June 02, 2010

Damansara + theGARDENS


Hari ini aku ke Damansara berjumpa dengan si Kathy. Lama dah tak bertemu dengan bekas rakan sekerja aku di Damansara dulu. Aku bergerak ke sana sekitar jam 12pm. Terus ke tempat kerja Kathy di TropicanaCity Mall. Sebaik bertemu Kathy, kami berbual sementara dia sedang sibuk bekerja. Tidak mahu menggangu Kathy, aku membuat keputusan untuk berjalan di sekitar mall itu sambil2 mencari lokasi untuk aku mengisi perut yang kosong. Kathy pula memberikan aku sedikit wang untuk aku membeli tiket wayang dan aku memilih filem SHREK pada kali ini.

Usai menonton filem, aku kembali bertemu Kathy kerana kami telah bercadang untuk makan bersama petang itu. Tetapi Kathy keluar dgn muka yg agak bersalah. Dia tidak boleh keluar pada pukul 5pm seperti yg diberitahu sebelum aku menonton filem itu. Kata Kathy, rakan sekerjanya yg kejam itu tidak membenarkan dia utk keluar makan kecuali pada pukul 6pm! Tak boleh lah sebab aku kena berada di Zouk sekitar 630pm untuk bersama Zaidah dan Lana. Nampak riak kecewa di wajah Kathy. Aku tau dia rasa bersalah sebab aku datang dari jauh. Tapi aku sendiri faham keadaan dia. Aku tidak memaksa dan aku suruh Kathy sambung kerja dan aku mengambil keputusan untuk terus ke Zouk.

Hujan di luar mall agak lebat..aku menunggu shuttle bus untuk ke stesen LRT Kelana Jaya. Sambil tunggu, sambil menghirup hot latte yg aku beli dari Starbucks. Tunggu punya tunggu...bau asap bas pun tak nampak, lalu aku bingkas bangun dan menahan teksi yg sedang dipandu masuk ke perkarangan mall. Aku terus ke stesen Kelana Jaya dan seterusnya menuju ke KLSentral. Dari situ, aku naik pula Komuter yg maha lembab nak mampos terus ke Mid Valley. Sebaik tiba, aku terus ke SEEDcafe untuk mengalas perut yg berkeroncong lapar. Sementara menunggu Zaidah dan Lana tiba dari tempat kerja mereka.

2 jam lepas itu mereka pun tiba. 2 jam!? yes sebab hujan dan jalan sesak. Tau lah kan jalan2 kat KL ni kalau hujan mesti teruk gilers sesak..dan kami menuju ke Zouk cafe yg terletak di TheGARDENS mall.


Kami mengambil sudut sofa yang agak menarik dan selesa. Smoking area itu penting. Aku, Zaidah dan Lana mengambil masa yg agak lama untuk memilih makanan. Kami membuat perbincangan kerana kami bukan sekadar makan2 di situ, tetapi ini juga merupakan kerja untuk Zaidah membuat review tentang makanan2 yg ada di situ untuk dimuatkan di dalam foodblognya. =)

Tiga makanan dipesan bersama tiga minuman. Kami berkongsi kesemua makanan untuk merasa dan membuat penilaian. Paling terbaik pada mlm itu adalah pilihan Zaidah iaitu Fettucini Carbonara! Aku memesan Steak Sandwich sementara Lana memesan Aglio Olio. Sementara minuman pilihan Lana adalah Butterscoth Milkshake, aku memilih Oreo Milkshake dan Coffee 'margharita' style utk Zaidah. lebih kurg kopi ais lah.. hehe..

Kami makan..makan..makan..makan..dan makan dan pulang pada jam 10pm.. Aku bergegas pulang untuk catch Desperate Housewives! Gabrielle Solisssss i love you!

No comments:

Post a Comment