November 22, 2008

Aku dan Handphones!

Hai semua. Kali ni aku nak cerita secara ringkas tentang handsphone2 yang pernah aku guna sejak dari zaman sekolah sehingga lah sekarang.Idea tercetus bila aku dengar kawan2 aku asyik bangat bercerita tentang handphone masing2..so it goes...

Nokia 5110 OK ini merupakan handphone pertama yang aku guna.Masa ni baru2 masuk ke tingkatan 5.Tengok saiz pun segan2 je nak bawak ke sekolah.Yelah,masa tu,handphone2 bersaiz kecik memang 'in' sgt dengan student2.Makan hati jugak tengok ada kawan aku yg dah mula menggunakan Nokia 8250 (butterfly).Mahal beb HP butterfly masa tu.HP aku tu dibeli oleh mak aku.Tapi 2nd hand je la.Tak silap aku RM70 kot mak aku beli.Yes aku bawak ke sekolah tapi aku tak simpan dalam poket seluar sebab besar!! hahaha.. Masa itu juga aku berazam nak beli HP lain dan dalam kepala aku masa tu ialah Nokia 3310 sebab model itu cukup fofular pada era tersebut! ahahah!

Siemens SL45 Ini pulak HP kedua yang aku guna selepas Nokia baling hanjing di atas tu.Apa jadi dengan Nokia tu? Al-kisahnya HP itu telah terjatuh ketika aku letakkan sekekap kat atas motor.Jatuh je trus taknak hidup dah.Puas aku bagi CPR!Alih2 aku merengek kat mak aku nak beli HP lain.Tu yang mak aku bagi guna HP Siemens ni.HP ni sebenarnya milik mak aku.Melihatkan anaknya yang seakan mati kutu sebab ketiadaan HP,maka mak aku dengan ikhlas hati memberikan aku HP ini.Yang menariknya ttg HP ini ialah warna skrinnya berwarna OREN u see! Mmg lain drp yg lain.Org lain punya HP skrin kuning2 yang ado..atau paling boleh blagak pun skrin warna biru(nokia 8250).Tapi aku lagi blagak dgn skrin warna oren.Tapi ada satu cerita kelakar ttg HP ini.Masa aku mula2 nak guna,aku bukak blkg tu sebab nk masukkn simkad.Then aku terkejut bila terjumpa satu slot 'asing' seolah2 simkad.Tapi aku pelik,apsal ade 2 tmpat simkad dan kenapa 'simkad' yang lagi satu ni besar?!??Lalu aku membiarkan saje 'simkad' besar itu berada di dlm badan HP tersebut..dan terus menggunakan HP itu macam biasa..

Nokia 3315 HP ketiga yang pernah aku gunakan.Ada cerita sedih sikit pasal HP ni.Ceritanya sebelum tamat SPM,mak aku janji nak belikan aku Nokia 3310 sebaik sahaja aku habis SPM.So habis saja SPM,aku terus menuntut HP yg dijanjikan tadi.Kemudian mak aku cakap,tunggu keputusan SPM keluar baru boleh dapat.It depends on my result actually.Tapi aku terus mengungkit dengan berkata "mak cakap habis je SPM dpt hp baru,bukan tggu keputusan SPM...".Dan aku terus menerus mintak sambil2 mogok sebab tak dapat HP.Then pada satu hari,mak berikan aku HP Siemens yg sebelum itu "dirampas" sekejap sebab nk SPM.Kata mak aku,pegi jual HP Siemens tu dan duit tu aku boleh beli HP yg aku idamkan sgt tu.Memang kejam aku kan?Masa tu aku seronok sangat tanpa berfikir perasaan mak aku tu yang sanggup suruh aku jual HP sendiri utk memuaskan hati anaknya yg degil pada waktu itu.Lalu aku bersama Along aku pergi menjual HP Siemens itu dan guest what? Nilai HP Siemens tu sangat tinggi pada waktu itu sehinggakan tokey kedai tu sanggup menukarkan HP Siemens tadi dengan 2 buah HP baru Nokia 3315! Well,sekurang2nya aku pergi dgn satu HP dan pulang membawa 2 HP..dan sudah tentu yg satu lagi tu utk mak aku yg baik hati :) sayang mak,terima kasih utk mak.

Nokia 3200 Ayuh beralih kepada HP berskrin warna+berkamera!Yeah..kata org,kita kena maju.Dari HP berantenna ke HP yang xde antenna dan mesti nak HP skrin warna pulak.HP ni aku beli ketika aku mula bekerja dan inilah satu2nya HP baru yang aku beli menggunakan duit poket sendiri.Habis gaji sebulan u see.Aku ingat lagi harganya RM605.00.Yup HP ni HP berkamera pertama,berskrin warna pertama yang aku beli.Best tentang model ni sebab aku boleh tukar2 lapisan dalam cover tu sesuka hati.Bukan housing ok,im talking about the inner layer.Sebab tu dlm kotak HP ni disertakan sekali layout cutter.Aku guna HP ni dalam setahun lebih.Not bad sebab leh surf internet via GPRS yg lembab gile tapi makan kredit byk!Boleh record lagu dan buat ringtones! So tak payah nk beli truetones.

Samsung V200 HP berkamera kedua yang pernah aku guna.HP ini pemberian seseorang dr tempat kerja di Sri Petaling Hotel.Tak perlu ckp la siapa yang bagi.HP ini sangat cool sebab kameranya boleh dipusingkan sehingga 180darjah! So aku tak perlu la bersusah payah mcm org lain utk posing2 snap pic sendiri tanpa melihat skrin sebab aku boleh tengo kamera dan skrin sekaligus sebelum snap pic sendiri.Cool bukan? Yes sememangnya!HP ini memang membuatkan kawan2 aku sedikit jeles sebab designnya yg gempak(masa itu) dan sudah tentu kecanggihan kamera putarnya(masa itu).Tapi yang tak best tu,format gambar yg dihasilkan kamera HP ni ialah '.png' yg mana pada waktu itu tidak diterima oleh kebanyakan HP lain kutk dibluetooth.Itu lah kelemahan model ini.

Nokia 1100 Merupakan HP paling popular dlm sejarah aku menggunakan HP.Percaya atau tidak,model ini menjadi pilihan tatkala henpon2 aku yang lain tu "masuk hospital" ataupun rosak.Fungsi yang ringkas dan sangat2 mesra pengguna.Dengan HP ini juga aku digelar speedmaster oleh kawan2 aku kerana aku bisa menaip dengan pantas walaupun tanpa memandang keypad HP itu.Dengan model ini juga aku telah 4-5 kali menang peraduan Jari Pantas anjuran Radio ERA.Dan yang paling tak boleh lupa,HP ini juga bertuah kerana jari2 ku yg pantas melayakkan aku bertentang mata dgn idola aku dulu iaitu Chester dr kumpulan LinkinPark! BEst btul..Masa itu aku join Peraduan JAri Pantas Rock@ERA.Sangat bertuah bila menjadi jemputan VIP ke majlis pra-dengar album terbaru Linkin Park - Minutes To MIdnight di Hotel Le Meridien.I was among the 1st in the world to listen to all their songs before been launched worldwide occay :)

Nokia 6260 HP seterusnya yg pernah digunakan ialah model disebelah ini.Pemberian seseorang yg dulunya istemewa.Sekarang tidak lagi.Best tentang HP ni ialh badannya yg boleh dipusing2 mengikut kesesuaian.Mirip kepada konsep sebuah cam-corder.HP ini agak tebal tapi aku bangga menggunakannya sebab masa itu HP model ini baru dilancarkan.Sebenarnya takde niat pun nak guna HP ni sebab mahal harganya pada waktu itu tapi alih2 ade pulak org yg murah hati nak bagi :) Sape yang taknak kan? Aku guna HP ni lebih kurang setahun lebih jugak lah.Ala kebanyakan HP aku semua guna tak lebih dari 2 tahun pun.HP ni ok la..menarik,rekaan,fungsi..boleh tgk TV gak guna Maxis Mobile TV..dan yg penting 'simkad' besar yg aku maksudkan dlm Siemens SL 45 di atas itu sebenarnya adalah MEMORY CARD!! Hahahahah!! gila naif betul masa guna HP Siemens tu.Rupa2nya benda besar yg aku ingatkan 'simkad' itu sebenarnya memori kad tambahan utk HP.Ala...jgn nak ketawakan aku,sebab masa aku guna Siemens tu,HP bermemori kad belum masuk Malaysia OK! So siapa yg tau kan? At least aku pernah guna HP bermemori kad walaupun pada masa itu tak tau apa kejadahnya benda alah tu. kihkihkih! Sudeyh!!

Motorola RAZR V3i ini HP yang paling elegan pernah aku gunakan.Masakan tidak,model ini boleh dilihat di hampir kesemua drama,filem dan iklan kat TV.Dimensi baru dari Motorola ini sebenarnya upgrade version kepada model Startec diorang yg famous tu.HP ni berkapasiti rendah tanpa memori kad.Skrin pun kecik je tapi apa2 pun sape yg pernah guna HP ni mesti la terbit rasa bangga sebab memiliki HP ternipis pada masa tu.Aku guna HP ni sekitar 2005-2006.Kurang berpuas hati dengan speaker sebab slow la walaupun full volume.Kamera boleh tahan la.Ditambah pulak dengan skrin yg agak kecik,jadi gambar yang diambil bertambah kecik sebab butang2 navi tu dah mengambil 30% ruang skrin tu..adoi~

Motorola RAZR V3X Ini model yang aku guna pada tahun lepas.Tahun 2007.Aku beli HP ni sebab murah,cantik dan yg paling best resolusi kameranya 2.0megapiksel.Terus terang aku cakap,dalam banyak2 HP yang pernah aku guna,aku cukup berpuas hati dengan resolusi kamera model ni.Gambar yg aku ambil menggunakan HP ni memang walllaah~~!! sangat canteekk ok!Tapi yang tak best tu speakernya biasa2 je.Slow...HP ni dilengakapi dengan 3G.Tapi aku tak la guna sangat pun 3G tu.Nak video call sape?Kawan2 pun guna HP biasa jek.Tapi kemudahan 3G tu aku guna utk menonton TV secara live.Macam yang aku buat utk HP aku sebelum ni (Nokia 6260).Melalui Maxis Mobile TV,aku langgan channel2 astro seperti astroRIA,MTV,Cartoon Network dan National Geographic.Walaupun tak puas menonton dengan tersekat2nya,sekurang2nya boleh la tengok TV jugek!

HP iPAQ rw6828 Dan yang terkini dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.Inilah modelnya sebuah Pocket PC atau PDA yang banyak manfaatnya kepada aku yg semakin gila internet ini.Terbit rasa ingin memiliki sebuah HP dengan akses wifi dan fungsi sebuah komputer selepas aku melihat anak sedara bos aku guna PDA model O2.Aku sempat mencuba dan teruja.Nak pulak tempat kerja aku tersedia wifi.Bukan tempat kerja je,even sekitar kawasan aku malah seluruh KL sudah ada wifi.Jadi mudah utk aku melayari internet.HP ni aku beli 2nd hand je dengan harga sekitar RM850++.Aku ingat lagi tarikh aku beli iaitu 17 Dec 2007 menggunakan duit bonus kerja.Aku beli model ni sebab tak mampu nak beli model O2.Lagipun semua sedia maklum,model iPAQ ni sebenarnya kembar kepada O2 itu.95% sama kecuali rupa luaran.Semenjak menggunakan HP ni,aku online hampir setiap hari dan kebanyakkannya di tempat kerja aku.Kalao tengah bekerja pun aku sempat lagi online dengan hanya menyambung pada charger dan terus buat kerja dan jenguk2 sekejap2.Kamera mmg aku tak puas hati.Speaker pun tak memuaskan.Tapi so far,aku sayang nak jual HP ni sebab inilah nyawa aku utk online di mana2 tempat yg ada wifi...

Itulah dia serba sedikit tentang sejarah penggunaan hp aku.Sebenarnya ada lagi beberapa model HP yg pernah aku gunakan seperti Nokia 8210,Sagem,Motorola E398,dan lagi satu Motorola tu aku lupa modelnya..Hp2 tu aku guna kurang dari sebulan,so tak perlu lah cerita..Adios!

*HP idaman terkini Samsung OMNIA! :D

No comments:

Post a Comment