Long before the existance of blogging sites, it was a "taboo" for one person to read or knows about another person's life. whatever happened, whatever it says...whatever i say ; its my story to be shared.
April 09, 2007
Jangan Pandang Belakang...
Haaaaa...
apa yang boleh aku katakan tentang filem seram terbaru yang aku tengok ni adalah level keseramannya memang berjaya membuat aku diselubungi ketakutan selepas menontonya.Sama seperti filem Chermin yang aku tonton bersama dgn Elmo sebelum ini.Jarang sekali filem seram tempatan yang berjaya membuatkan aku terbayang2 rupa hantu itu.Aku menonton filem ini untuk tayangan midnight bersama BB dan Amran.Walaupun Amran dah tengok filem ini,tapi dia tetap gagah masuk panggung lagi untuk kali kedua.Penuh jugak panggung semalam.Rata2 penonton adalah melayu.Sewaktu filem dimainkan,sekali sekala kedengaran penonton menjerit kerana tersentak dengan beberapa babak seram yang tiba2 keluar.Amran jgn cakap lah...siap tutup muka sambil kaki naik atas seat!Hahaha..
apa2 pun aku betul2 enjoy filem Jangan Pandang Belakang itu..rasanya akan ada sequel sebab saka tu ditanam sebagai penunggu betul2 di hadapan rumah kampung tu.
*Thanks Amran sebab belanja movie utk aku dgn Amir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment