July 15, 2009

Shout Awards 2009



Hello uols~
Hm...last update blog was on the 3rd July.Alahai lamanya tak masuk sini.Bukan suka2 taknak update tapi line internet kat umah aku ni asyik2 kondem jek.Dulu sebelum kami serumah install wireless internet kat rumah ni,kami selalu "menumpang" satu network wireless ntah dari mana..itupun liputan dia amat2lah sedih..tapi dapatlah kalau2 nak check Myspace or Facebook.Kalau bernasib baik,sempat la tgk Youtube!

By the way,kali ni nak cerita pasal anugerah terbaru yang dikhususkan kepada penggiat seni dari arena TV,muzik,pengacaraan,radio dan penampilan iaitu Shout Awards 2009! Aku mulanya tak amik kisah sangat pasal award ni sebab ketika menonton teasernya di 8tv,aku tertanya-tanya; "ape mende ni??"

Then semakin dekat dgn event tu,baru lah aku tau ianya satu anugerah yang pada aku tiada prestijnya..melainkan hanya ingin mengisi slot2 anugerah yg sedia ada di Malaysia ni.Boleh dikatakan kepada bakal pembawa pulang anugerah Shout tu nanti ialah "hanya sekadar mengisi almari trofi kat rumah masing2" ahaks!

Anugerah yg berkonsepkan urban ini bakal disiarkan secara langsung di 8tv dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 17th July 2009 nanti bermula pada pukul 8.30pm dan yang bestnya ialah......I WILL BE AT THE SHOUT AWARDS EVENT!! wowhooo!!!

*dapat 5 keping tiket ke Shout Awards :)

No comments:

Post a Comment