There was an error in this gadget

December 23, 2008

Tropicana City Mall

"PJ beats to a new shopping jingle this christmas"

Itulah kata2 pengenalan yg terpampang di poster2 sekitar
Damansara,Petaling Jaya.

18 Disember 2008 menyaksikan kemunculan sebuah lagi shopping komplex
terbaru yg terletak di Damansara.Dikenali sebagai Tropicana City
Mall,ia bakal menjadi tumpuan penghuni2 sekitar Damansara dan kawasan
sekitar khususnya dan seluruh Petaling Jaya secara amnya.

Kunjungan aku ke komplex yang masih belum lengkap sepenuhnya ini
menimbulkan rasa teruja.Yelah,shopping komplex dekat dgn
rumah.Walaupun rumah aku di Damansara ini hanya beberapa kangkang kera
dgn OneUtama,theCurve dan Cineleisure...kewujudan Tropicana Mall pula
hanya beberapa kangkang semut dgn rumah aku.Boleh jln kaki aje...

Antara store yg ada di Tropicana Mall adalah Carrefour sbg penyewa
utama,ESPRIT,Toys R Us,Borders,Cold
Storages,Subway,Shop-a-lot,Starbucks(even dah ada 5-6 branches kt
sekitar sini),tak lupa juga pawagam GSC..hell yeah!
Aku ni mmg kaki wayang!
Jadi lps ni boleh tgk wayang tanpa perlu ke OU ataupun Pavilion.

Komplex 4 tingkat ini juga merupakan shopping komplex ketiga di Lembah
Klang yg menyediakan akses Wi-Fi percuma seluruh komplex -selepas
1Utama dan Sunway Pyramid.Jadi mudah bg sesiapa yg mempunyai gadget yg
menyokong fungsi Wi-Fi ini.

Walaupun komplex ini belum 100% lengkap,belum byk store yg dibuka,aku
yakin ia bakal menjadi hits dikalangan penduduk sekitar.

*teringat kenangan jln kaki dr Tropicana Mall ke rumah dlm hujan
renyai2 bersama yg tersayang :)

--
Haie Ahmad

Earth Stood Still

2 minggu tak update blog.Maklumlah hujung tahun ni memang busy
betul.Tempat keje byk dpt reservation utk christmas,newyear &
weddings.Dengan keadaan La Place yg di hujung tanduk ni,aku cuma
berharap bencana yg bakal berlaku nanti akan berlalu dengan tiada
cacat celanya.

Bicara tentang bencana,baru2 ni aku menonton filem terbaru lakonan
Keanu Reeves berjudul "The Day The Earth Stood Still".Filem remake ini
pada mulanya tak termasuk dlm senarai filem 'wajib tonton' aku.Yang
masuk dlm list aku sbg penutup Disember ini ialah filem thriller
tempatan Histeria.Tetapi fikiran aku berubah saat dicadangkan filem
lakonan Keanu Reeves itu.

Tanggapan asal aku ttg filem itu ialah bencana alam yg maha
hebat(sebab aku pnh sekali melihat trailer filem ini..tapi tak amik
port sgt).Aku pun tak buat research ttg filem ini sebagaimana yg akan
aku lakukan terhadap filem2 yg menarik.

Bertempat di pawagam GSC Pavilion pada Ahad lepas,sasaran aku ttg
filem ini jauh tersasar.Filem ini bukanlah berkisar ttg bencana
alam,sebaliknya fiksyen merepek ttg kunjungan seekor makhluk asing
bernama Klaatu lakonan Keanu yg dtg ke bumi utk 'mengambil' bbrp
sampel organisma bumi sblm bertindak utk 'mensterilkan' semula bumi
kepada asalnya-tanpa manusia.Turut bersama Klaatu adalah bebola sfera
yg mendarat di seluruh dunia.

Filem ini pada aku sebuah filem ringan yg over merepek entah apa2.Aku
dah banyak tonton filem2 ttg kunjungan makhluk asing di bumi tetapi
taklah se-ridiculous filem ini..

Well,I gave 4 stars out of 10.

*kecewa jugak dgn Cicakman 2 yang ditonton bersama seorang rakan.Tak
seperti yg diharapkan.

--
Haie Ahmad

December 03, 2008

Cuti dan budak lepasan SPM

:: Photo courtesy of warsurfer.blogspot.com ::

WEHHH!!!
Da masuk hari ketiga bulan December nih.Which means budak2 baru lepas
abis SPM.Suka bangat la semua sebab sibuk keluar nak tgk
movies,hangout dgn kawan2,dating dgn pacar masing2(sbb 'break' skjp
utk SPM) dan lain2 lagi.Ade jugek yg bercuti ke tempat lain..best sgt
ok rasa bebas merdeka lepas SPM.

Sebab aku pernah merasa betapa luasnya dunia yg terbentang di depan
mata sebaik sahaja melangkah keluar pagar sekolah selepas habis paper
akhir SPM aku dulu.Paling aku tak boleh lupa,paper akhir aku ialah
Art.Jadi masing2 yang bawak art/painting set 'menyambung' kreativiti
dengan menconteng uniform sekolah kawan2 sebagai simbol 'merdeka'!
Sangat colorful uniform kami pada waktu itu.

The rule is,kita x boleh conteng uniform sendiri.Jadi bayangkanlah
hasilnya selepas uniform sekolah menjadi kanvas lukisan oleh
kawan2.Yang bernasib baik tu,poster colors je la yg dicalit ke
bajunya.Yang lukis guna cat minyak kt kawan tu,haha...sungguh malang
itu pemilik uniform.

Lagi satu,pertukaran slip SPM sesama sendiri.Yelah,masing2 lepas ni
entah kemana.Aku sendiri masih menyimpan slip SPM kawan aku sampai
sekarang.Masih tersimpan rapi.

Apa pun yg berlaku pada hari akhir SPM,masing2 punya memori sendiri..
Nanti result nak keluar,kecut perut semuanya....good luck.

*happy holiday!

Hello December..

---------- Forwarded message ----------
From: Haie Ahmad <haiemilo@gmail.com>
Date: Mon, 1 Dec 2008 16:46:21 +0800
Subject: Hello December..
To: haieahmad.milotales@blogspot.com

Masuk sudah bulan December 2008.Ada 3 tarikh utama untuk disambut pada
bulan ini iaitu Hari Raya Aidiladha,Krismas dan Awal Muharram.

Tapi korang tentu perasan yg bahawa pengaruh Krismas lebih kuat
berbanding Aidiladha itu sendiri.Mungkin sebab Aidiladha bukan
disambut secara besar-besaran seperti Aidilfitri,maka dgn itu dpt
dilihat di mana2 premis kini dekOrasi Krismas begitu indah
diperagakan.

Aidiladha ataupun disebut juga sebagai Hari Raya Haji,khasnya utk para
jemaah yang mengerjakan haji nun jauh di Mekah.Tetapi atas dasar satu
agama(Islam),ia diraikan oleh seluruh penganut Islam sedunia tetapi
tidak semeriah di Mekah sana.

Atas sebab itu juga,kita di Malaysia tidak begitu ghairah menanti
Aidiladha melainkan "cuti".Aidiladha pada tahun ini jatuh pada 8Dec
hari Isnin....mudah utk mereka menyambung cuti dr Ahad...atau mungkin
amik leave hari Sabtu sebelum itu...

*malaysia kaya cuti

-
Haie Ahmad

--
Haie Ahmad