June 04, 2010

COCO sudah tiba!!


Akhirnya!!!!!
Bilik aku yang sunyi sejak akhir2 ini sudah menerima penghuni baru. Seekor hamster baka Winter White jantan kini menghuni bilik aku. Hamster ini merupakan hadiah hari lahir aku yang diberi oleh teman baik bernama Zaidah =) . Balik saja dari kerja pukul 6pm tadi, aku menunggu Zaidah di Mid Valley untuk sama2 membeli hamster ini. Aku namakan peliharaan aku ini sebagai Coco. Itu pengaruh filem fesyen Coco Avant Chanel yang aku tonton bersama dengan Zaidah pada hari lahir aku beberapa hari lepas.

Sebaik Zaidah tiba di Mid Valley, kami terus menuju ke Pets Wonderland yg terletak di tingkat tiga mall itu. Rasa teruja dan seronok sebab nak memiliki semula hamster. Sebelum ini pun aku pernah membela beberapa ekor hamster tapi sekadar bela main2..bukan serius. Di dalam pet store itu, kami mengambil masa untuk memilih beberapa aksesori untuk hamster yang bakal dibeli..setelah ditolak campur segala keperluan..akhirnya kami decided untuk mengambil pakej "hamster kit" sahaja.

Sebuah hamster cage lengkap dengan exercise wheel, drinking bottle, foods, chew yoghurt, dan habuk kayu dan seekor hamster yg menjadikan nilai keseluruhan pakej itu RM 96.00. Kini bilik aku sudah ada hamster...bernama Coco. InsyaAllah aku akan beli lagi seekor betina sebab Coco ni jantan..nanti dia horny sekor2 dalam cage tu. At least ada lah teman bergaduh dia nanti.. =)

*Thank you Zaidah for the tikusss~

No comments:

Post a Comment