tapi kalau putus cinta, harapan untuk bersama balik amat tipis"

Aku menerangkan kepada Mia berdasarkan pengalaman aku.
berdasarkan apa yang telah aku lalui dan harungi..sangat2 sakit...

"Kau bayangkan, Arez sebenarnya dah tinggalkan aku beberapa hari sebelum aku ke Penang..Aku sendiri tak tau. Aku pergi Penang 1-3 April tapi dia dah couple dengan lelaki tu on 29 Mac. Boleh bayangkan tak betapa hancur hati aku. Sebab beberapa hari sebelum aku pergi Penang tu, kami bergaduh. Macam aku cakapkan tadi, walaupun gaduh, minda kita dah tetap berkata segalanya akan pulih. Sebab tu aku belum rasa sakit lagi..

Masa aku dalam balai berlepas, beberapa minit sebelum menaiki penerbangan ke Penang, aku ada cuba call Arez tapi handphone dia off. Banyak kali aku cuba call..semuanya failed. So aku off handphone dan terus masuk ke dalam pesawat. Dalam kepala aku pada waktu itu cuma fikir yang Arez masih lagi marah dengan aku. So aku berharap dia akan OK keesokan harinya.

Tapi lain pula yang jadi. Sebaik aku tiba di Penang, banyak panggilan aku yang tidak dijawab. SMS aku pun tidak berbalas. Kalau ada balasan pun, hanya sekadar beberapa kerat perkataan. Aku faham dia masih marah.

Dipendekkan cerita, pada hari terakhir aku di Penang, aku call Arez dan dia menjawab panggilan itu tapi dengan nada yang agak keras seperti kurang senang dengan panggilan itu. Aku masih ingat apa yang di kata dalam perbualan kami; 

"Jangan call lagi..dont text me anymore, dont ever call me"

Sejak dari saat itu, aku sudah mula rasa bakal kehilangan dia. Hati aku dah mula tak menentu.
Pukul 9.00pm, pesawat berlepas ke Kuala Lumpur dan aku tiba di LCCT sekitar jam 10pm.
Aku call dia tapi tidak berjawab. Bayangkan sebaknya aku sebab aku ada memberli beberapa hadiah untuk dia dari Penang.

Keesokkan harinya, aku call dia lagi. Kali ini dia angkat. Perbualan kami semakin serius dan aku sudah mula mengeluarkan air mata tatkala dia sudah tidak lagi cintakan aku....sebelum aku berangkat ke Penang lagi. Aku pujuk dia untuk berjumpa kerana aku ingin menyerahkan barangan yang aku beli di Penang itu. Tetapi hampa kerana dia tidak mahu langsung berjumpa dengan aku.

"Kenapa taknak jumpa? Dah ada boyfriend baru ke?" tanya aku

"takda lah..malas nak jumpa. what for?"

"i just want to give u this present" aku cuba memujuk. Aku sedar aku sudah kehilangan dia.

"its ok..i dont want. u can keep it for urself. bye" dia menamatkan panggilan dan membiarkan aku kusut..geram dan sedih.

Selama beberapa hari itu, jiwa aku sangat sakit, kepala serabut..hati macam nak pecah. Penangan putus cinta.
Selama beberapa hari itu juga aku berendam air mata. Ego seorang lelaki sudah tak berguna. Runtuh dek kerana CINTA.

Macam2 perkara bodoh aku cuba buat. Disebabkan aku tak dapat menerima kehilangan Arez.
Dalam waktu2 begini lah kita perlukan kawan2 sekeliling. Aku sangat berterima kasih kepada teman serumah yang memberi kata2 semangat dan yg meneman aku siang malam.

Paling tak lupa, pengorbanan seorang teman baik bernama Zaidah. Dia lah yg memimpin aku dari jatuh. Menyokong aku dan membantu aku mengharungi peristiwa gila tu..

"habis tu memang betul2 sakit la kalau putus cinta?" Mia menyampuk tiba2

"sumpah cakap...sangat sakit..paling lama aku pernah kena dulu 2 bulan..masa tahun 2005. Dua bulan aku 'kehilangan' diri. Waktu tu pergi kerja ..baru je masuk kerja dah fikir nak balik" balas aku.

"Dua bulan? habis tu Mia tengok sekarang ok je dengan Jesper" kata Mia

"memang lah sebab Jesper datang 'cepat'. Dulu lepas aku putus cinta, sangat serabut sampai tak boleh nak fikir terima orang lain. Kau bayangkan, sejak balik dari Penang aku tak jumpa Arez..kepala otak aku kusut..jiwa kacau sebab masih tak dapat terima kenyataan....dari 4 April tu sampailah ke 13 April..hari di mana Jesper muncul 'menyelamatkan' aku"

Aku melihat jam di tangan hampir ke pukul 8pm..waktu untuk aku pulang sudah tiba.
Aku meringkaskan cerita itu kepada Mia dengan mengatakan putus cinta itu sememangnya menyakitkan..
Aku sempat juga bagi beberapa 'nasihat'...walau aku sendiri jenis tak makan nasihat.

"Mia, kalau lah benda ni jadi kat kau...please jangan duduk layan diri sorang2..Kau kena cepat2 cari kawan. Sebab kau akan gila kalau sorang2. Waktu itu kau memang perlukan kawan2 untuk tenangkan kau dan alihkan perhatian dari benda tu. Jangan sesekali fikir untuk mencederakan diri sendiri sebab masa tu bukan diri kita yang kawal minda, sebaliknya perasaan yang bercelaru. Percaya lah cakap aku, sebaik saja kau pulih dari masalah sakit hati putus cinta tu, kau akan fikir tindakan mencederakan diri tu sebenarnya lebih bodohh..sangat2 bodoh....."


Haie Ahmad

1 comment:

  1. Mia same je macam arez.. Bf die sikit pun tak pernah terniat nak putus dengan Mia.. Tapi Mia yang nak putuskan.. Baru la tau, Rupanya dah lama dia rancang bende ni.

    ReplyDelete