January 19, 2009

Memori Sekolah!

Takkan Ku Lupa
Kali ni aku nak berkongsi kepada semua tentang beberapa insiden atau
perkara yang berlaku di sekitar aku sepanjang bersekolah.Berlaku di
SMK Puchong dan SMK Bukit Sentosa,Rawang.Selamat membaca yee..


Ditampar Guru Bertugas
Lokasi : SMK Puchong
Tahun : 1999
Barang Kes : Aku

Kejadian memalukan ini berlaku sewaktu aku menjadi Monitor di kelas
aku.Nak dijadikan cerita,petang tu ade seorang guru yg bertugas untuk
menilai kecantikan dan kebersihan kelas.Kelas aku pada ketika itu
tiada guru yg mengajar jadi korg tau lah kelas mesti bising.Datang lah
guru yg bertugas tadi masuk ke kelas aku dan melihat2.Kitorg semua
buat tak peduli je..termasuk aku yg sibuk sakan berborak dgn beberapa
org bestfriends.

Tiba2 guru tadi tu bertanya kenapa kelas aku takde jadual
bertugas.Drama itu lebih kurang begini ;

Guru : Monitor,where's the duty roster?
Aku : Mounted already but it fell down.
Guru : Excuse me?
Aku : It was sticked there,but now I don't know.

Balas aku sambil sambung berborak.
Kemudian guru tersebut memanggil aku dan..

PAAANNGGG!!!!

Satu tamparan wanita melekap kat pipi aku!
Gila babi sakit weih.Mungkin sebab hormon dia sensitif kot sebab dia
tgh sarat mengandung pada kejadian itu berlaku.

Guru : How rude u! I asked u about the roster and u just shouted from
ur place without even stand up and look at my face!

Rupanya dia marah giler sebab aku endah tak endah je pertanyaan
dia.Tambah dia bengang bila aku menjawab pertanyaan dia tanpa
memandang ke muka cantik dia tu.
Lepas kena tampar,aku keluar dari kelas sebab malu.Aku tak masuk kelas
dah lepas tu sampailah waktu rehat.Aku pergi surau,sembahyang Zohor
kejap sblm aku pergi lepak dalam bilik koperasi sekolah! Lepas rehat
baru aku masuk kelas...

Well,korang tau lah kan bila sesuatu kes berlaku,dan aku sebagai
'barang kes' yg baru masuk kelas..paparazi mula lah serbu tempat duduk
aku dan tanya macam2 termasuk kemana aku pergi lepas kena tampar
tadi..

Hahahaha! No camera please!
I have right to remains silent..


Bangun Sebelum Waktunya!
Lokasi : SMK Puchong
Tahun : 1999
Barang Kes : Aku jugak

Yang ini pulak pun kes malu jugak.Berlaku dalam kelas ketika subjek
Pendidikan Islam.Mungkin aku tak fokus agaknya kot.Tu yang boleh jadi
macam tu.
Aku masih lagi monitor di kelas ini.
Al kisahnya,ustaz dah habis mengajar dan suruh kitorg buat ulangkaji
sendiri.Aku dgn kawan2 ulangkaji ala kadar je.Selebihnya berborak.
Kemudian terjadilah insiden ini...

Kawan : Hey,jom! Dah nak masuk waktu
Aku : Pergi mana?
Kawan : Sembahyang Zohor.Lepas ni kan Matematik
Aku : Oh! ok2..
Kawan : Cepat la pergi dulu.

Lalu aku dengan pantas bangun sambil melaungkan..

BANNNGGUUNNNNNN!!!!

Tiba2 kelas senyap!
Ustaz pandang aku,budak2 kelas semua pandang aku! Aku pelik sebelum
kawan aku tu tadi bisik kat aku..

Kawan : Woi! Kenapa ko? Belum habis waktu la. Aku suruh ko mintak izin
nak pergi sembahyang!

Tiba2 terasa muka aku lebih tebal dari Tembok China atau lebih kukuh
dari Tembok Berlin.Gila malu!
Rupanya kelas belum tamat,aku dah beriya2 suruh budak2 bangun! Hahaha ..


Eijam Terjun Bas!
Lokasi : SMK Bukit Sentosa,Rawang
Tahun : 2001
Barang Kes : Eijam

Ini bagi aku memang kelakar giler! Berlaku di sekolah akhir aku di
Rawang.Ceritanya adalah..
Setiap kali tamat waktu sekolah,aku dgn kawan2 aku ni akan berjalan
kaki dari sekolah sehingga lah ke jalan besar kat Bandar Bukit Sentosa
tu.Saje je taknak amik bas depan sekolah.Kitorg naik bas awam.Dalam
geng2 aku tu,cuma si Eijam ni sorang yang masih dlm sekolah.Ade kelas
tambahan PMR kaedahnye.

Jadi aku dan yg lain2 terus berjalan.
Sampai je depan sebuah Balai Polis,kitorg berehat sekejap sebelum dpt
SMS dari Eijam suruh tunggu dia.So kitorg pun tunggu dia kat bustop
depan balai tu.Dia datang naik bas dari sekolah katanya dan dia akan
stop kat balai tu dan join kitorg 'walk-a-thon'..

Beberapa minit lepas tu,nampak kelibat bas.
Si 'barang kes' ni ada di dalam..makin lama bas tu makin hampir dgn
balai tu tapi apsal bas tu laju je?? Macam taknak berhenti kat situ..
Eijam ni tak picit loceng ke??

Memang bas tu tak berhenti kat situ.Driver bas tu pandu laju je tapi
kitorg nampak Eijam kat tangga bas macam nak turun! Tapi kenapa bas
laju?
Tiba2 ...

KEDEBUUKK!!!

Kitorg dengar bunyi..
Jalan depan balai tu jadi berdebu..dan dalam debu2 berterbangan tu,ada
kelibat sesuatu! Aaaaaaa!!
Eijam terjun dari bas rupenye!
Kitorg ape lagi..ketawa bagai nak pecah perut! Warghkahkahkahkah!
Maunye tak ketawa! Terang2 depan mata tengok member terjun bas..siap
debu2 bagai~

Terus kitorg berkejar mendapatkan mangsa..
Gelak tetap on ok! Kesian dia beb..dia tu lurus orangnya.Kitorg pun
tolong dia sapu2 debu kat uniform sekolah dia..tolong tu tolong
jugak,gelak tetap berterusan..

By the way,seluar dia koyak kat lutut! =)


Merpati VS Soraya
Lokasi : SMK Bukit Sentosa
Tahun : 2001
Barang Kes : Soraya Mocta

Hahahaha ini pun kelakar jugak.Insiden damn funny ini berlaku di
Dataran Sekolah ketika pelancaran minggu ape ntah..aku dah
lupa.Mungkin Minggu Bahasa Melayu takpun English Week.Lantak lah..itu
tak penting.Yang penting di sini ialah peristiwa yg aku takkan
lupakan,mungkin juga si 'barang kes' itu boleh jadikan ini sebagai
bedtime story utk anak2 dia.

Peristiwa berlaku setelah selesai upacara perasmian acara itu dan
konon2nya sebagai satu simbolik,Pengetua akan melepaskan 2 ekor burung
merpati dari sangkar.Konon2 nampak grand lah tu.
Tiba waktu melepaskan burung tersebut,pintu sangkar dibuka dan
terlepaslah burung2 itu terbang berlegar2 di atas dataran sekolah
sambil disambut dengan tepukan warga sekolah yang duduk bersila di
bawah........dan..

Tiba2 seekor daripada burung merpati itu sudah melepas sambil terbang
dan najisnya itu jatuh betul2 di kawasan budak2 perempuan kelas aku
tgh duduk!
Maka terdengarlah hilai tawa budak2 sekolah aku tu mentertawakan si
'barang kes' ini tadi.
Aku tak pasti siapa manga 'pengeboman' itu tapi aku pasti najis tu
mengena salah seorang budak perempuan kelas aku.

Habis je acara malang itu,kitorg semua tertanya2 sape lah yg malang
tu..sampailah aku dah nak masuk kelas,aku nampak si 'barang kes' ini
kat depan pejabat sekolah.Sebab kelas aku betul2 depan pejabat.Aku
panggil la si 'barang kes' ni dari jauh dan dia toleh....

Warghkahkahkahkah!!!
Rupenye Soraya lah mangsa merpati tadi tu!
Kat tudung dia ada melekat najis kuning2 putih ala2 hijau gitu!
Hahaha..gila aku ketawa.
Soraya pergi ke pejabat sebab nak mintak izin pulang dengan alasan nak
tukar tudung.Pihak sekolah terpaksa benarkan lah sebab pihak sekolah
yg 'bersalah' kerana melepaskan haiwan liar terbang2.

Tapi lepas dpt kebenaran utk pulang,Soraya dah tak datang balik ke
sekolah lepas tu.Berehat di rumah agaknya.Dia tak saman pihak sekolah
pun dah kira bagus lah tu =)


******TAMAT******

Disclaimer: Segala kejadian yang berlaku di atas adalah benar2 terjadi
dan saya tidak pernah mendapat kebenaran daripada pihak si 'barang
kes' untuk menyiarkan teks ini kepada umum kecuali dalam kes saya
sendiri. Saya juga tidak mengambil untung atau dengan sengaja ingin
memalukan pihak si 'barang kes' dengan tersiarnya teks ini. Harap
maklum.

--
Haie Ahmad

1 comment:

  1. hahahha lawak weh.. ko bercerita dengan precisely.. hahha siap ponteng sekolah hari tu sbb malu nak masuk kelas! Huwaaaa ... ;D

    ReplyDelete