August 04, 2010

Al - Andalus

Al-Andalus

Seperti yang dirancang sejak seminggu yang lepas, aku bersama beberapa
rakan sekerja akhirnya menjejakkan kaki di Al-Andalus iaitu sebuah
restoran Lubnan yg terletak di Jln Damai, Kuala Lumpur. Terdapat
pertikaian yang berlaku antara aku dgn Syafiq tentang lokasi restoran
itu tetapi itu tidak menjadi halangan. Apa yang penting bagi kami
semua adalah menikmati shisha murah yang terdapat di situ. Kami yang
aku maksudkan di sini ialah rakan2 sekerja aku iaitu Syazwan, Syafiq,
Hanis, Izad, Megat dan aku sendiri.

Sementara menunggu Syafiq mengambil kereta di rumah, kami yang lain
meluangkan masa di Starbucks sambil berbual kosong.. Dari perbualan
merepek si Megat sehinggalah drama yang disambung oleh Syazwan. Aku
sekadar pendengar yang sesekali memberi komen. Mendengarkn cerita dari
mulut Syazwan, tidak ku sangka rupanya ada lagi sekelompok manusia
yang berhati 'sebegitu'.

Jam menunjukkan kira-kira 1am..

Kami semakin rancak berborak sebelum dikejutkan dengan bunyi hon
kereta Unser yg dipandu oleh Syafiq. Terus kami bergegas meninggalkan
meja di Starbucks dan meluru masuk ke dalam kereta. Sepanjang
perjalanan ke Andalus, Megat lah yang menjadi badut di dalam kereta
itu. Setiap butir bicara yg keluar dari mulut anak jati Pahang itu
pasti disambut dengan hilai tawa kami semua.

Setibanya di Andalus, hari masih lagi hujan renyai..
Kami mengambil tempat berbumbung di hadapan skrin itu.
Akan tetapi malang bagi aku kerana twempat duduk aku itu mengalami
kebocoran bumbung! Setiap titisan air hujab itu jatuh tepat di
hadapan. Tidak mahu merosakkan suasana, aku bingkas menolak meja
sedikit ke hadapan. Untuk mengelakkan dari terken tempias.

Kami memesan 3 tiang shisha, 2 pinggan chicken thigh, 3 Barbrican
drinks, a pot of lime tea dan aku sendiri memesan peach & orange
juice. Kelihatan ramai pelanggan di malam itu..semakin hari menjegah
ke lewat pagi, semakin ramai pengunjung yang melabuhkan punggung...

Meja kami meriah dengan "kewujudan" Megat sebagai pak lawak. Ini kali
pertama Megat mengikut kami overnight dan ini kali ketiga aku bersama
mereka. Sepanjang di Andalus, bergelak ketawa bermain PSP, iPod dan
melayari internet. Aku pulak dah semacam ting tong sebab terlalu
banyak asap. Tertido! Boleh? Hahahah

Kami pulang lewat jam 430am. Jalan raya di sekitar Kuala Lumpur
sangat2 tenang dan memudahkan perjalanan kami. Kereta dipandu singgah
ke Mid Valley untuk menghantar Hanis ke tempat simpanan motornya
sebelum ke Bdr Tasik Selatan menghantar aku pulang.

Demikianlah kisah pekerja2 harapan SEEDcafe melepak di Andalus utk
edisi overnite pada kali ini. Hahahah..

*nanti kita naik Genting pulak nak? hehehe

-
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment