June 29, 2009

Ayuh! Buka lembaran baru!


Assalamualaikum...
Dah masuk bulan June 2009,sejak post aku yang terakhir tentang perjumpaan Myspace group aku (Kalibre) tu,terus aku dah tak update blog atas alasan blog rosak.Well takde la rosak sangat pun cuma ada beberapa widget2 yang aku dah set-kan dalam blog aku tuh "hilang" selepas aku gatal tangan ubahsuai layout dia.

Sepanjang ketiadaan post baru sekitar bulan Mac hingga Jun,terlalu banyak perkara atau insiden yang berlaku di persekitaran aku.Ada yang buruk dan ada yang agak manis dikenang..So dlm post kali ni,aku nak ceritakan 3 ringkasan tentang beberapa perkara dan insiden yang berlaku di sekeliling aku sepanjang Feb 2009 ke Jun 2009...there goes~

**Cupin berpatang arang**
Kes ni berlaku beberapa hari selepas aku menjalinkan hubungan dengan lover terbaru aku sekarang ni.Punca sebenar si Cupin ni menghilangkan diri pun aku tak berapa pasti tapi yang aku pasti dia jadi mcm tu right after dia dpt menghidu tentang hubungan aku dengan Arez.Dia terus berubah dan mengambil tindakan drastik dengan tidak membalas semua SMS aku (even SMS dari Arez),dia jugak dah block Myspace aku dan Arez supaya kami tak boleh berhubung langsung dgn dia.Aku dah cuba pujuk dan bertanyakan tentang apa sebenarnya yang berlaku tapi dia berpura2 tak pernah kenal dgn aku..

**Zach cuba masuk jarum**
Yang ni pulak,perihal si Zach yang secara tiba2nya "jatuh cinta" dengan aku selepas kami pertama kali bersua muka semasa perjumpaan group Kalibre pada bulan Februari lepas.Mulanya aku tak amik post sangat dgn layanan dia selepas gathering tu tapi semakin hari semakin "lain"..Bila dia meluahkan isi hati dia pada aku,baru lah aku sedar yang dia dah crush terhadap aku ketika pertama kali berjumpa secara langsung.Tapi aku menolak secara baik dengan mengatakan yang aku dah ada Amir (boyfriend aku ketika itu).Yang mengejutkan aku,dia tak kisah utk jadi yang kedua.Asalkan dpt berpasangan dgn aku.Oh tidak! Aku bukan jenis macam tu.Dan dlm waktu yang sama,Arez (boyfriend sekarang) dah siap pasang strategi utk mengalihkan perhatian Zach dari aku..Well,the rest are history.

**15 Jan 2007 - 23 Feb 2009**

2 tahun hubungan aku dengan Amir akhirnya runtuh jua dek kerana masalah yg timbul dr kedua2 belah pihak.Itulah rekod hubungan aku yang paling lama setakat ini.Dlm kes "perceraian" ni aku tak tunding jari pada sesiapa tapi kalau difikirkan balik apa yang kami alami selama 2 tahun itu,both of us ada buat salah.Sedangkan lidah lagi tergigit kan..
But to play safe,aku lebih suka kata yang aku dah letih dgn keegoan seseorang.Aku bukanlah seorang yg cepat naik angin tapi setiap manusia ada limit kesabaran jugak.Apa2pun aku harap Amir skrg bahagia dgn hidup dan cara hidup dia.Terlalu banyak benda yang kami kongsi sepanjang 2 tahun tu...

Blogging lagi...


Helo helo helo..!! adoyai lama jugak tak update blog aku ni kan.. Ada macam2 cerita yang berlaku sepanjang 3 bulan aku tak update blog ni. Nanti aku fikir2kan cemana nak digest cerita2 tu dgn ringkas dan padat :) See you next text.....