August 04, 2010

makan GCB malam buta!

GCB di tengah malam

Seperti yang dijanjikan, malam ini aku dibawa oleh Amran untuk
menikmati burger terbaru GCB di McDonalds. Bukan lah aku tak pernah
makan burger itu, tetapi entah kenapa malam tadi aku terasa ingin
benar mencubanya untuk kali kedua.

"jumpa kau pukul 1am nanti ok!" tweet yang dihantar oleh Amran ke
akaun Twitter aku.

What?! Pukul 1am ke? Boleh lah...asalkan dapat melangsaikan nafsu
perutku yang mengidamkan GCB terbaik dari McD itu.

Sebaik tiba di rumah kira2 pukul 1130pm, aku berehat, mandi dan sempat
online sementara menunggu Amran tiba. Tidak lama lepas itu handphoneku
berdering...

Suara Amran di hujun talian..

"Haie, kita pegi pukul satu lebih tau"

"Pukul satu? Boleh je..tak lewat sangat ke?"

"Alah takpe..aku tgh tunggu Papa amik aku"

"Papa? Eh..dia tau tak aku ikut?"

"Takpe nanti aku bagitau dia..pukul satu tau"

"oh ok..eh nyah, jangan lupa novel Aa+Bb tau"

Aku sambung online sambil menunggu jam ke pukul 1am..
Hampir sejam aku online, Amran sekali lagi menghubungi aku dan katanya
dia sudah hampir sampai di rumah aku.

Oh shit! Kenapa lambat sangat bagitau. Aku belum bersiap!
Aku bergegas menyarungkan tshirt pemberian Amran sewaktu ke Penang
dahulu..berseluar crop-pant dan berselipar baru!

Ku capai dua buah handphone, kunci rumah, wallet dan..rokok!

Setibanya di bawah, Amran tiba menaiki Gen2 milik Papa. Oh! Papa yang
dimaksudkan itu bukanlah bapa atau ayahnya ok..itu panggilan kepada
kawannya itu. Amran berambut baru! Cantik!
Aku masuk ke tempat duduk belakang dan kereta itu menyusur keluar dari
Bandar Tasik Selatan.

Kami menuju ke McDonalds yang beroperasi 24jam.
Tetapi aku pelik kerana Papa tidak memandu ke McD Taman Conought,
sebaliknya dia terus memandu ke arah selatan lebuhraya. Aku dah mula
pelik..sebab kami plan untuk ke McD Taman Conought.

"Amran, kita nak ke mana?" tanya aku

"McD lah..." balas Amran

"bukan kat Taman Conought ke?"

"tak..jauh sikit..hehehe"

Oh rupanya kami ke Mcd Lebuhraya KL-Seremban!
Bersebelahan dengan MINT Hotel yang dah tutup itu.
Well, aku tak kisah pun asalkan dapat makan GCB.
Kami memesan 3 set GCB plus Filet O Fish!
Puas gila rasanya dapat makan GCB yang diidamkan!
Selesai makan, kami keluar mengambil angin sambil duduk di tepi
lebuhraya itu. Best kot duduk malam2 buta mcm tu sebab angin sangat
kuat!

Banyak yang dibualkan antara aku dgn Amran sementara si Papa itu sibuk
dengan iPhonenya. Dari satu topik ke satu topik kami umpatkan bersama
sehingga kering dah air liur ketawa.

Jam menunjukkan pukul 230am, dan kami bersedia untuk pulang.
Papa menghantar Amran pulang ke rumahnya dahulu di Sg.Besi sebelum
menghantar aku ke Bandar Tasik Selatan.

Kini, aku di dalam bilik, selamat menaip blog entry ini..

*Good Night*

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment