July 29, 2007

Hari minggu yang bingung

Pergh.... hari Ahad ni memang bosan. Restoran tempat aku keje ni cuma terima 6 tetamu je. Lepas waktu lunch sampai happy hour memang takde makhluk langsung.Tapi yang gilanya waktu dinner tadi ramai giler guest yang datang.Bukan 2-3 meja penuh,tapi hampir seluruh section restoran dipenuhi tetamu. Kebetulan pulak diorang dtg in a short time,so jadi packed dan agak kelam kabut jugak lah staff2.Hurm....apa2hal pun esok aku cuti..nak jumpa BB..ahaks! i miss him so much!!

July 27, 2007

my BB

Tak banyak yang menarik berlaku dalam hidup aku hari ni. Seperti biasa aku akan bangun sekitar 10am untuk bersiap2 ke tempat kerja. Btw,thanks so much BB for your "everyday-wakeup-call-voiceSMS". I do appreciated it so bad.Hurm...cuma aku rasa sesuatu kekusutan yang baru2 ni menggangu fikiran aku.Ianya ada kena mengena dengan BB. Entah lah tak tau nak cakap mcm mana tapi,aku risau sangat kalau BB dah tak macam dulu..Hati aku tak tenang je walaupun dia dah maafkan aku atas satu kejahatan tahap evil yang aku lakukan pada dia. Melihatkan BB,seorang manusia yang terlalu aku sayang lebih dari diri aku sendiri.Tapi kenapa aku susah nak jadi setenang BB?.... :( Sepanjang aku kenal dia,aku lihat dia seperti 'angin';hanya lalu mengikut putaran bumi. Ada kalanya angin sejuk...boleh jadi panas...kadang2 dingin tapi kembali hangat. BB betul2 membuatkan aku tertanya2;kenapa dia begitu "begitu"? Aku betul2 berharap agar segala persoalan aku ni terjawab. Aku sayang BB....

Perahu dah terlajak..

Ooppss!! Celaka sungguh mulut aku semalam. Ada ke patut aku cakap sesuatu yang terang2an akan dikecil-hatikan oleh seseorang.Walaupun Abeli tu hanya abang angkat,tapi aku tak patut cakap macam tu kat dia. Aku rasa mcm mamai je masa cakap benda alah tu. Tapi aku tak tahu lah apa reaksi dia lepas tu. Yang pasti dia tetap jaga hubungan kami adik-abang angkat. Aku tak reply pun SMS dia malam tu... Lebih kurang 10 minit,dia hantar lagi SMS. Its ok Abeli,i'll respect u as u respecting me.

July 26, 2007

Berjalan pandang ke depan...

Assalamualaikum... Setelah difikir-fikir secara mendalam, aku dah amik keputusan untuk tidak lagi "mengulang-semula" blog2 aku yang dah lepas. Pada aku sekarang ni,yang lepas tu,lepas. Bermula malam ni,aku nak terus ke depan. Malas dah nak belek2 personal diari/planner semata2 nak update blog.. So,banyak jugaklah perkara/peristiwa yang telah berlaku sepanjang akhir bulan Jun sehingga lah pertengahan Julai. Let me keep that for me.Not for share. :) -see ya!

July 21, 2007

23 June- Confirmed the room

Aku dah contact tuan rumah yang nak sewakan bilik tu. Dia call aku dan aku cakap yang aku betul2 nak bilik tu hujung bulan ni.Dia cakap,datang dulu tengok bilik then baru confirmkan.Manalah tau kalau aku tak berkenan dengan bilik tu ke..So aku buat appointment dengan dia untuk tengok bilik tu Isnin depan.Aku kerja,dia pun kerja...so payah nak jumpa.

22 June- Flyers & owh~

Hari ke-2 pembukaan.Orang tak ramai tapi agak sibuk la jugak.
Oh ya,semalam sorg waitress tetiba je balik sebab emergency.
Mak dia sakit katanya..terus tak datang hari ni.Harap2 dia datang
esok sebab frontline tak cukup staff.Waktu happy hour ni memang boring.
Tapi boleh la jugak kalau nak rest2 kat lounge tu.Tapi baru je nak
labuhkan punggung,bos suruh aku dgn sorg waiter ni edar flyers kat public.Gila panas2 ni!
Nak tak nak aku pun turun la sambil menggenggam flyers dan merayau sekitar Uptown ni.
Jalan punya jalan,aku singgah masuk ke 7-eleven nak beli air.Then aku terpandang
buletin board kat dinding...great!boleh cari bilik sewa.Sedang aku membelek iklan2
yang terpampang tu,aku terpandang tawaran paling dekat di kawasan Kayu Ara.
Hm...boleh la daripada takde langsung...

21 June- Soft Opening

Tat tadaaa!!! Hari yang dinantikan oleh semua warga Brasserie La Place. Hari ni merupakan soft opening untuk restoran baru ni. Bukan grand opening ok..ini baru pembukaan 'acah-acah' je. Betul-betul punya opening akan dilakukan pada 070707!! Tarikh keramat weih.. HUHU...memang kelam kabut jadinya tadi.Orang datang sekaligus! siap dengan kecohnya..lepas tu siap silap menu la...salah hantar dishes la..bos marah lagik! Tapi yang paling best ialah aku dimarah!! hampeh tul..bukan salah aku..alah lantak la. Aku tak amik pot pun sebab aku tau bos pun kelam kabut sebab tak jangka guest ramai. What a great beginning!

20 June- Minutes to Midnight

Huaaaaa!!! Hari terakhir menjelang "soft opening"... Hari ni semua nampak stress sebab esok dah hari pembukaan awal restoran ni. Dari frontliner hingga ke kitchen crews, nampak sangat muka masing2 tengah stress! Nak menghadap first customer. Well,tadi kami semua dipanggil untuk briefing yang kesekian kalinya.Sedikit pesanan untuk memastikan semuanya lancar esok.

19 June- Food Testing

Eh? bestnya hari ni ada food testing dan sesi photography untuk restoran baru ni! dapat jugak aku tengok cemane lah rupanya makanan-makanan yang bakal dijual kat sini nanti. French based katanya.Tapi aku tengok makanannya.... eurghh...ntah ape2 tak berpatutan dengan harganya yg boleh diajak lagi 3-4 org kawan makan ramai2 kat McD! Btw,aku dapat rasa kesemuanya! Starter kegemaran aku adalah "Cocktail Valencia", main dish kegemaran Steak dan dessert kegemaran aku agalah "Hot Chocolate Fondant"...yummy!!

17 June- Working,Tiredness

Cancelled!!! Ah! malangnya nasib aku kali ni sebab plan nak jumpa BB terpaksa ditunda ke hari lain. Motifnya??? aku tak cukup fulus utk jumpa dgn dia.Buat masa sekarang ni aku kena berjimat2 sebab duit yang ada kat tangan aku ni pun hanya cukup-cukup untuk tambang aku ulang alik pergi kerja.Well,yes aku masih berulang dari Rawang ke Damansara.Jauh gila kan tempat kerja aku tu.. InsyaAllah aku akan dapatkan bilik sewa dalam bulan ni jugak. Tak larat dah nak ulang alik.Bukan penat kerja,tapi penat masa menunggu bus dan komuter..tambah lak penat berdiri dalam benda alah tu. Kalau nasib baik,dapat la seat...alahai~

15 June- 5th Monthlyversary

Hari ni genap 5 bulan perkenalan dan perhubungan aku dengan BB.Kami cukup bahagia.Tapi kalau ada cakar-cakar tu biasalah.Kali ni kami tak kemana-mana pun untuk celebrate sebab aku sibuk kerja. Hm...sejak mula bekerja ni,aku dah jarang2 sangat jumpa BB.Hope dia betul2 faham dengan kerja baru aku ni.Anyway BB, Happy 5th Monthlyversary! -B love u!