There was an error in this gadget

October 31, 2008

Happy Halloween!

"trick or treats!"

Kalo kat USA,jeritan itu sering kedengaran sebaik pintu rumah dibuka
selepas diketuk bagai nak rak oleh kanak2 yg mengharapkan candy.

Tapi di Malaysia,kita tak diajar untuk menyambut perayaan
Halloween.Cuma yg ada adalah party2 khas utk meraikan Halloween yg
diadakan di kelab2 mlm sekitar KL.

Kata kwn aku,mlm ni kalo pakai kostum,akan dpt masuk ke party
Halloween di Planet Hollywood secara percuma!
Dan dikhabarkn juga TGI Fridays cawangan Pavilion mempertaruhkan wang
tunai RM5000.00 utk kostum yg plg menakutkn! hebat...

Aku teruja nk raikn halloween mlm ni tp restoran aku ni ade party
halloween jugak.Kalo aku sempat kabur,aku pergi lah club mlm ni..

"its a tricks baby"

Sehari Sebelum Hari Hantu

Hey yo..!!
Tadi aku pergi temankan member aku interview dkt Secret Recipe.Bukan
lah dia nk kerja dkt situ pun,just si penemu-duga tu yg nak jumpa kt
situ.

Aku just tggu kt luar sementara kawan aku tu habis di-interview.
Lama jugak.Aku dah berpeluh kat luar.Sambil2 tu tgh fikirkan
gaji,gaji dan gaji...
Kalo gaji dpt esok,mlm tu aku ingt nk pergi clubbing.Yerlah mlm esok
kan Halloween...!

Last 2 years aku party Halloween kt Bliss & Beach club.Memang
happening.Apa2pun tgk la esok..

October 30, 2008

Nasib Era.fm dan Untung Hot.fm

1998-menyaksikan kemunculan generasi baru dlm penyiaran radio.Era.Fm
muncul membawa satu inovasi moden yg menjadi halwa telinga pendengar
yg sebelum itu disogokkan dgn radio2 bersuara standart 'bass' oleh
RTM.

Kemunculan Era telah mengubah persepsi pendengar yg selama ini hanya
tau radio itu cuma memutarkan lagu-dan sedikit info dan selebihnya
celoteh entah apa2 oleh DJ yg bertugas.

Stesen radio Era mula mendominasi ruang penyiaran radio dgr
mengetengahkn konsep segar dan mesra pendengar-hingga pada satu tahap
anda merasakan penyampai2 Era tak ubah seperti kawan rapat
anda.Pelbagai info hiburan,peraduan,gosip dan berita disampaikan tepat
dan ringkas tetapi padat.

Diangkat sebagai stesen radio No.1 di Malaysia,Era semakin gah
mengatur langkah dgn memperkenalkan Anugerah Era yg diadakan saban
tahun.Aku yg membesar bersama radio Era pernah terfikir,sampai mana
mampu stesen berpengaruh ini berdiri di puncak populariti.Sementelah
kesemua penyampai Era berstatus selebriti.

Lewat tahun 2006,muncul pula radio swasta yang bertemakan "Lebih
Hangat Daripada Biasa" -Hot.fm.Muncul dikala radio Era sedang ghairah
mengekalkan statusnya sbg radio No.1 negara.

Hot.fm dikemudikan oleh saki baki penyampai drp stesen radio Era
sendiri Yg berpangkalan di Sri Pentas milik sepenuhnya Media Prima
Bhd.Dari sinilah bermulanya perang memancing pendengar.

Pendengar2 kini telah berpecah mengikut penyampai kegemaran
mereka.Peminat FBI,Farah Fauzana dan Seelan Paul kini melekat di
stesen Hot.fm manakala pengurusan radio Era telah membuat kesilapan
dgn memindahkn beberapa penyampai pioneer radio tersebut ke stesen
lain.Satu langkah yg kurang bijak.

Halim Othman ke Sinar.fm
Khair Rashid ke XFresh.fm
Subi,Najman,David Low kesemua mereka dihantar utk 'menaikkn' stesen
baru milik Astro- Sinar.fm.

Keputusannya Era kekurangan kuasa pendengar yg telah beralih ke
stesen2 lain kerana penyampai mereka dipindahkan.Satu peluang baik utk
Hot.fm mengukuhkan nama.Tatkala Era sedang berhempas pulas mengekalkn
statusnya,Hot.fm yg menjadi stesen berbahasa melayu ke-2 di belakang
Era dilihat semakin kukuh pengaruhnya.

Era pula mencuba 'resepi' baru dgn menjemput pengacara2 tv sebagai
umpan memancing pendengar.
Kak Engku,Aznil dan Yasmin Hani antara yg dipanggil menjadi
'penyampai'-tak lupa juga Apek.

Tapi malangnya,Era tersungkur kerana gagal memikat pendengar
setianya.Apa saja cara yg diguna-pakai oleh Era,langsung tidak
mengena.Stategi mereka gagal...

Terbaru dr AC Neilson,Hot.fm kini diangkat sebagai stesen radio No.1
berbahasa melayu di Malaysia!Syabas Hot.fm.

Kedudukan Era kini?
Aku tak amik peduli...

*Kieran sudah meninggalkn radio Era baru2 ini.

October 28, 2008

Run Rabbit Run!

Happy Diwali pulak for those Sikh.

Ahad lepas Sunny sms aku utk bgtau yG rumah kami now dah ade seekor
rabbit! Dorg jumpa katanya dpn rumah aku.

Teruja aku mendengarnya sbb aku sukeeeyyhh sgt dgn rabbit.Balik je dr
Rawang,aku kerja dulu then malam tu baru aku berpeluang utk bermain
dgn rabbit tu.Besar jugek rabbit tu.Jantan plak.

Sepanjang mlm aku main dgn rabbit tu tp pagi tadi dah kecoh2 rabbit tu
hilang! Oh my God~
Betul la tekaan aku smlm,mesti ada org yg lupa tutup sliding door kt
tepi tu.Aku tau siapa yg lupa tutup tp dia x mengaku....

Hm....baru ingt nk petting rabbit tu.
Mish u Cuddly!

October 27, 2008

Happy Deepavali...

Vanakam!
unggal arane tamen deepavali hey.

Sorry,xtau ape aku carut tu.
Hari ni kaum India bergembira menyambut Deepavali.Cantik2 sari yg
diorang pakai.Smlm kt depan rumah aku ada sekumpulan remaja india
seronok bermain bunga api dan mercun.Sakan betul.

Dlm perjalanan pulang ke Damansara pagi tadi,ada seorg wanita india
duduk depan aku.Cantik memakai sari.Aku berniat utk snap gambar dia
senyap2 sebab nk letak dlm blog ni.Tapi segan la plak..

Tapi dpt jugak lah aku snap gambar "kolum" yg dibuat kt KL Sentral
tadi..tengok lah.Cantik colourful lagi...

Selamat Hari Deepavali!!

Apabila bendul dilangkah...

Assakamualakum..
Alhamdulliah selesai sudah mejlis pertunangan adik aku Hanas dgn buah
hati pengarang jantung berlubangnya Emilia.

Majlis yg berlangsung serentak dgn rumah terbuka kedua belah keluarga
di adakan pada 25 Oktober 2008.Ramai tetamu yg hadir memeriahkn majlis
termasuk makcik pembawa gosip terkini.

Paling tak seronoknya bila ade yg bertanya bila lagi giliran aku
bertunang?Kata orang,yg si adik dah selamat,abangnya bila lagi....

Cakap pasal langkah bendul,tunang adik aku tu lagi hebat,langkah
sekali 3 org kakak!Mengikut adat,mcm biasa lah,sepersalinan baju
ke..sebentuk cincin ke...
beg tangan Louis Vuitton ker...

Apa2pun aku mengucapkn selamat bertunang,semoga jodoh kalian cepat
berbanding tempoh 2thn tunang..

October 24, 2008

Supper in the Sleepy way

adoyaii....
tadi kt umah punya lah segar dan lapar but bila dah sampai kt mamak yg
canggih ni,makanan blum sampai,aku dah sleepy2 manja gitu.

Mamak yg canggih?
Kenape ek?
Sebab kt mamak ni ade wifi-wakaka...So sempat jugek lah aku
menjalur-lebarkan diri sambil2 makan.Maggi goreng dia marvellous!
Kudos to mamak.

Balik ni nk kene kemas2 beg nk balik Rawang.Esok hari yg bakal
sibuk.Open house + adik bertunang + open house lagik.
Yang penting aku mahu kelihatan fabulous.

Tak salah pun steal lime light majlis org,bukan salah gue,tapi salah
mereka yg kureng fab! ahahaha

*adios!

October 22, 2008

"Going Green on Aidilfitri"

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!
Sempat lagi la kot kalo nak wish.
Well raya tahun ni aku dan family semua going green.Ala2 kempen mother
nature gitu.

Tapi rasanya kaedah itu mmg 'disengajakan' sebab bbrp minggu lepas
raya ni,bakal diadakan majlis pertunangan adik aku yg jugak bertemakan
'hijau' utk sebelah pihak lelaki.Jadi dah save budget sket kat situ.

25 Oktober ni,adik lelaki aku bertunang dan serentak dgn itu,pada hari
yang sama juga rumah terbuka family aku dgn pihak perempuan diadakan
sekali.Malam pulak kawanku Elmo juga buat rumah terbuka :)

*happy sbb akan jumpa ex-classmates kt rumah terbuka Elmo nnt.To my
bro,hope ur engagement runs well.InsyaAllah..

October 21, 2008

Bahagia kah?

"aku happy sgt dgn dia" -kata seorg teman aku beberapa hari sblm dia
dilemahkan dgn pengakuan org yg dia syg.Lama sblm party yg bakal
berlangsung akhir November depan.Sementelah segala kad sudah diedarkan
utk manghadiri party yg pada dasarnya merupakan 'perkahwinan' dua
lelaki sejenis.Aku dpt call dr teman aku tu pagi tadi,mengadu ttg
nasibnya.Terselit juga perasaan kagumnya terhadap aku yg boleh
bertahan dgn pasangan ku selama hampir 2 tahun.Dia lihat aku bahagia
dgn pasanganku.Walaupun hubungan kami kadang di lambung badai,tapi we
do need each other.Bahagia kah hubungan aku dgn si Dia? dan bakal
usaikah pergolakan hubungan temanku dgn pasangannya? ya,I dare to say
I'm happy with him..Amir.

October 20, 2008

Umbrella..ella.ella.eh eh eh

October sudeyh ke?Yg penting aku dah lama tak update blog ye cik akak2. Nak gosip ape kali ni?Tak lain tak bukan,musim hujan... Bile Malaysia ni panas,sume mengharpkan hujan.Tapi bila dah hujan,terlebih pulak kuntiti yang diperlukan.Talk about hujan..terowong SMART yang kononnya bakal menyelamatkan aset berbilion2 Ringgit Malaysia yg berada di atasnya tu macam haprak aje.Setiap kali hujan lebat,tak sampai bape minit dah kene tutup.MOTIFF??? Sebab tak dapat tampung aliran banjir.Kaedahnya sama dengan membazirkan wang kerajaan yang berbilion2 itu ke atas projek yang ado~