December 02, 2010

Welcome to UNIQLO!

From Tokyo to Kuala Lumpur!

Itulah tagline yang paling popular di sekitar Bukit Bintang pada bulan
Oktober lepas. Dari dada2 akhbar ke majalah fesyen; dari papan2 iklan
billboard di sekitar Bukit Bintang sehinggalah ke badan bas RapidKL
yang dibalut dengan promosi pembukaan butik terkenal dari Tokyo iaitu
UNIQLO (disebut sebagai "uni-kulo" dalam bahasa Jepun).

Aku juga berbangga kerana aku merupakan salah seorang daripada ratusan
calon yang mencuba nasib untuk bekerja di butik terkenal itu.
Permohonan ke5ja yang aku hantar pada bulan Ogos lepas membuahkan
hasil dan aku meninggalkan SEEDcafe pada penghujung Oktober lalu.

UNIQLO merupakan sebuah jenama fesyen terkemuka dari Jepun yang telah
mempunyai lebih dari 800 butik di seluruh dunia yang mana
kebanyakannya terletak di negara matahari terbit itu sendiri. Antara
butik UNIQLO yang terletak di luar Jepun adalah di Paris, Hong Kong,
London, New York, Beijing, Shanghai, Taipei, Moscow, Singapore dan
yang terbaru MALAYSIA!

Paling utama di sini ialah, Kuala Lumpur boleh berbangga dan berada di
dalam kelasnya tersendiri kerana butik UNIQLO pertama di Malaysia yang
terletak di Fahrenheit 88 itu merupakan butik UNIQLO yang terbesar di
Asia Tenggara! Hebat kan? Merupakan penyewa utama di gedung Fahrenheit
88 (bekas tapak KL Plaza) dan merangkumi 3 tingkat, UNIQLO KL
kelihatan seolah2 'mendabik dada' dengan kedudukannya yang menghadap
pintu utama shopping mall terbaik dunia, Pavilion KL. *mesti korang
tak tahu Pavilion is the best Mall in the world for 2010*

Antara best selling item yang dijual di UNIQLO ialah Fleece jacket,
micro Fleece, light Fleece dan HEATTECH® items. Rangkaian Fleece
sungguh selesa dan sangat lembut bila dipakai. Aku rasa macam nak
tidur dalam himpunan Fleece sebab ianya sangat comfy! Serious!

HEATTECH® pula merupakan teknologi terbaru dari Jepun yang mana ia
datang dengan rangkaian pemakaian dari kepala hingga ke kaki; neck
warmer, gloves, innerwear, socks, ear warmer etc. HEATTECH® sesuai
untuk musim sejuk kerana ianya sangat nipis dan fabrik yg digunakan
untuk membuat HEATTECH® itu boleh menghasilkan haba! Cool gile kan?
Yes! Im serious here..say goodbye to ur super-thick-michelin-looks
winter jacket and go out to play snow with super thin HEATTECH®
without any doubt of its ability to generate heat.

Banyak lagi yang terdapat di UNIQLO!

Opening hours ; 11am - 9pm daily.

*setiap hari, beribu kali aku ucap "hello, welcome to UNIQLO"