August 09, 2007

meniti kebebasan..

Assalamualaikum..
Pejam celik..pejam celik dah masuk pun bulan Ogos.
Sehingga aku terlupa yang Julai baru saja berlalu.
Macam tu lah kehidupan dan masa,tak pernah berhenti berputar dan akan terus bertambah dan membiak.Sekali kita terlepas pandang,tak mungkin dapat kita nikmati kembali apa yang telah berlalu.
Masuk bulan Ogos ni banyak perkara yang akan berlaku dan telah pun berlaku dalam kamus hidup aku.Bertengkar dgn rakan sekerja yang gila pangkat,dicabar Bos untuk presentation depan guest dan mcm2 lagi.Bagi umum mengetahui bulan ni negara kita menyambut hari Kemerdekaan yang ke-50! woo..hampir setengah abad rupanya Malaysia ni.
Semakin maju..tapi disebalik kemajuan pesat Malaysia,masih ada segelintir penghuninya yang berfikiran kolot seperti katak di bawah tempurung..dude,now 2007..grow up!
Oh ya,aku juga bakal menjadi "uncle" kepada anak sulung Along aku.Hehehe..
Kakak ipar aku sebelum ni dah demand macam2 untuk hadiah baby dia tu.
Suka hati aku lah nak bagi apa pun.. :) anyway,aku pasti orang yang paling gembira menyambut kelahiran baru itu ialah along aku dan isterinya dan juga parents aku sebab baby tu cucu pertama keluarga kami.. :)