November 11, 2008

cerita sebuah PAVILION

Salam sejahtera...(wah! gitu)

Melihatkan tajuk di atas,memang semua sudah sedia maklum akan isi
kandungan blog aku kali ini.
Ya,aku akan bercerita tentang Pavilion.Sebuah kompleks membeli belah
baru yang menjadi tarikan penghuni metropolis Kuala Lumpur
khususnya.Ini tidak termasuk pelancong dari luar negara.

Pavilion merupakan satu2nya kompleks membeli belah bertaraf 6 bintang
(secara rasminya) melangkaui taraf Suria KLCC dan theGardens yg mana
masing2 bertaraf 5 bintang.
Tahukah anda,lama sebelum kewujudan kompleks Pavilion,telah ada satu
lagi binaan yg juga diberi nama Pavilion yg terletak nun jauh di
puncak Genting Highland.Akan tetapi 'Pavilion' di atas sana bukanlah
kompleks membeli belah.Sebaliknya ianya merupan sebuah dewan/panggung
teater dan bertunjukan bertaraf dunia.

Secara kasarnya,pavilion merujuk kepada satu kawasan/lapangan yg luas
dan berbumbung atau "marquee" -mengikut kamus;large and often
sumptious tent.

Pavilion yg terletak berhadapan dgn Starhill Gallery di Bukit Bintang
ini menawarkan label2 terkemuka dunia dari rangkaian fesyen berkelas
tinggi,couture,gadget,deretan alfresco dr pelbagai negara dan
bermacam2 lagi.Kepada sesiapa yg rajin mengambil peduli hal2 fesyen
dunia,anda pasti bersetuju jika dikatakan Pavilion tak ubah seperti
komplekx membelu belah terkenal di Tokyo iaitu Ginza.

Maka tak hairan lah jika ada segelintir orang beranggapan bahawa
Pavilion hanya sesuai untuk mereka yang berpendapatan tinggi untuk
'menghabiskan' duit berbelanja di sini.Ungkapan "never go to PV if u
have less than RM4k in a wallet" acap kali didengar atau dibaca di
mana2 blog umum.Itu tanggapan mereka yang tidak pernah menjejakkan
kaki ke kompleks mewah ini.

Pavilion sebenarnya berurus-niaga dgn semua golongan;drp gedung kelas
pertengahan seperti TANGS dan Parkson sehinggalah ke mini2 shoplot
seperti Giordano,ESPRIT,Banana Republic dan sebagainya.Deretan label2
mewah di tepi jalan utama Pavilion seperti Club Monaco,Coach,Mont
Blanc,Burberry dan yg lain2 hanya bertindak sebagai 'topeng' untuk org
ramai memandang tinggi kompleks Pavilion ini.

Jadi sebelum membuat andaian mengatakan Pavilion hanyalah tempat
'bermain' golongan elit,atau pun anda pernah berkata "aku tak mampu
nak berbelanja di Pavilion",sila luangkan masa untuk cuci mata di
sini.

*tepuk dada,tanya selera.. ^_^


--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment