hari lahir aku yang ke 25 tahun yang jatuh pada 29 Mei! Oh sudah masuk
suku abad rupanya aku ni. Di Facebook, aku sudah mula menerima ucapan2
hari lahir daripada teman2 sosial. Dari teman lama di Puchong, kawan2
di Rawang, rakan sekerja di SEED, member2 melepak sehinggalah friends
di Facebook yang aku tak berapa kenal. Terima kasih kepada semua.
Malam sebelum 29 Mei itu, aku terima mesej dari amran. Dia mengajak
aku ke McDonalds malam tu. Sukanya aku sebab mesti dia akan belanja
aku McFlurry Oreo yang aku suka tu. Beberapa jam kemudian, aku pulang.
Sebaik tiba di stesen Bdr Tasik Selatan, Amran sedia menunggu dan kami
terus ke Kg.Baru untuk bertemu dengan beberapa orang temannya. Tidak
jadi untuk ke McD. Sebaik tiba di Kg.Baru, kami menunggu ketibaab
kawan si Amran ni dan beberapa minit kemudian, Ricee dan Danial tiba.
Menaiki kereta Danial, kami berkira2 untuk ke mana pada malam itu.
Ricee dan Danial sempat mengucapkan selamat hari lahir kepada aku.
Di dalam kereta, kami berbual2 dan bersetuju untuk ke Bukit Bintang.
Kereta yg dipandu Danial dipacu terus ke bawah parking Starhill.
Kemudiannya kami berjalan kaki ke Starbucks Pavilion. Di sini lah
Amran membelikan aku minuman kegemaran yg juga termasuk dalam senarai
wishlist untuk hari lahir aku iaitu green tea frappucino...biggest
size! Thanks Amran!
Kami melepak di Starbucks sehingga ke pukul 1am sebelum kami naik ke
tingkat atas untuk minum2 di Rainforest Sports Bar yg terletak di
tingkat 1 Pavilion. Suasana di dalam itu sangat2 meriah dgn bunyi
dentuman muzik yg kuat. Aku ikut sama mengikut rentak lagu. Terdapat
beberapa pengunjung yg leka menari dan di dalam itu jugalah DJ bar itu
melaungkan "happy birthday Haie!!!" . Itu semua kerja si Amran. Entah
bila dia bocorkan tentang kehadiran aku sebagai birthday boy pada
malam itu! Terkejut aku...dan juga segan2 kerana org memandang dan
senyum2. =p
Ini lah birthday yg paling penat aku lalui..
Kami pulang semula ke Kg.Baru untuk makan!
Perghhh!! Makan lagi? Yes Amran belikan aku kueh teow basah..sedap
tapi aku tak dpt habiskan kerana kepenatan..letih dan exhausted!
Terima kasih Amran, Ricee dan Daniel =)
*akan ke Pavilion pada keesokan harinya
--
Haie Ahmad
No comments:
Post a Comment