January 11, 2009

Gangguan Resepsi Mawi



helloo.. Kali ni aku nak tulis pasal majlis resepsi perkahwinan Mawi dan Ikin yang baru saja habis ditayangkan di saluran Astro RIA tadi. Actually aku bukan peminat Mawi pun.Jauh sekali peminat Ikin... cuma aku nak saksikan perjalanan majlis yang diangkat sebagai "Wedding of The Year 2009" itu. Majlis yang berlangsung di hotel paling mewah di Malaysia iaitu Hotel Palace of The Golden Horses itu bertemakan arab dan timur tengah.Jadi hampir kesemua tetamu mereka mengenakan pelbagai busana yang bercirikan timur tengah.

Tapi aku bukan nak gosip pasal hotel itu mahupun baju2 yang dipakai oleh tetamu pada malam itu.Saje nak cuit sikit pasal gangguan yang berlaku sepanjang majlis itu berlangsung.
Pertamanya gangguan yang berlaku ketika pasangan pengantin dibawa menaiki kereta kuda menuju ke khemah utama.Sedang syok kuda berjalan,tiba2 bunyi satu letupan kecil berhampiran dgn kuda tu.Apa lagi terkejut lah binatang itu dan hampir lari. Masa tu aku dah fikir yang kuda tu akan lari ketakutan sambil mengheret Mawi dan Ikin.Tak sampai beberapa saat,ada lagi satu letupan yg membuatkan kuda itu takut. Aku pelik betul dgn pengurusan tu.Takkan la dorg tak tahu kuda sensitif dgn bunyi letupan.Kalau la jadi apa2 kat Mawi dan Ikin malam tu,mmg sejarah la..

Kemudiannya ketika bekas2 pelajar Akademi Fantasia 3 menyanyi...
Lagu terakhir diorang "Cinta Di Akhir Garisan" diganggu dengan kesilapan teknikal tang tak sepatutnya berlaku dalam majlis yg so called GRAND itu.. Nasib baik lah budak2 AF3 tu pandai cover nyanyikan lagu tu dlm versi acapella walau pada mulanya mereka terpinga2 dan ketawa2 kecil.

And last one ketika Zahid dan Felix mengambil giliran utk menyampaikan lagu "Ghazal Untuk Rabiah"....nyanyi lagu lain tapi keluar muzik lain..this time Zahid cepat2 cover ajak Felix berborak sementara tnggu soundman betulkan CD.
Yes apa yg dilakukan oleh mereka2 tadi sungguh profesional untuk siaran langsung macam tu.Tapi yg tak profesionalnya?? tenaga kerja tu tidur kot... *Mila sangat cantik seyh bergelek
**I LOVE THE WEDDING CAKE! so creative..

No comments:

Post a Comment