July 02, 2009

Bahaya kasut CROCS!



Tengok tajuk dia,aku rasa tak ramai di antara kita di Malaysia ni tau akan bahayanya kasut getah berjenama popular Crocs.Yes kasut buatan Crocs adalah satu fenomena di seluruh dunia di mana "setiap orang mesti ada".Walaupun harganya agak mahal,tapi tatkala menyarungkan Crocs di kaki dan berjalan kemana2,terbit rasa bangga kerana memiliki Crocs.Disebabkan populariti kasut jenis itu juga,ada beberapa pembuat kasut yg lain telah "meniru" rekabentuk Crocs.Contoh yang paling tepat ialah ASADI.

Aku juga memiliki sepasang kasut ASADI yg 100% menyamai Crocs..Juga diperbuat drp getah tapi perbezaannya cukup ketara kerana Crocs mengandungi sejenis bahan getah unik yg dipanggil sebagai resin yang mana membuatkan permukaan tapak yg dipijak itu akan membentuk tapak kaki si pemakai..Sungguh selesa!

Tapi disini,aku nak kongsi dgn korang tentang beberapa kes yg agak menakutkan yang berlaku kepada pemakai2 Crocs di seluruh dunia.Setakat yg aku taip ni,dah ada lebih 40 kes yg sama berlaku iaitu "jari kaki hancur akibat crocs yg dipakai tersepit di escalator"
Berikut adalah beberapa gambar yang boleh korang tatap..


Dlm ISETAN Klcc pun ada reminder yg pebih kurang mcm ni..(info dr internet)

Ape2pun kan terpulang kepada kita untuk pakai kasut ni sebab aku sendiri bakal sambar satu pasang Crocs :) . Kepada korang yang nak lebih info pasal kes kasut Crocs tersepit kat escalator tu,mudah je..pegi je kat google dan taip : crocs escalator.

*renung2kan dan selamat beramal~

No comments:

Post a Comment