August 17, 2010

Sleeping Beauty

Semalam tak update pun blog.
Bukan kerana malas ataupun terlupa, tapi aku tak gigih untuk bangin menaip dek kerana penangan ubat selsema.
Memang layan tidur ku sepanjang hari minggu. Seharian aku tidur di bilik. Sekali sekala bangun ke bilik air dan jenguk2 skrin laptop.
Tetapi berat mata yg dipengaruhi ubat tidur itu sungguh asyik......lalu aku terlena jua sehingga ke petang.

Pukul 7pm, aku bingkas bangun untuk ke bazaar Ramadan yang terletak hanya di bawah rumah.
Berseluar bermuda dan berbaju tshirt, aku melangkah ke bazaar. Masih ramai umat manusia yang membeli makanan untuk berbuka.

Petang itu aku membeli sebungkus nasi kerabu dan sebungkus air jagung.

"air jagung dik? dua bungkus RM1.00"

"hah!? dua bungkus RM1.00 ??" banyak la pulak. Sape je nak minum?

"sebungkus dah la bang..saya berbuka seorang"

Usai mendapatkan makanan berbuka, aku terus naik dan menuju ke bilik. Hidung aku masih lagi gatal2 dan berhingus. Memang tiada mood langsung untuk menegur teman serumah yang sibuk bermain PS2 di ruang tamu. Aku terus melangkah masuk ke bilik dan dengan tidak sengaja terhempas pintu bilik dengan kuat. Aku tak tahu lah apa sangkaan teman serumah aku yang menyaksikan adegan itu. Maaf lah ya kawan, aku tidak sengaja.

Berkumandang azan Maghrib menandakan tiba waktu untuk berbuka.
Aku makan dan makan dan makan....seharian perut kosong tanpa menjamah apa2 makanan..
hanya berbekalkan nasi bujang yang aku makan ketika sahur pagi itu.

Selesai makan, aku tertidur dengan laptop yang masih terpasang...aku tertidur kira2 jam 9pm

Tiba2 tidur aku diganggu dengan deringan handphone yang lantang...
Aku melihat nama pemanggil..tertera nama Abah di skrin telefon.

"hello........" dengan nada yang kurang bermaya kerana mengantuk

"adik, adik kat mana tu?" tanya Abah

"adik kat rumah.."

"tak kerja ke?"

"kerja?! kerja apa pagi2 buta ni Abah??" tanya aku kehairanan

"apa!? pagi2 buta?? hai~ baru pukul 1145pm ni dik"

Erk! 1145pm? aku terkejut lalu melihat ke luar tingkap, masih gelap...kemudian mengalih pandangan ke arah handphone kedua ku yg sedang dicaskan baterinya..1145pm!! Ya Allah, aku mati2 ingatkan pukul 430am!
Ye lah kan, selalunya Mak dan Abah akan call aku untuk sahur, sebab itu aku sangkaan yang pada waktu itu masih lagi pagi2 buta! Rupanya baru pukul 1145pm..aku baru tidur selama 2 jam lebih..

Hm...hebat jugak kesan ubat itu..terasa lama benar waktu tidur ku... =)

Kemudian aku sambung lagi tidur...dan...terus tertidur.....

--
Haie Ahmad

1 comment:

  1. i kalu telan any flu tablets macm dah x berkesan...maklum lah dari kzaman hadek2 dah sinus. rindu rasa nak mengantok kerana ubat~

    ReplyDelete