Hari lahir aku. Setelah kepenatan berjalan sehingga awal pagi bersama
Amran, Ricee dan Danial, pagi ini aku sudah bersedia untuk giliran
Zaidah membawa aku keluar. Manakan tidak, dia sudah "menempah" aku
seminggu lebih awal untuk keluar bersama dengannya pada hari lahir
aku.
Aku call Zaidah sekitar jam 11pagi dan dia baru sahaja bangun dari
tidur. Mengambil masa sekitar 1jam utk bersiap, aku sempat memeriksa
Facebook dan Twitter. Masih tidak putus2 ucapan hari lahir yg aku
terima dari teman2. Terima kasih semua! I love you!
Setelah bersiap, aku terus ke Bdr Tun Razak berjumpa dgn Zaidah
sebelum kami meneruskan perjalanan ke Pavilion KL. Tidak pernah jemu
aku menjejakkan kaki ke sana. Tempat paling hip untuk bersama teman2.
Setibanya di Pavilion, kami terus ke pawagam GSC untuk aku menebus
voucher hari lahir bagi membolehkan aku menonton filem percuma. Oleh
kerana kami gemarkan fesyen, lalu kami berdua bersetuju untuk memilih
filem autobiografi fesyen dari Perancis iaitu "Coco Avant Chanel" yg
membawa maksud 'Coco before Chanel'. Sebuah karya yg mengangkat kisah
perintis awal jenama CHANEL bernama Gabrielle 'Coco' Chanel. Sebuah
filem yg bagus dan agak membuatkan aku terus melekat di kerusi hingga
ke akhir filem.
Usai menonton, kami berjalan di sekitar Pavilion. Window shopping
sekadar cuci2 mata dan kami masuk ke butik Cotton On. Zaidah mencuba
beberapa baju sementara aku meninjau2 koleksi bahagian lelaki sebelum
aku dikejutkan Didi! Oh hahahah its Didi Asbullah..ex-Kalibre! Tak
sangka betul aku boleh terserempak dgn Didi dalam tu. Kami berbual
sekejap dan dia sempat mengucapkan happy birthday kpd aku. Aku
meninggalkan Didi bersama teman2nya sebelum aku dan Zaidah masuk ke
Parkson.
Dalam itu pulak aku terjumpa Zach, juga ex-Kalibre! Wahaha.. Seperti
Didi, Zach juga tak lupa utk mengucapkan selamat hari lahir kepada
aku. Kami berbual sebentar. Tak mahu mengganggu dia yg sedang bekerja.
Selepas itu, aku dan Zaidah turun ke bawah utk minum dan kami memilih
OldTown White Coffee yg terletak di tingkat LG Pavilion. Di situ kami
berbual, bergosip dan mengutuk pakaian2 pengunjung di situ yg
dirasakan kelakar. Lama jugak kami di situ sebelum berangkat pulang
sekitar jam 7pm =)
*what a nice birthday experience I had. Good friends and foods!
--
Haie Ahmad
No comments:
Post a Comment