Long before the existance of blogging sites, it was a "taboo" for one person to read or knows about another person's life. whatever happened, whatever it says...whatever i say ; its my story to be shared.
July 03, 2009
Terlepas denda RM 30.00!!
Ahahaha...Hari ni kerja macam biasa.Masuk shif middle which is 12pm-8pm.Untuk hari ni aku dah ade plan untuk singgah di HSBC Leboh Ampang untuk memindahkan wang gaji aku ke beberapa akaun bank yg lain.So tadi aku dari tempat kerja di Mid Valley ke KL Sentral menggunakan tiket Komuter yg salah.Memang sengaja aku tak beli tiket ke KL Sentral.Sebenarnya tiket tu dari Bandar Tasik Selatan ke Mid Valley tapi aku tak gunakan tiket tu utk swipe.So aku simpan je tiket tu sbg "alasan" untuk ke KL Sentral..paham tak ape aku cuba sampaikan ni? bahahahahahah!!~
Sebaik menaiki Komuter ke KL Sentral,dengan selamba dalam nervousnya aku ke ticket gates dan swipe tiket tu dan tetibe..
"tiitttt tittttttt" -eh? apsal tak boleh masuk? Aku cuba lagi dan..
"tiitttt tittttttt" -alamak! kantoi la..
Habis la aku! Penumpang lain dah ramai kat belakang aku ni.Nak tak nak aku beranjak ke tepi dulu.Biarkan orang semakin beransur kurang dan aku pun berjalan menuju ke pemeriksa tiket di tepi gate tu dan pura-pura bertanya...
"kenapa tak boleh masuk ni?" tanya aku kpd pemeriksa tiket itu.Dia melihat tiket aku dan berkata..
"Ini tiket ke Mid Valley" kata pemeriksa tu.
"Saya tau tapi tadi saya tak turun kat Mid Valley.Saya terus datang sini.Lagipun tambang dari Bandar tasik Selatan ke KLSentral sama dengan Mid Valley kan?" aku meyakinkan pemeriksa tiket itu.
"Memang harga sama tapi gate ni berpandukan nama stesen yang penumpang naik" jelas si pemeriksa tiket itu lagi.
"Habis mcm mana ni? Saya dah pambat nak pergi bank.Emergency!" aku cuba menipu.
"Lain kali jangan buat macam ni.Sepatutnya kene denda RM 30.00 sebab naik Komuter tanpa tiket yg sah" bisik pemeriksa itu.Mungkin kerana di belakangnya berdiri seorang pegawai pemeriksa yang lain menyebabkan dia berbisik kpd aku.
Aku terkedu! Habis la kalu kena bayar denda tu.
"Dah cepat jalan.." kata pemeriksa itu dan aku pun terus keluar dari gate tu dengan lapang hati.
Lalu aku terus menyambung perjalanan ke Stesen Masjid Jamek menggunakan Putra LRT.Sampai di Masjid Jamek,aku terus HSBC dan keluarkan beberapa ratus wang dan kemudian ke Ambank...masukkan setengah yg dikeluarkan tadi dan bakinya aku masukkan pula ke akaun CIMB...
ahaks! merata2 simpan duit tapi cepat je pun duit habis~ lalalallala~
Selesai urusan,aku terus ke Bandar Tun Razak berjumpa dgn GFF aku si Nina Ribena...lepak dan makan2 sebelum aku pulang menaip blog ini...
Good Night!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment