August 14, 2010

Cinta Jarak Jauh

Sejak mula berpuasa, aku banyak menghabiskan waktu rehat ku kedai2
buku seperti MPH dan BORDERS. Daripada duduk tanpa membuat apa2 selama
satu jam, aku fikir lebih baik aku menghabiskan masa dengan membaca.
Setidak-tidaknya dapat juga aku menambah sedikit ilmu.

Ketika di BORDERS, aku tertarik dengan sebuah buku ini.
Aku lupa tajuk buku tersebut,tetapi ianya berkisar tentang sesuatu
perhubungan. Pelbagai pandangan dan buah fikiran yang diutarakan di
dalam naskah itu. Pelbagai jenis perhubungan sesama manusia yang
dibincangkan dan yang satu ini amat menarik minat aku untuk terus
membaca.

Topiknya adalah "A long distance relationship".

Aku tertarik untuk terus membaca kerana jenis perhubungan ini memang
tepat sekali dengan apa yang aku praktikkan sekarang. Ya, aku kini
dalam perhubungan jarak jauh dengan seseorang yang kini berada amat
jauh dari pandangan mata aku. Pasangan ku itu menetap di Kuching,
Sarawak.

Seperti cliché yang banyak aku baca di dada akhbar yang lain,
perhubungan jenis ini menuntut kesabaran paling tertinggi. Andai salah
seorang daripada pasangan itu tidak mampu mengemudi percintaan jarak
jauh, maka akan tenggelamlah hubungan itu tanpa sempat ianya
bercambah.

Dalam konteks ini, setiap pasangan yang mempraktikkan hubungan jarak
jauh perlu menghormati dan mematuhi resepi seperti;

1. Percaya pada pasangan
2. Hormat pada pasangan
3. Setia pada pasangan
4. Yakin pada pasangan
5. Tiada rasa curiga pada pasangan
6. Kerap berhubung dengan pasangan
7. Memahami perasaan pasangan

Dalam ketujuh2 'peraturan' tersebut, aku seboleh mungkin cuba untuk
memenuhi semua yang tertulis di dalam buku itu.
Mengambil contoh hubungan aku dengan pasangan kini, aku sememangnya
boleh mendapat markah penuh untuk 'peraturan2' itu.

Ini ditambah pula dengan pasangan aku yang tidak putus2 meyakinkan aku
bahawa hubungan kami sememangnya berlandaskan ketujuh2 perkara di
atas.

Tetapi yang membuatkan aku sedikit goyah dengan hubungan jenis ini
apabila aku terbaca tentang sudut negatif buat mereka yang mengamalkan
perhubungan jarak jauh.

Kecurangan itu menjadi titik permulaan kepada sisi negatif sesuatu
perhubungan jarak jauh. Tatkala si pengamal hubungan ini tidak pernah
merasakan kekurangan apabila mengemudi hubungan jarak jauh, mereka
boleh terjebak dengan kecurangan ataupun rasa kurang perhatian
daripada pasangan masing2.

Bagi diri aku sendiri, perlu ada sikap setia pada pasangan dan andai
terbit satu rasa curiga, janganlah ada yang segan untuk bertanya atau
dibincangkan bersama pasangan.

Bersama Jesper, dia banyak mengajar aku tentang cara untuk terus
mempertahankan hubungan kami. Tidak kira lah dari segi apa sekalipun,
kita seharusnya bersedia dan berani mengambil risiko sebaik terjebak
di dalam perhubungan sebegini.

Ajar diri kita supaya mempercayai pasangan dan tanamkan sifat setia di
dalam diri masing2 nescaya ianya akan membantu kita untuk terus
menikmati cinta dan kasih sayang daripada pasangan.

Jangan berikan yang lebih kepada pasangan kerana ia mungkin sukar
untuk kita dapatkan kembali jika berlaku kegagalan di dalam
perhubungan. Serahkan hanya yang termampu, elakkan dari memberi janji2
yang kita sendiri belum pasti kemampuannya.

Jesper kerap mengingatkan aku bahawa hatinya milik aku dan begitu juga
aku selalu memberitahu betapa aku rindu dengannya.
Kami hanya mampu bertarung dengan masa dan jarak,
Selebihnya berserah kepada cara kami mengawal perjalanan dan corak
hubungan kami.

-FIN

--
Haie Ahmad

2 comments:

  1. gitew...hmmm... i terkesima...lantas bergurindam.. ''kita serupaaaa''

    ReplyDelete