July 20, 2009

Shout Awards best giler!!



Perghhhh!!! Selesai sudah anugerah paling happening aku pernah pergi iaitu Shout Awards 2009 pada malam 17th Julai lepas. Membuat debutnya di Stadium Putra Bukit Jalil,acara anugerah ini berlangsung dalam keadaan yang cukup hip, meriah dan wahlahweyyy~ sangat2 best!

Tahniah kepada 8TV kerana berjaya "masuk" kedalam jiwa remaja dgn mengadakan sebuah event yg betul2 menghiburkan.Tak dinafikan,jika menonton secara langsung dari saluran 8TV,ada berlaku sedikit masalah audio tetapi aku dan kawan2 yg berada di stadium pada malam itu cukup2 teruja.

Secara keseluruhannya event ini pada pendapat aku,ianya bagaikan party + clubbing + MTV Awards

July 15, 2009

Shout Awards 2009



Hello uols~
Hm...last update blog was on the 3rd July.Alahai lamanya tak masuk sini.Bukan suka2 taknak update tapi line internet kat umah aku ni asyik2 kondem jek.Dulu sebelum kami serumah install wireless internet kat rumah ni,kami selalu "menumpang" satu network wireless ntah dari mana..itupun liputan dia amat2lah sedih..tapi dapatlah kalau2 nak check Myspace or Facebook.Kalau bernasib baik,sempat la tgk Youtube!

By the way,kali ni nak cerita pasal anugerah terbaru yang dikhususkan kepada penggiat seni dari arena TV,muzik,pengacaraan,radio dan penampilan iaitu Shout Awards 2009! Aku mulanya tak amik kisah sangat pasal award ni sebab ketika menonton teasernya di 8tv,aku tertanya-tanya; "ape mende ni??"

Then semakin dekat dgn event tu,baru lah aku tau ianya satu anugerah yang pada aku tiada prestijnya..melainkan hanya ingin mengisi slot2 anugerah yg sedia ada di Malaysia ni.Boleh dikatakan kepada bakal pembawa pulang anugerah Shout tu nanti ialah "hanya sekadar mengisi almari trofi kat rumah masing2" ahaks!

Anugerah yg berkonsepkan urban ini bakal disiarkan secara langsung di 8tv dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 17th July 2009 nanti bermula pada pukul 8.30pm dan yang bestnya ialah......I WILL BE AT THE SHOUT AWARDS EVENT!! wowhooo!!!

*dapat 5 keping tiket ke Shout Awards :)

July 03, 2009

Terlepas denda RM 30.00!!



Ahahaha...Hari ni kerja macam biasa.Masuk shif middle which is 12pm-8pm.Untuk hari ni aku dah ade plan untuk singgah di HSBC Leboh Ampang untuk memindahkan wang gaji aku ke beberapa akaun bank yg lain.So tadi aku dari tempat kerja di Mid Valley ke KL Sentral menggunakan tiket Komuter yg salah.Memang sengaja aku tak beli tiket ke KL Sentral.Sebenarnya tiket tu dari Bandar Tasik Selatan ke Mid Valley tapi aku tak gunakan tiket tu utk swipe.So aku simpan je tiket tu sbg "alasan" untuk ke KL Sentral..paham tak ape aku cuba sampaikan ni? bahahahahahah!!~

Sebaik menaiki Komuter ke KL Sentral,dengan selamba dalam nervousnya aku ke ticket gates dan swipe tiket tu dan tetibe..

"tiitttt tittttttt" -eh? apsal tak boleh masuk? Aku cuba lagi dan..

"tiitttt tittttttt" -alamak! kantoi la..

Habis la aku! Penumpang lain dah ramai kat belakang aku ni.Nak tak nak aku beranjak ke tepi dulu.Biarkan orang semakin beransur kurang dan aku pun berjalan menuju ke pemeriksa tiket di tepi gate tu dan pura-pura bertanya...

"kenapa tak boleh masuk ni?" tanya aku kpd pemeriksa tiket itu.Dia melihat tiket aku dan berkata..

"Ini tiket ke Mid Valley" kata pemeriksa tu.

"Saya tau tapi tadi saya tak turun kat Mid Valley.Saya terus datang sini.Lagipun tambang dari Bandar tasik Selatan ke KLSentral sama dengan Mid Valley kan?"
aku meyakinkan pemeriksa tiket itu.

"Memang harga sama tapi gate ni berpandukan nama stesen yang penumpang naik"
jelas si pemeriksa tiket itu lagi.

"Habis mcm mana ni? Saya dah pambat nak pergi bank.Emergency!"
aku cuba menipu.

"Lain kali jangan buat macam ni.Sepatutnya kene denda RM 30.00 sebab naik Komuter tanpa tiket yg sah"
bisik pemeriksa itu.Mungkin kerana di belakangnya berdiri seorang pegawai pemeriksa yang lain menyebabkan dia berbisik kpd aku.

Aku terkedu! Habis la kalu kena bayar denda tu.

"Dah cepat jalan.." kata pemeriksa itu dan aku pun terus keluar dari gate tu dengan lapang hati.

Lalu aku terus menyambung perjalanan ke Stesen Masjid Jamek menggunakan Putra LRT.Sampai di Masjid Jamek,aku terus HSBC dan keluarkan beberapa ratus wang dan kemudian ke Ambank...masukkan setengah yg dikeluarkan tadi dan bakinya aku masukkan pula ke akaun CIMB...

ahaks! merata2 simpan duit tapi cepat je pun duit habis~ lalalallala~

Selesai urusan,aku terus ke Bandar Tun Razak berjumpa dgn GFF aku si Nina Ribena...lepak dan makan2 sebelum aku pulang menaip blog ini...

Good Night!!!!

July 02, 2009

Bahaya kasut CROCS!



Tengok tajuk dia,aku rasa tak ramai di antara kita di Malaysia ni tau akan bahayanya kasut getah berjenama popular Crocs.Yes kasut buatan Crocs adalah satu fenomena di seluruh dunia di mana "setiap orang mesti ada".Walaupun harganya agak mahal,tapi tatkala menyarungkan Crocs di kaki dan berjalan kemana2,terbit rasa bangga kerana memiliki Crocs.Disebabkan populariti kasut jenis itu juga,ada beberapa pembuat kasut yg lain telah "meniru" rekabentuk Crocs.Contoh yang paling tepat ialah ASADI.

Aku juga memiliki sepasang kasut ASADI yg 100% menyamai Crocs..Juga diperbuat drp getah tapi perbezaannya cukup ketara kerana Crocs mengandungi sejenis bahan getah unik yg dipanggil sebagai resin yang mana membuatkan permukaan tapak yg dipijak itu akan membentuk tapak kaki si pemakai..Sungguh selesa!

Tapi disini,aku nak kongsi dgn korang tentang beberapa kes yg agak menakutkan yang berlaku kepada pemakai2 Crocs di seluruh dunia.Setakat yg aku taip ni,dah ada lebih 40 kes yg sama berlaku iaitu "jari kaki hancur akibat crocs yg dipakai tersepit di escalator"
Berikut adalah beberapa gambar yang boleh korang tatap..


Dlm ISETAN Klcc pun ada reminder yg pebih kurang mcm ni..(info dr internet)

Ape2pun kan terpulang kepada kita untuk pakai kasut ni sebab aku sendiri bakal sambar satu pasang Crocs :) . Kepada korang yang nak lebih info pasal kes kasut Crocs tersepit kat escalator tu,mudah je..pegi je kat google dan taip : crocs escalator.

*renung2kan dan selamat beramal~

July 01, 2009

Midnight movies!


Autobots! Transform!!

Ahahahh besh2..akhirnya malam ni aku dapat jugak tengok filem yang paling ditunggu2 iaitu Transformers 2 : Revenge of The Fallen.Memang gile la dapatkan tiket dia.Release pada petang 23 June lepas,peminat2 Tranformers dah memenuhi panggung.Tambah2 lagi jualan tiket dibuka seminggu lebih awal dari tarikh tayangan.Sampaikan nak beli tiket secara online pun,website GSC yang aku bukak pada 24 June lepas "sesak" dek kerana seluruh peminat tak mahu ketinggalan utk menjadi yg pertama menonton filem tu.

Tapi semalam aku dah berjaya dapatkan tiket.2 keping tiket Transformers untuk tayangan tengah malam nnt.Tengok dengan siapa?
Tengok dgn buah hati tersayang la...my MUCUK!!!
Lepas tengok Tranfsormers mlm ni,esok pulak aku dgn Arez sekali lagi masuk panggung..Kali ni tgk sekuel Ice Age 3.Apa yang membuatkan aku teruja nak tonton filem sekuel ni adalah kerana ianya ditayangkan dlm versi 3D! Aku memang suka movie2 3D sebab lebih clear dan karakter2 dlm filem 3D lebih "hidup"..Esok malam tayangan pukul 9.00pm,so sempat lah kot aku bawak Arez makan kat tempat keje aku SEED cafe.Nak bagi dia rasa makanan kat sana :)