August 07, 2010

"terbanglah kau wahai belon..terbang ke Kuching"

mari menonton SALT!!
Hari ini Sabtu aku bersama dua orang teman sekaki Zaidah & Amran meluangkan masa bersama di hujung minggu dengan menonton filem terbaru lakonan Angelina Jolie, SALT. Filem yang mengangkat tema tentang agen perisik kelahiran Rusia yang bertopengkan kehidupan normal di US. Sebenarnya sejak pertama kali menonton trailer filem ini beberapa bulan lepas, aku sudah teruja untuk menyaksikan kehebatan lakonan Angelina Jolie.


Kami tiba di Pavilion pada sekitar jam 1230pm dan menikmati lunch di Food Republic sebelum masuk ke pawagam pada pukul 150pm.


Usai menonton filem hebat itu, kami ke Plaza Low Yat kerana Amran dan Zaidah ingin mencari aksesori gadget mereka. Sementara ke Plaza Low Yat, kami sempat singgah di F&N Fun Fest yang di adakan di tengah2 Bukit Bintang. Memang ramai lah anak muda yang berkumpul di sana. Aku memang suka dengan acara2 sebegitu. Kelihatan ramai yang memegang belon-belon berwarna oren dan di bawah belon itu diikat satu nota kecil. Aku tertanya2, nota apakah itu?



Kemudian di satu sudut aku terlihat ramai yang beratur untuk mendapatkan belon oren itu dan aku juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan belon itu. Rupa2nya belon itu adalah 'A Hope Ballon'. Aku mendapatkan satu belon dan menulis sesuatu di atas nota kecil itu..dan nota itu di ikat ke belon tersebut! sangat comel..


Belon2 itu kemudiannya dilepaskan serentak beramai2 ke udara...

3 comments: