Long before the existance of blogging sites, it was a "taboo" for one person to read or knows about another person's life. whatever happened, whatever it says...whatever i say ; its my story to be shared.
August 06, 2010
Pengakuan ex-bf ; Jangan mempersiakan pasangan anda
JANGAN sia-siakan pasangan anda.
Itu intipati yang akan aku kongsikan bersama pembaca blog aku. Aku rasa terpanggil untuk menaip teks ini setelah aku kenang kembali tindakan aku terhadap pasangan aku yang sebelum2 ini. Ada dua kenangan yang masih berbekas di dalam hati aku ketika bersama dengan Amir dan Arez. Kini aku kehilangan kedua2 mereka dan apa yang pasti tidak seorang pun daripada mereka akan kembali bersama aku.
Dalam sesuatu perhubungan,setiap pasangan inginkan kejujuran dan perhatian yang sepatutnya diterima dan diberi oleh kedua2 belah pihak. Yang penting, kepercayaan. Itulah yang membuatkan rencah dalam sesuatu perhubungan itu untuk kekal....walaupun tak lama.
Mengambil contoh hubungan aku dengan Amir yang bermula ketika penghujung December 2006 sebelum secara rasminya aku dan dia bersetuju untuk berpacaran pada Februari 2007. Sepanjang perhubungan aku dengan Amir, kami sangat2 rapat dan bahagia bersama di awal perkenalan. Kalau dah nama pun pasangan, tipulah kalau kami tidak pernah sekali bertengkar. Tetapi setelah aku kenang kembali, aku lah yang banyak kali menyakiti hatinya.
Kerap kali aku ingkar larangannya yang sememangnya bertujuan baik untuk hubungn kami. Sejujurnya aku sangat sayangkan dia walaupun kami kerap ke arah pertelingkahan di akhir2 perhubungan kami. Berani aku katakan bahawa Amir satu2nya pasangan aku yang terbaik, yang memahami dan berkongsi segala minat yang sama. Itulah punca kami bertahan selama 2 tahun. Amir tidak pernah menghalang segala aktiviti aku sekiranya dia merasakan yang aktiviti itu tidak menggoyahkan hubungan kami. Amir begitu jujur dengan aku tetapi aku mencalarkan kepercayaanya terhadap aku.
Di akhir2 perhubungan kami, boleh dikatakan kami kerap bertengkar. Tetapi tidak pernah sekalipun aku melepaskan kata ingin berpisah. Aku tak sanggup kerana aku sangat sayangkan dia. Seingat aku, 4 kali dia meminta putus dari aku. Tetapi kami kembali bersama kerana sayang yang kuat. Dua tahun cinta disemai, dipupuk dan dijaga.. Empat kali putus bersambung cinta, akhirnya aku yang meninggalkan Amir.
Kewujudan orang ketiga yang muncul tatkala aku sedang bertelingkah dengan Amir telah membuatkan perhatian aku beralih kepada Arez Point yang ingin aku sampaikan di sini adalah; seteruk mana pun kamu bertengkar dengan pasangan, ingatlah bahawa dia sebenarnya sayangkan kamu. Jangan sesekali kamu mencari orang ketiga untuk meluahkan segala masalah kamu dengan pasangan dgn niat untuk mengalihkan perhatian kamu daripada pasangan kamu kini. Seeloknya, carilah teman yg betul2 rapat. Bukan orang luar yg baru dikenali.
Arez muncul ketika aku berada dalam masalah dengan Amir. Perhatian yang diberikan membuatkan aku buta kerana aku sepatutnya memujuk Amir. Didesak oleh keras kepala dan ego, aku dengan mudah meninggalkan Amir untuk bersama Arez. Amir, orang yang aku sanjung puja selama 2 tahun sebelum ini ku lepaskan begitu sahaja. Amir ada memujuk aku untuk kembali kepadanya tetapi aku enggan. Malah dia pernah berharap bahawa aku sedar aku membuat keputusan yang salah dengan meninggalkannya.
Ya benar telahan Amir. Aku sudah membuat keputusan yang salah. Kini aku menanggung kesal yang tidak berkesudahan. Kesal kerana melepaskan dia pergi. Aku hanya kerap bertanyakan tentang Amir melalui teman baiknya Shazzy. Kini Amir? Dia peduli apa pasal aku. Dia langsung tidak ambil kisah kehidupan aku kini. Hidup mati aku kini bukan lagi masalah bagi dia. Walaupun telah memaafkan aku, aku masih belum cukup puas untuk bebas berfikir tentang kemaafan yang dia berikan. Aku yakin sampai mati aku akan menyesali tindakan meninggalkan dia. Itu aku pasti. Bersarang dalam kepala.
"go on with your life. Find someone new. U can do it" -kata Amir sewaktu aku meminta nasihat daripadanya tentang cara untuk aku melupakan Arez. Aku minta nasihat dari bekas kekasih?? Betulkan tindakan aku? Dalam pada ketika aku sangat2 bermasalah dengan Arez, aku selalu terkenangkan Amir. Adakalanya hampir bergenang airmata memikirkan kesilapan aku meninggalkan dia. Pada aku, Amir cukup kuat. Sangat tidak mudah rapuh. Dia berhati kering dan ikut kepala sendiri. Aku tidak pasti samada dia mudah melupakan aku selepas aku meninggalkan dia ataupun tidak. Tapi, selepas apa yang berlaku terhadap aku dengan Arez, aku sedar setidak2nya Amir tidak pernah curang dengan aku sepertimana Arez. Amir jujur. Rajuknya sekejap. Marahnya sekejap. Meluatnya sekejap. Semuanya sekejap.. Tidak simpan di hati..I don't know.
Ketika bersama Arez, aku terbawak perangai aku sewaktu bersama Amir iaitu online, shopping, movie dan berbelanja. Itu yang membuatkan Arez mula mengawal perilaku aku. Aku mula rasa terkongkong. Ye lah kan..dengan Amir aku bebas ke sana sini dan buat apa saja sebab aku dan Amir berkongsi hobi dan minat yang sama. Malang sekali dengan Arez, dia bukan orangnya. Sangat silap. Arez memaksa aku mengikut acuan hidupnya. No online, no shopping, no outing except dengan teman baik aku Zaidah. Kalau aku berjumpa Zaidah sekalipun, aku dipaksa pulang sebelum 10 malam!. I'm an owl..I don't sleep before 3 am. Even owl don't sleep till morning!
"Amir is better than him. I like Amir more than him" kenyataan dari mulut Zaidah yg membuatkan aku terdiam dan kesal.
Teks aku kali ni lebih menjurus kepasa pengakuan dan penyesalan seorang lelaki kerana mensia2kan pasangannya. Aku mensia2kan Amir. Berkali aku meminta maaf dan berkali2 pun dia memaafkan aku, aku tetap belum rasa lega. Aku tak tahu apa yang aku perlukan lagi. Putar kembali masa? How I wish that Doraemon is real. How I wish that the X-Mens are real..how I wish that at least, to have a DELETE button in my palm =)
Sekali seseorang itu menyesal atas perbuatannya, mereka akan berani untuk berkata bahawa mereka akan menyesal sampai mati. Dalam kes aku, juga berani berkata begitu. Aku tak layak melukakan hati Amir dan juga tidak sepatutnya perlakukan dia sebegitu dahulu....
Dalam Facebook, aku menambah Amir sebagai teman sosial. Dia tidak mempertikaikan malah tidak sekali menyekat aku daripada meninggalkan beberapa komen. Cuma ada beberapa kali dia menghantar sms menegur kerana tersinggung dengan beberapa bait perkataan dalam komen aku itu yang tidak sepatutnya begitu. Aku akur dan hormat permintaan dia. Aku perlu jaga hati dia kerana aku kini bukan siapa2 pada dia. Cukuplah aku merosakkan hatinya dulu dan kini aku takkan buat dia tersinggung lagi. Apa yang lepas antara kami, sudah berlalu.
Sebagai bekas kekasihnya, yang pernah berkongsi susah senang bersama Amir, aku memuji kekuatan yang ada pada Amir dalam mengharungi hidupnya selepas aku tinggalkan dia. Lebih tepat, selepas aku sia2kan dia. Walau sudah setahun berlalu, aku masih rindu ketika kami tinggal di Damansara.
Kini tiba giliran aku menjalani hidup setelah ditinggalkan Arez.
Akan ku jadikan kekuatan Amir sebagai pendorong untuk aku terus berpijak dan bernafas. Jika Amir boleh bergembira kini bersama kehidupannya, kenapa tidak aku. Aku masih ada Zaidah sebagai api dan kenangan bersama Amir sebagai bahan bakarnya.
Satu pesan aku kepada kawan yang lain, jangan sia2kan pasangan anda..gaduh or bertekak, its a flavour in our relationship. Its up to u wether to taste it or leave it...but don't share it with others coz u will regret once it over..
Terima kasih Amir =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
so inspiring and motivating. from the way u wrote, i know it comes from your heart. be strong, and learn from the mistake. :)
ReplyDeletethank you :)
ReplyDeletethank you :)
ReplyDeleteit's good
ReplyDelete