August 11, 2010

Selamat Berpuasa

Sudah masuk bulan Ramadhan. Tahun ini merupakan tahun kedua aku berpuasa di rumah bujang aku di Bandar Tasik Selatan. Biasa lah hidup bujang macam aku ni kadang2 terlepas jugak waktu bersahur..adakalanya bangun sahur tapi terlewat...tak berpuasa lah alamatnya. 

Tahun lepas aku kerap bersahur bersama salah seorang rakan serumah aku Shah. Kami selalunya makan di sebuah gerai yang diusahakan oleh beberapa orang Kelantan. Boleh tahan sedap makanan yang ada di gerai itu. tapi untuk sabur pada tahun ini, aku belum pasti makan di mana. Shah tiada di rumah, nampak gayanya aku kena makan sahur sendiri.

Bulan Ramadhan ni sangat istimewa sebab bagi diri aku sendiri, terasa sangat tenang dan indah suasana sepanjang bulan Ramadhan. Semestinya satu perkara yang menjadi tumpuan ramai adalah kewujudan bazaar2 Ramadhan di segenap pelusuk tempat. Aku agak bertuah kerana bazaar Ramadhan terletak hanya di bawah flat tempat tinggal aku. Boleh dirasakan hiruk pikuk dan suasana meriahnya bazaar Ramadhan...

Akan tetapi, peluang aku untuk mengunjungi bazaar Ramadhan sangat2 lah tipis sebab aku bekerja. Kalau kerja shif pagi pun, aku pulang jam 6 petang dan tidak sempat untuk mencari makanan di mana2 bazaar kerana kebiasaannya waktu berbuka puasa tiba sewaktu aku berada di dalam tren untuk pulang! HAHAHAHA.. sebab itu aku lepak dahulu di sekitar Mid Valley mencari tempat untuk berbuka sambil cuci mata. =)

Well, seperti tahun sebelumnya, aku request untuk bekerja pada Hari Raya Aidilfitri. Bukan lah sebab aku tak pentingkan Hari Raya, tetapi aku sudah lama hilang feel berhari raya. Lagipun keluarga aku hanya tinggal di Rawang. Kalau setakat aku nak pulang ke Rawang selepas waktu bekerja tu...no hal lah =)

Insyaallah aku akan berpuasa penuh pada tahun ini ..

*sangat2 berharap agar hati aku tenang sepanjang Ramadhan
-- 

Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment