December 03, 2008

Cuti dan budak lepasan SPM

:: Photo courtesy of warsurfer.blogspot.com ::

WEHHH!!!
Da masuk hari ketiga bulan December nih.Which means budak2 baru lepas
abis SPM.Suka bangat la semua sebab sibuk keluar nak tgk
movies,hangout dgn kawan2,dating dgn pacar masing2(sbb 'break' skjp
utk SPM) dan lain2 lagi.Ade jugek yg bercuti ke tempat lain..best sgt
ok rasa bebas merdeka lepas SPM.

Sebab aku pernah merasa betapa luasnya dunia yg terbentang di depan
mata sebaik sahaja melangkah keluar pagar sekolah selepas habis paper
akhir SPM aku dulu.Paling aku tak boleh lupa,paper akhir aku ialah
Art.Jadi masing2 yang bawak art/painting set 'menyambung' kreativiti
dengan menconteng uniform sekolah kawan2 sebagai simbol 'merdeka'!
Sangat colorful uniform kami pada waktu itu.

The rule is,kita x boleh conteng uniform sendiri.Jadi bayangkanlah
hasilnya selepas uniform sekolah menjadi kanvas lukisan oleh
kawan2.Yang bernasib baik tu,poster colors je la yg dicalit ke
bajunya.Yang lukis guna cat minyak kt kawan tu,haha...sungguh malang
itu pemilik uniform.

Lagi satu,pertukaran slip SPM sesama sendiri.Yelah,masing2 lepas ni
entah kemana.Aku sendiri masih menyimpan slip SPM kawan aku sampai
sekarang.Masih tersimpan rapi.

Apa pun yg berlaku pada hari akhir SPM,masing2 punya memori sendiri..
Nanti result nak keluar,kecut perut semuanya....good luck.

*happy holiday!

No comments:

Post a Comment