April 11, 2007

tak adil!!

ARghhhhh!!!!! aku bengang gile dengan radio ERA! bengang sebab aku tak dapat hadiah yang sepatutnya jadi milik aku! ade ke patut dia ckp aku tak layak dapat hadiah tu sebab aku selalu menang peraduan kat ERA!? how nonsense statement was that!! so yang sebelum2 ni aku menang Jari Pantas bagai? tu cemana kira pulak kan?cilakak lu olang!!

April 10, 2007

Panasnya hari

Pemanasan Global
hot....
panasnya hari ni.Dah le tadi bekalan elektrik di matikan sebab ade pembaikan pencawang kat sekitar sini.Matahari pulak terik memancar.Aku bantai segelas ais dengan airkrim pulak.Heheh..
Panas duh..cadangnya nak terjun dalam swimming pool tapi kawan mak aku ckp air kolam tu pun panas.So takde makna kalau aku terjun dalam tu.
Hurm..now aku dalam cc.Baru je bukak sebab tapi elektrik takde...ok

April 09, 2007

CD game di mana?

Huarghhhhh!!
Awal betul aku dgn BB bangun pagi tadi.Ikut hati nak je aku sambung tidur. Check-out hotel awal sebab BB nak exam.Kesian dia.BB suruh aku sambung tidur dan check out pukul 12pm tapi....hahah aku takut!!
takut apa?takut hantu la..semalam tgk filem Jangan Pandang Belakang!
Aku masih terbayang2 rupa hantu tu.Siap pose merangkak pulak hantu tu.
Bersiap2 dan kami check out dan terus ke KL Sentral.Aku rasa macam nak ikut BB ke matrix tapi kepala mengantuk.Nak ikut tapi taknak..cemane tu?
Pikir punya pikir aku decided nak balik je.Lagipun aku nak cari CD game..
Bas BB sampai dan kami terus ke haluan masing2.Dlm train aku tidur sepanjang perjalanan ke Rawang.Sampai je di Rawang,aku terus ke kedai game yang Eijam cakap hari tu. Tapi aku dah rayau hampir 90% bandar Rawang tu! tak jumpa pun CD game tu...
Eijam tipu aku ke?..sebab bila aku tanya apek kat situ,dia kata kedai tuh dah pindah ke Klang.
mak aii..selepas hampir 1 jam setengah berjalan,aku pulang hampa.Mana lah aku nak cari mende alah tu...hm...

Jangan Pandang Belakang...

Haaaaa... apa yang boleh aku katakan tentang filem seram terbaru yang aku tengok ni adalah level keseramannya memang berjaya membuat aku diselubungi ketakutan selepas menontonya.Sama seperti filem Chermin yang aku tonton bersama dgn Elmo sebelum ini.Jarang sekali filem seram tempatan yang berjaya membuatkan aku terbayang2 rupa hantu itu.Aku menonton filem ini untuk tayangan midnight bersama BB dan Amran.Walaupun Amran dah tengok filem ini,tapi dia tetap gagah masuk panggung lagi untuk kali kedua.Penuh jugak panggung semalam.Rata2 penonton adalah melayu.Sewaktu filem dimainkan,sekali sekala kedengaran penonton menjerit kerana tersentak dengan beberapa babak seram yang tiba2 keluar.Amran jgn cakap lah...siap tutup muka sambil kaki naik atas seat!Hahaha.. apa2 pun aku betul2 enjoy filem Jangan Pandang Belakang itu..rasanya akan ada sequel sebab saka tu ditanam sebagai penunggu betul2 di hadapan rumah kampung tu. *Thanks Amran sebab belanja movie utk aku dgn Amir

April 08, 2007

Jadi atau tak?

Hmm... Hari ni Ahad.Yes! aku akan berjumpa dengan BB. Aku pun lupa bila kali terakhir kami berjumpa. Tapi tadi aku dapat sms dari dia. Katannya exam start pukul 2.30pm esok. So dia kata tak payah tidur hotel. Tak best la pulak kan.Kami dah rancang nak jumpa..meluangkan masa bersama. aku rindu dia..rindu sangat2..

April 07, 2007

Permulaan baru

Anda tidak tersilap blog kerana ini sememangnya MiLOtales. Cuma aku terpaksa mula menaip blog ini semula setelah ianya "hilang" secara tiba-tiba daripada akaun Google aku. Mungkin sebab aku terlupa untuk sign out atau mungkin digodam? Yang best tuh,blog peribadi aku www.haieahmad.blogspot.com turut sama dilenyapkan dari dunia maya ini...dumb ass!