December 23, 2008

Earth Stood Still

2 minggu tak update blog.Maklumlah hujung tahun ni memang busy
betul.Tempat keje byk dpt reservation utk christmas,newyear &
weddings.Dengan keadaan La Place yg di hujung tanduk ni,aku cuma
berharap bencana yg bakal berlaku nanti akan berlalu dengan tiada
cacat celanya.

Bicara tentang bencana,baru2 ni aku menonton filem terbaru lakonan
Keanu Reeves berjudul "The Day The Earth Stood Still".Filem remake ini
pada mulanya tak termasuk dlm senarai filem 'wajib tonton' aku.Yang
masuk dlm list aku sbg penutup Disember ini ialah filem thriller
tempatan Histeria.Tetapi fikiran aku berubah saat dicadangkan filem
lakonan Keanu Reeves itu.

Tanggapan asal aku ttg filem itu ialah bencana alam yg maha
hebat(sebab aku pnh sekali melihat trailer filem ini..tapi tak amik
port sgt).Aku pun tak buat research ttg filem ini sebagaimana yg akan
aku lakukan terhadap filem2 yg menarik.

Bertempat di pawagam GSC Pavilion pada Ahad lepas,sasaran aku ttg
filem ini jauh tersasar.Filem ini bukanlah berkisar ttg bencana
alam,sebaliknya fiksyen merepek ttg kunjungan seekor makhluk asing
bernama Klaatu lakonan Keanu yg dtg ke bumi utk 'mengambil' bbrp
sampel organisma bumi sblm bertindak utk 'mensterilkan' semula bumi
kepada asalnya-tanpa manusia.Turut bersama Klaatu adalah bebola sfera
yg mendarat di seluruh dunia.

Filem ini pada aku sebuah filem ringan yg over merepek entah apa2.Aku
dah banyak tonton filem2 ttg kunjungan makhluk asing di bumi tetapi
taklah se-ridiculous filem ini..

Well,I gave 4 stars out of 10.

*kecewa jugak dgn Cicakman 2 yang ditonton bersama seorang rakan.Tak
seperti yg diharapkan.

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment