January 24, 2009

Bride Wars

Selamat Hari Sabtu sumerr!!!
Hari ni aku happy kot sebab malam nanti nak balik kampung.Balik
Perak-Kedah-Perlis!
Lama dah wei tak keluar dr negeri Selangor ni.Nak jugak hirup udara
dara yg ada kat luar bandar.

By the way,semalam aku tgk 2 movies.Inkheart dan Bride Wars.Well,aku
dah tulis pasal filem Inkheart dan kali ni nak citer pasal Bride Wars
pulak.

Filem gandingan Anne Hathaway(Emma) dan Kate Hudson(Liv) ni
mengisahkan ttg kekuatan peribahasa melayu yg berbunyi "carik-carik
bulu ayam,lama-lama bercantum juga". Ya,persahabatan mereka sejak
kecil akhirnya teruji apabila berlaku perebutan tarikh untuk majlis
perkahwinan mereka.

Kedua2nya berlangsung pada tarikh yg sama dan berlaku lah 'perang'
untuk melobi kawan2 mereka supaya datang ke majlis mereka.Sementelah
kawan2 Liv juga merupakan kawan2 Emma.

Ada beberapa babak dan adegan yg sgt funny yg dilakukan oleh kedua2
perempuan ini kerana masing2 nak nampak fabulous di majlis mereka
sendiri.

Well,cerita ini sgt happy ending coz finally Emma mengalah dan
membatalkan majlisnya dgn memberi laluan kpd sahabatnya Liv utk
meneruskan majlis.And guess whar,Emma jd ketua pengapit utk Liv..
Oh btw,Emma kawin dgn abang Liv.. =)
And both of em,pregnant..

*blk kampung! yeh!
--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment