June 15, 2010

Waka waka..its time for Africa!

Yehaaa! Sudah tiba masa untuk World Cup 2010!
Tahun ini South Africa menjadi tuan rumah untuk World Cup edisi 2010.
Aku pada mulanya tidak yakin akan kemampuan negara miskin tersebut
untuk menganjurkan acara bola sepak terbesar dunia tetapi siapa tahu
kriteria2 yang dipandang oleh FIFA kan? apa2pun tahniah kepada South
Africa kerana berpeluang menjadi hos liga terbesar itu.

Seperti edisi2 World Cup terdahulu, negara2 yang menjadi pilihan aku
adalah ITALY, FRANCE, ARGENTINA dan GERMANY. Aku sebenarnya tidak
berminat dengan bola sepak. Apa tah lagi mengikuti perkembangan
sesuatu perlawanan itu tetapi lain jadinya ketika World Cup
berlangsung. Aku boleh datang dari Rawang ke Bkt Bintang semata2 untuk
bersama2 dengan peminat fanatik bola sepak yang lain menyaksikan Italy
membenam France pada final World Cup 2006 di German dahulu. Berbaju
biru tertera perkataan "ITALIA" di belakang, dengan face painting
bendera Italy di pipi, aku bersama rakan2 berpesta di Bkt Bintang.

"what!? Haie is watching football?" kata beberapa rakan.

Yes, I will watch a world tournament only; World Cup or EURO Cup.

mana2 rakan yang dah "kenal" dengan aku, memang tak percaya aku
menonton bola sepak tetapi mereka percaya aku satu2nya rakan ***
mereka yang menonton bola sepak.

Aku pernah tanya kepada seorang kenalan;

"Joe, ko ade kenal mana2 *** yg layan bola tak?"

"ada. Its u. The one and only *** that I ever knew watching football"
- balas Joe. Aku tergamam kejap. Hai meh??

Well, aku tak rasa pelik atau bercanggah dengan hukum seorang ***
untuk menonton bola sepak. Football untuk semua orang dan for me, I
can only say that I watch World Cup because it is a huge event ever in
the world yang hanya datang empat tahun sekali. Kalau aku seorang ***
menonton bola sepak, its my rights. Sumpah aku tak tahu siapa kapten
pasukan itu dan ini...sumpah aku tak tahu siapa yang jaringkan gol
sebentar tadi..sumpah aku tak tahu siapa yg berjersi nombor 10
itu....dan sumpah aku tak tahu langsung nama coach pasukan itu dan
ini...hahahha.

I don't know why coz I love BLUE color..
I guess that's the main reason why I picked Italy, France and
Argentina as my favourite giants...except German coz I like the jersey
design after one of my crush wore it during Germany 2006 =p xoxo!

*waka waka! Its time for Africa!

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment