August 12, 2010

kalau bukan kerana Myspace...

Dah lama aku nak blog pasal tajuk ini tetapi kerap kali "terlupa" dan ade sikap "nanti lah dulu...."
Hahahahah..well pagi ini, selepas sahur aku terima SMS bersahur dari adik angkat aku Fatin Azira.

"abang, dah bangun sahur ke belum?"

"dah..abang kat kedai makan ni..mama masak ape?"

"masak biase2 je..abang jemput makan k"

"jemput2..

Lantas aku teringat untuk terus menaip blog ini dengan cepat. Berkisar tentang bagaimana Myspace menemukan aku kembali dengan adik angkat aku itu setelah beberapa tahun kami terpisah.

Hendak diringkaskan cerita, semasa keluarga kami menetap di Kuala Lumpur, ada seorang lelaki melayu ini datang ke rumah bersama seorang bayi perempuan kecil dan beberapa dokumen bayi itu dan juga bersama beberapa helai lampin. Mak aku masa itu terkejut sebab tidak pernah mengenali lelaki itu.

"akak, boleh tolong saya jaga anak saya ni tak?" kata lelaki itu

"awak ni siapa? kenapa nak suruh akak jaga bayi kamu ini? ibunya mana?" tanya mak aku sambil terpinga2

"saya dan isteri ada masalah. tak tahu nak mintak tolong siapa jaga. saya dapat tahu akak mahu anak perempuan dan sedang mencari anak perempuan utk dibela kan?" terang lelaki itu lagi

Mak terdiam...
Mak dukung bayi comel itu yang pada anggaran aku berumur 1-2 tahun pada waktu itu.
Selepas dari peristiwa itu, bayang lelaki itu langsung tidak kelihatan. Lelaki itu cuma meninggalkan alamatnya untuk dihubungi kerana pada waktu itu masih kurang perkhidmatan telefon bimbit.

Dan bermula lah kisah kehidupan bayi perempuan itu bersama keluarga kami. Mak dah anggap Fatin sebagai anak sendiri malah kami sudah anggap dia sebahagian dari ahli keluarga. Fatin membesar bersama kami sehingga dia berumur 5 tahun. Banyak perkara yang berlaku ketika dia tinggal bersama kami. Dari usaha mak dan abah untuk menjejak keluarga asal bayi itu sehingga membawa kami semua ke negeri Kedah untuk berjumpa dengan datuk dan nenek kepada Fatin.

Tetapi ketika Fatin berumur 5 tahun, ibunya muncul dan Fatin sendiri kurang pasti samada perempuan itu adalah ibunya. Pada waktu itu kami sekeluarga sudah berpindah ke Puchong. Ibu Fatin muncul dan menyatakan hasratnya untuk berkahwin semula dengan lelaki lain dan juga berhasrat untuk mengambil Fatin untuk dibela semula.

Pada saat ini, cuba kamu semua bayangkan perasaan mak dan abah aku yg berat untuk melepaskan Fatin pergi. Sudah dibela dari kecil sehingga berusia 5 tahun, tetapi akhirnya terpaksa diserahkan semula kepada ibunya. Mak akur dengan permintaan ibu Fatin dan aku sendiri nampak perubahan mak sejak itu. Mak dan abah sangat2 rindukan Fatin kerana mereka tiada anak perempuan.

Selepas itu kami sekeluarga terputus hubungan dengan Fatin dan ibunya...
Rindu mak dan abah kepada Fatin terubat dengan kehadiran adik bongsu aku Anis Nabilla yang lahir pada tahun 1996.
Akhirnya mak dan abah tersenyum kerana mendapat cahaya mata seorang bayi perempuan.

Tahun 2007..

Pada ketika ini, kami sekeluarga sudah menetap di Rawang.
Aku pula tinggal di Damansara kerana bekerja di kawasan itu.
Bulan depan akan masuk bulan May. Aku paling suka bulan May kerana aku berkongsi bulan kelahiran bersama adik perempuan aku Anis (28 May), aku (29 May) dan juga mak (31 May).

Aku pada waktu itu sedang berkira2 untuk menghadiahkan apa kepada mak.
Nak beli hadiah berbentuk barangan pun aku tidak tahu apa yang sesuai untuk mak, sehinggalah aku terfikir untuk menjejaki semula adik angkat aku Fatin Azira itu. Mak mesti seronok kalau dapat bertemu dengan anak angkatnya yang sedah beberapa tahun terpisah itu. Tapi bagaimana untuk aku mencari? Aku tiada langsung kesan tinggalan Fatin untuk aku jejak. Kemudian aku terfikir tentang laman sosial Myspace.

Siapa saja anak muda muda pada tahun itu tiada Myspace?? memang kolot lah..

Lalu aku memulakan pencarian..
Aku menaip nama "Fatin" di dalam ruangan search dan aku browse satu persatu.
Memang banyak lah result profile page yang keluar dengan nama "Fatin" tetapi aku tapis satu persatu berdasarkan umur pemilik profile2 itu. Aku tidak pasti berapa umur Fatin ketika itu tetapi aku anggarkan dia mungkin sudah berusia 13-14 tahun.
Tapisan demi tapisan aku buat sehingga membawa aku ke satu profile Myspace milik Fatin Emilia.

Kenapa aku berhenti di profile Fatin Emilia?
Itu adalah kerana ketika aku mengecilkan pencarian, profile milik Fatin Emilia itu lah yg keluar setiap kali aku menaip Fatin Azira di dalam kotak search..
Pemilik profile itu juga berusia 14 tahun. Hampir tepat tetapi aku tidak dapat melihat gambar2 di dalam profile itu kerana profile itu sidah di-privatekan.

Lalu aku menghantar satu mesej kepada pemilik itu yang berbunyi ;

"Assalammualaikum..
Maaf menggangu awak. Saya sebenarnya sedang mencari anak angkat keluarga saya yang dah terpisah beberapa tahun dulu. Saya tak pasti adakah awak adik yang saya cari tu sebab display name awak dalam Myspace ni Fatin Emilia, tapi bila saya taip Fatin Azira, akan terkeluar profile awak. Fatin Azira tu nama anak angkat mak saya. Nama ibunya Umi dan bapanya Mawardi. Kalau awaklah orang yang saya cari, boleh tak awak balas mesej ni secepat mungkin sebab saya nak temukan awak semula dengan keluarga saya. Ini nombor telefon saya 012687XXXX"

Selepas itu aku menanti dengan penuh tidak sabarnya..Harap2 betul lah orang yang aku jumpa dalam Myspace tu.

3-4 hari selepas itu aku terima panggilan dari seorang anak gadis...

"hello...?" suara gadis di hujung talian

"hello..? siapa ni? " tanya aku

"awak ni siapa?" tanya gadis itu

"eh?! awak ni siapa call saya ..lepas tu awak pulak tanya saya siapa!"

"bukan..saya dapat mesej dari Myspace..awak ke yang bagi?"

Aku terkejut!
Mungkin itu Fatin yang aku cari...Aku sangat2 berharap itu semua betul..

"OH! Fatin ke ni!? awak Fatin Azira? "

"Ya nama saya Fatin..tapi awak ni siapa? betul ke awak ni abang saya?" tanya gadis itu lagi

"Kalau betul awak Fatin yang saya cari tu, memang saya ni abang awak"

"Mungkin kot...sebab mama pernah cakap yang saya ada satu keluarga angkat" jelas Fatin.

Tiba-tiba perbualan aku dengan Fatin tergantung kerana ibu fatin secara tiba2 menggangu perbualan kami.

"hello, ni nak tanya..awak ni siapa?" tanya ibu Fatin.

"Cik Umi ke ni?..ni adik ni!" kata aku kepada ibunya.

"Adik anak Kak Dee ke?"

"Ye!!!! memang betul Cik Umi...!! " aku bersuara teruja

"Ya Allah.......macam mana hang jumpa Fatin? Aku dah berapa tahun cari family korang kat Puchong tapi diorang cakap korang dah pindah ke Rawang" jelas Cik Umi

"Jumpa dalam internet! jadi betul lah ini semua" aku seolah2 tidak percaya tetapi aku sangat2 gembira sebab dapat menjejak semula keluarga Fatin

"Ni nombor telefon Fatin, lepas ni hang bagi nombor mak dgn abah..lepas ni Cik Umi nak call diorang" kata Cik Umi

Hari itu menjadi hari yang paling gembira..Malam itu aku pulang ke Rawang dengan perasaan yang sangat2 tidak terbendung kegembiraan..Aku anggap itu sebagai hadiah hari lahir untuk mak. Setibanya di Rawang, belum sempat aku menceritakan tentang kejayaan aku menemui Fatin, mak terlebih dahulu tersenyum kerana Cik Umi dah call mak petang tadi.

Lalu aku menceritakan satu persatu usaha aku menjejaki Fatin untuk berjumpa semula dengan keluarga kami.

Dipendekkan cerita, ketika keluarga kami mengadakan sedikit majlis sempena menyambut hari lahir aku,Anis dan mak. Fatin tiba dengan keluarganya di rumah kami. Aku sendiri teruja untuk melihat bagaimana rupa Fatin kini..kerana kami cuma ada gambar2 Fatin ketika kecil.
Dari dalam kereta, keluar seorang gadis genit berbaju kebaya ungu...aku yakin itulah Fatin kerana raut wajahnya tidak ubah seperti bapanya.

Mak mendapatkan Fatin dan memeluk Fatin dengan erat..diikuti oleh abah. Aku hanya mampu tersenyum sebab terlalu gembira dapat menemukan Fatin dengan mak dan abah. Aku dapat lihat air mata mak bergenang...hampir menangis.. (terharu gilerrr)
Kemudian ku lihat Cik Umi....masih tidak berubah dan masih bermulut murai..HAHAHAHA!! dia memperkenalkan suami barunya kepada mak dah abah.

Kami terus ke meja makan dan mak memperkenalkan Fatin kepada kawan2nya..
Mak selalu bercerita tentang Fatin kepada kawan2nya.. Kini orang yang dicerita itu berdiri di depan mereka semua..

Itu lah sedikit sebanyak peristiwa yang tidak mungkin aku lupakan. Aku kini sentiasa berhubung dengan Fatin supaya kami tidak terputus hubungan seperti dahulu... 

-FIN-


--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment