December 23, 2008

Tropicana City Mall

"PJ beats to a new shopping jingle this christmas"

Itulah kata2 pengenalan yg terpampang di poster2 sekitar
Damansara,Petaling Jaya.

18 Disember 2008 menyaksikan kemunculan sebuah lagi shopping komplex
terbaru yg terletak di Damansara.Dikenali sebagai Tropicana City
Mall,ia bakal menjadi tumpuan penghuni2 sekitar Damansara dan kawasan
sekitar khususnya dan seluruh Petaling Jaya secara amnya.

Kunjungan aku ke komplex yang masih belum lengkap sepenuhnya ini
menimbulkan rasa teruja.Yelah,shopping komplex dekat dgn
rumah.Walaupun rumah aku di Damansara ini hanya beberapa kangkang kera
dgn OneUtama,theCurve dan Cineleisure...kewujudan Tropicana Mall pula
hanya beberapa kangkang semut dgn rumah aku.Boleh jln kaki aje...

Antara store yg ada di Tropicana Mall adalah Carrefour sbg penyewa
utama,ESPRIT,Toys R Us,Borders,Cold
Storages,Subway,Shop-a-lot,Starbucks(even dah ada 5-6 branches kt
sekitar sini),tak lupa juga pawagam GSC..hell yeah!
Aku ni mmg kaki wayang!
Jadi lps ni boleh tgk wayang tanpa perlu ke OU ataupun Pavilion.

Komplex 4 tingkat ini juga merupakan shopping komplex ketiga di Lembah
Klang yg menyediakan akses Wi-Fi percuma seluruh komplex -selepas
1Utama dan Sunway Pyramid.Jadi mudah bg sesiapa yg mempunyai gadget yg
menyokong fungsi Wi-Fi ini.

Walaupun komplex ini belum 100% lengkap,belum byk store yg dibuka,aku
yakin ia bakal menjadi hits dikalangan penduduk sekitar.

*teringat kenangan jln kaki dr Tropicana Mall ke rumah dlm hujan
renyai2 bersama yg tersayang :)

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment