November 30, 2008

the clubbing issue

Aloha~

Blog kali ni nk citer sket pasal 'party' anjuran seorg kawan.Lama dah
planning akhirnya smlm menjadi realiti jugek.

Cadangan asalnya nak ke Loft tetapi ade la skit gangguan teknikal yg
lebih enak dikabarkan di sini sebagai 'waldrobe mulfunction'..
Jadi aktiviti mencucuk bintang berpindah ke Sunshine Club.

Not bad music dlm tu.Lesen utk membawa masuk beberapa kawan yg lain
semua dah settle.Environment club tu taktau aku nk ckp mcm mana.But ok
lah.Si Zaidah dah mula crush dgn sorg staff yg served table kitorg.
Sebelah table kitorg pulak ade beberapa pelancong yg sgt sporting dan happening.

Mlm tu bagaikan dah lama kenal satu club,dr 2 org perempuan kt table
kami,tetiba jadi 5 org.Ntah dari mana2 dtg pun aku tak tau.
Yang aku pulak lebih 6 kali ke tandas.Tangki penuh kaedahnye..
But there's one insiden that I managed to covered(at least).
Thank to Zaidah coz she's there next to me to chill me up.

*new year maybe cucuk bintang lagi... :)

November 26, 2008

Sonata Musim Salju

Pejam celik pejam lagi dan celik balik,dah sampai hujung tahun
pun.Hujung tahun ni macam2 aktiviti lah yg dirancang ye.Cuti sekolah
la katanya.

Bulan depan penganut agama Kristian akan menyambut Hari Krismas
manakala yg beragama Islam,Hari Raya Aidiladha bakal menjelma.Bagi
aku,perayaan kaum lain pun boleh diraikan bersama.Lebih2 lagi kita yg
tinggal di negara yg 'universal' ni.

Semalam sudah pun berdiri dgn jayanya sebatang pokok krismas di tempat
kerja aku.Ini pokok tahun lepas dan sangat2 cantik dan menarik.Mungkin
kerana warnanya biru+putih.Ditambah pula dgn lampu2 yg berkelip2.

Aku yakin sekarang ni kebanyakan shopping complex sedang ataupun sudah
menghiaskan lobi masing2 dgn dekorasi Krismas.Rasanya KLCC akan tetap
dgn signature treenya iaitu pokok krismas paling tinggi di
dunia-sesuailah dgn status KLCC itu sendiri sebagai bangunan berkembar
tertinggi di dunia.
Pavilion pada tahun lepas tak kalah dgn 'White Christmas' yg menjadi
tema mereka.Sebuah dekorasi spiral yg membentuk sepohon pokok krismas
putih lengkap dgn chandeliers dan diamonds! Sgt mewah.

Tapi itu tema tahun lepas.Tahun ni tak tau lagi.We'll see..

*nak pkai topi santa bila bekerja nnt.jimat wax rambut =D

--
Haie Ahmad

November 25, 2008

Back off! I got FLU!

aaaa.aaa...aaachhoooo!!

yeah! sekali bersin mmg puas! Semalam aku dtg kerja tapi tidur je
memanjang. Sebab aku dpt selsema. Bawak balik dr Rawang. Isk aku ni
boleh kata setiap bulan dapat selsema. Kalau purata org dewasa
mendapat selsema 4 kali dlm setahun,aku pula 12 kali dlm setahun.

Selsema melemahkan aku. Ditambah pulak dgn cairan mukus yg meleleh tak
habis2. Gatal2 mata dan plg best,mood aku x menentu. Wah da mcm
pompuan lak...dpt period je mood x menentu.

Tapi betul la,aku mmg tak amik pusing hal yg berlaku di sekeliling aku
setiap kali aku selsema. Yang aku pedulikn ialah "di mana aku nak rest
n tidur". Semalam je aku berpindah2 tidur dr bilik VIP ke dapur ke
bar...tak puas rasanya sbb ade yg memekak..

Balik umah sambung balik tido...

*ramai yg kurang sihat kt tmpt kje.

--
Haie Ahmad

November 22, 2008

Aku dan Handphones!

Hai semua. Kali ni aku nak cerita secara ringkas tentang handsphone2 yang pernah aku guna sejak dari zaman sekolah sehingga lah sekarang.Idea tercetus bila aku dengar kawan2 aku asyik bangat bercerita tentang handphone masing2..so it goes...

Nokia 5110 OK ini merupakan handphone pertama yang aku guna.Masa ni baru2 masuk ke tingkatan 5.Tengok saiz pun segan2 je nak bawak ke sekolah.Yelah,masa tu,handphone2 bersaiz kecik memang 'in' sgt dengan student2.Makan hati jugak tengok ada kawan aku yg dah mula menggunakan Nokia 8250 (butterfly).Mahal beb HP butterfly masa tu.HP aku tu dibeli oleh mak aku.Tapi 2nd hand je la.Tak silap aku RM70 kot mak aku beli.Yes aku bawak ke sekolah tapi aku tak simpan dalam poket seluar sebab besar!! hahaha.. Masa itu juga aku berazam nak beli HP lain dan dalam kepala aku masa tu ialah Nokia 3310 sebab model itu cukup fofular pada era tersebut! ahahah!

Siemens SL45 Ini pulak HP kedua yang aku guna selepas Nokia baling hanjing di atas tu.Apa jadi dengan Nokia tu? Al-kisahnya HP itu telah terjatuh ketika aku letakkan sekekap kat atas motor.Jatuh je trus taknak hidup dah.Puas aku bagi CPR!Alih2 aku merengek kat mak aku nak beli HP lain.Tu yang mak aku bagi guna HP Siemens ni.HP ni sebenarnya milik mak aku.Melihatkan anaknya yang seakan mati kutu sebab ketiadaan HP,maka mak aku dengan ikhlas hati memberikan aku HP ini.Yang menariknya ttg HP ini ialah warna skrinnya berwarna OREN u see! Mmg lain drp yg lain.Org lain punya HP skrin kuning2 yang ado..atau paling boleh blagak pun skrin warna biru(nokia 8250).Tapi aku lagi blagak dgn skrin warna oren.Tapi ada satu cerita kelakar ttg HP ini.Masa aku mula2 nak guna,aku bukak blkg tu sebab nk masukkn simkad.Then aku terkejut bila terjumpa satu slot 'asing' seolah2 simkad.Tapi aku pelik,apsal ade 2 tmpat simkad dan kenapa 'simkad' yang lagi satu ni besar?!??Lalu aku membiarkan saje 'simkad' besar itu berada di dlm badan HP tersebut..dan terus menggunakan HP itu macam biasa..

Nokia 3315 HP ketiga yang pernah aku gunakan.Ada cerita sedih sikit pasal HP ni.Ceritanya sebelum tamat SPM,mak aku janji nak belikan aku Nokia 3310 sebaik sahaja aku habis SPM.So habis saja SPM,aku terus menuntut HP yg dijanjikan tadi.Kemudian mak aku cakap,tunggu keputusan SPM keluar baru boleh dapat.It depends on my result actually.Tapi aku terus mengungkit dengan berkata "mak cakap habis je SPM dpt hp baru,bukan tggu keputusan SPM...".Dan aku terus menerus mintak sambil2 mogok sebab tak dapat HP.Then pada satu hari,mak berikan aku HP Siemens yg sebelum itu "dirampas" sekejap sebab nk SPM.Kata mak aku,pegi jual HP Siemens tu dan duit tu aku boleh beli HP yg aku idamkan sgt tu.Memang kejam aku kan?Masa tu aku seronok sangat tanpa berfikir perasaan mak aku tu yang sanggup suruh aku jual HP sendiri utk memuaskan hati anaknya yg degil pada waktu itu.Lalu aku bersama Along aku pergi menjual HP Siemens itu dan guest what? Nilai HP Siemens tu sangat tinggi pada waktu itu sehinggakan tokey kedai tu sanggup menukarkan HP Siemens tadi dengan 2 buah HP baru Nokia 3315! Well,sekurang2nya aku pergi dgn satu HP dan pulang membawa 2 HP..dan sudah tentu yg satu lagi tu utk mak aku yg baik hati :) sayang mak,terima kasih utk mak.

Nokia 3200 Ayuh beralih kepada HP berskrin warna+berkamera!Yeah..kata org,kita kena maju.Dari HP berantenna ke HP yang xde antenna dan mesti nak HP skrin warna pulak.HP ni aku beli ketika aku mula bekerja dan inilah satu2nya HP baru yang aku beli menggunakan duit poket sendiri.Habis gaji sebulan u see.Aku ingat lagi harganya RM605.00.Yup HP ni HP berkamera pertama,berskrin warna pertama yang aku beli.Best tentang model ni sebab aku boleh tukar2 lapisan dalam cover tu sesuka hati.Bukan housing ok,im talking about the inner layer.Sebab tu dlm kotak HP ni disertakan sekali layout cutter.Aku guna HP ni dalam setahun lebih.Not bad sebab leh surf internet via GPRS yg lembab gile tapi makan kredit byk!Boleh record lagu dan buat ringtones! So tak payah nk beli truetones.

Samsung V200 HP berkamera kedua yang pernah aku guna.HP ini pemberian seseorang dr tempat kerja di Sri Petaling Hotel.Tak perlu ckp la siapa yang bagi.HP ini sangat cool sebab kameranya boleh dipusingkan sehingga 180darjah! So aku tak perlu la bersusah payah mcm org lain utk posing2 snap pic sendiri tanpa melihat skrin sebab aku boleh tengo kamera dan skrin sekaligus sebelum snap pic sendiri.Cool bukan? Yes sememangnya!HP ini memang membuatkan kawan2 aku sedikit jeles sebab designnya yg gempak(masa itu) dan sudah tentu kecanggihan kamera putarnya(masa itu).Tapi yang tak best tu,format gambar yg dihasilkan kamera HP ni ialah '.png' yg mana pada waktu itu tidak diterima oleh kebanyakan HP lain kutk dibluetooth.Itu lah kelemahan model ini.

Nokia 1100 Merupakan HP paling popular dlm sejarah aku menggunakan HP.Percaya atau tidak,model ini menjadi pilihan tatkala henpon2 aku yang lain tu "masuk hospital" ataupun rosak.Fungsi yang ringkas dan sangat2 mesra pengguna.Dengan HP ini juga aku digelar speedmaster oleh kawan2 aku kerana aku bisa menaip dengan pantas walaupun tanpa memandang keypad HP itu.Dengan model ini juga aku telah 4-5 kali menang peraduan Jari Pantas anjuran Radio ERA.Dan yang paling tak boleh lupa,HP ini juga bertuah kerana jari2 ku yg pantas melayakkan aku bertentang mata dgn idola aku dulu iaitu Chester dr kumpulan LinkinPark! BEst btul..Masa itu aku join Peraduan JAri Pantas Rock@ERA.Sangat bertuah bila menjadi jemputan VIP ke majlis pra-dengar album terbaru Linkin Park - Minutes To MIdnight di Hotel Le Meridien.I was among the 1st in the world to listen to all their songs before been launched worldwide occay :)

Nokia 6260 HP seterusnya yg pernah digunakan ialah model disebelah ini.Pemberian seseorang yg dulunya istemewa.Sekarang tidak lagi.Best tentang HP ni ialh badannya yg boleh dipusing2 mengikut kesesuaian.Mirip kepada konsep sebuah cam-corder.HP ini agak tebal tapi aku bangga menggunakannya sebab masa itu HP model ini baru dilancarkan.Sebenarnya takde niat pun nak guna HP ni sebab mahal harganya pada waktu itu tapi alih2 ade pulak org yg murah hati nak bagi :) Sape yang taknak kan? Aku guna HP ni lebih kurang setahun lebih jugak lah.Ala kebanyakan HP aku semua guna tak lebih dari 2 tahun pun.HP ni ok la..menarik,rekaan,fungsi..boleh tgk TV gak guna Maxis Mobile TV..dan yg penting 'simkad' besar yg aku maksudkan dlm Siemens SL 45 di atas itu sebenarnya adalah MEMORY CARD!! Hahahahah!! gila naif betul masa guna HP Siemens tu.Rupa2nya benda besar yg aku ingatkan 'simkad' itu sebenarnya memori kad tambahan utk HP.Ala...jgn nak ketawakan aku,sebab masa aku guna Siemens tu,HP bermemori kad belum masuk Malaysia OK! So siapa yg tau kan? At least aku pernah guna HP bermemori kad walaupun pada masa itu tak tau apa kejadahnya benda alah tu. kihkihkih! Sudeyh!!

Motorola RAZR V3i ini HP yang paling elegan pernah aku gunakan.Masakan tidak,model ini boleh dilihat di hampir kesemua drama,filem dan iklan kat TV.Dimensi baru dari Motorola ini sebenarnya upgrade version kepada model Startec diorang yg famous tu.HP ni berkapasiti rendah tanpa memori kad.Skrin pun kecik je tapi apa2 pun sape yg pernah guna HP ni mesti la terbit rasa bangga sebab memiliki HP ternipis pada masa tu.Aku guna HP ni sekitar 2005-2006.Kurang berpuas hati dengan speaker sebab slow la walaupun full volume.Kamera boleh tahan la.Ditambah pulak dengan skrin yg agak kecik,jadi gambar yang diambil bertambah kecik sebab butang2 navi tu dah mengambil 30% ruang skrin tu..adoi~

Motorola RAZR V3X Ini model yang aku guna pada tahun lepas.Tahun 2007.Aku beli HP ni sebab murah,cantik dan yg paling best resolusi kameranya 2.0megapiksel.Terus terang aku cakap,dalam banyak2 HP yang pernah aku guna,aku cukup berpuas hati dengan resolusi kamera model ni.Gambar yg aku ambil menggunakan HP ni memang walllaah~~!! sangat canteekk ok!Tapi yang tak best tu speakernya biasa2 je.Slow...HP ni dilengakapi dengan 3G.Tapi aku tak la guna sangat pun 3G tu.Nak video call sape?Kawan2 pun guna HP biasa jek.Tapi kemudahan 3G tu aku guna utk menonton TV secara live.Macam yang aku buat utk HP aku sebelum ni (Nokia 6260).Melalui Maxis Mobile TV,aku langgan channel2 astro seperti astroRIA,MTV,Cartoon Network dan National Geographic.Walaupun tak puas menonton dengan tersekat2nya,sekurang2nya boleh la tengok TV jugek!

HP iPAQ rw6828 Dan yang terkini dan masih lagi digunakan sehingga sekarang.Inilah modelnya sebuah Pocket PC atau PDA yang banyak manfaatnya kepada aku yg semakin gila internet ini.Terbit rasa ingin memiliki sebuah HP dengan akses wifi dan fungsi sebuah komputer selepas aku melihat anak sedara bos aku guna PDA model O2.Aku sempat mencuba dan teruja.Nak pulak tempat kerja aku tersedia wifi.Bukan tempat kerja je,even sekitar kawasan aku malah seluruh KL sudah ada wifi.Jadi mudah utk aku melayari internet.HP ni aku beli 2nd hand je dengan harga sekitar RM850++.Aku ingat lagi tarikh aku beli iaitu 17 Dec 2007 menggunakan duit bonus kerja.Aku beli model ni sebab tak mampu nak beli model O2.Lagipun semua sedia maklum,model iPAQ ni sebenarnya kembar kepada O2 itu.95% sama kecuali rupa luaran.Semenjak menggunakan HP ni,aku online hampir setiap hari dan kebanyakkannya di tempat kerja aku.Kalao tengah bekerja pun aku sempat lagi online dengan hanya menyambung pada charger dan terus buat kerja dan jenguk2 sekejap2.Kamera mmg aku tak puas hati.Speaker pun tak memuaskan.Tapi so far,aku sayang nak jual HP ni sebab inilah nyawa aku utk online di mana2 tempat yg ada wifi...

Itulah dia serba sedikit tentang sejarah penggunaan hp aku.Sebenarnya ada lagi beberapa model HP yg pernah aku gunakan seperti Nokia 8210,Sagem,Motorola E398,dan lagi satu Motorola tu aku lupa modelnya..Hp2 tu aku guna kurang dari sebulan,so tak perlu lah cerita..Adios!

*HP idaman terkini Samsung OMNIA! :D

November 21, 2008

Internet berkelajuan LEMBU!

Buenos!

Masuk hari ni dah 3 hari aku on9 tanpa kepuasan.Sebab apa? Semuanya
gara2 kelajuan internet yg ado...

Since kerja kt restoran ni(wifi covered), boleh dikatakan 85% dr masa
bekerja aku hanyalah utk internet.Aku menggunakan PDA dgn wifi yg
sememangnya ready.So tengah bekerja pun aku akan on
myspace,friendster,facebook, blogging,emel dan ntah ape2 lg.

Tapi lately,aku sedar yg speed internet da slow giler! Mulanya aku
ingtkan PDA aku buat hal,then aku pegi gatal tgn hard-reset blk device
tu! Abeh kena install blk program2.

Bukannya apa,kita kalau dah biasa dgn speed internet yg laju,skali
jadi lembab,mmg naik hangin.Mau dicampak hp ke dinding.Teringat lg
masa aku part time kt cyber café,line internet buat hal.Jadi slow
giler! Yang jd mangsa? tentulah mouse yg aku hentak2 dan cpu tu aku
tendang! Rupanya br tau rangkaian internet seluruh Asia terganggu dek
kerana gempa bumi kat mana ntah..itu menyebabkan kabel internet dasar
laut terputus..

Dasar laut? Kenapa dasar laut ek?
Bukan ke internet tu menggunakan satelit? entah..btw,tahukah kalian
pusat/transformer internet kt Asia ni terletak di Singapora? *info*

--
Haie Ahmad

November 20, 2008

Adeh...confuse la..

Hi,

Dah berapa hari aku tak update blog.Hm..sibuk sgt sejak kebelakangan
ni.Functions last minit.Smlm pun dtg lg enquiry utk buat function.

Tinggal beberapa hari je lagi nak masuk bulan December.Bulan terakhir
utk tahun 2008 ni..
Semakin meningkat umur kita,semakin matang utk kita memandu diri ke
arah 'kematangan'.Tapi tak semua dari kita matang.Tak kiralah dr segi
pemikiran,tutur kata atau pun kelakuan.

Mcm kata kwn aku,Elmo..dia skrg ni dlm fasa 'cukup dewasa' dan masa
utk cool dan tenang dr segala gelora zaman remaja.Tapi aku?
Bagi aku umur biar meningkat tapi jiwa kena muda.Sekarang ni aku dah
hilang kawan berseronok.Tiada lg teman berhibur ke konsert2 yg pada
masa dulu perkataan 'konsert' itu wajib ada dlm kalendar tahunan.

29Nov ni akan ada party @Loft.
Sperti aku kata td,tiada teman berhibur.Bertindih pula dgn plan
holiday family aku.
Kami sekeluarga akan ke N9 utk 3 hari bercuti.Kalo aku bgtau Amran yg
aku x jadi ke party tu,aku dpt bygkan semburan yg bakal diterima....

its ok,I'm cool with that.

*decide dgn mature.keluarga atau kawan...untung atau rugi...
-
Haie Ahmad

November 17, 2008

Madagascar 2 : Escape to Africa

"I like to move it move it,
he like to move it move it,
she like to move it move it,
we like to....MOVE IT!!"

Begitulah bait2 lirik lagu tema sequel terbaru Madagascar.Bak kata
King Julien dlm permulaan filem ini, "come on! nobody can forgot this
song!".

Sejak trailer filem tersebut dikeluarkan,aku dah mula rasa teruja
sebab filem pertama Madagascar begitu menarik dan gila kelakar! Kisah
4 sahabat yg berlainan spesis yg tinggal di sebuah zoo terkenal di New
York.
Kalau dah tinggal di zoo,semesti lah mereka dimanjakan dgn pelbagai
layanan kelas satu!
Lebih2 lagi Alex the lion kerana dia merupakan bintang kepada zoo New York.

Terus terang aku kata,sequel ini jauh lebih funny drp yg
pertama.Manakan tidak,spjg filem ini aku asyik ketawa tak hingat.
Permulaan filem pun dan lawak di mana memaparkn gazet dr ikon terkenal
Dreamworks yg kononnya sedang memancing di bulan,dan tak semena2
dibelasah oleh penguin2 itu.
Tak faham apa aku ckp?
U have to watch it...its funny!

Itu tak termasuk aksi King Julien berlagak sbg 'perempuan' puak
sambuil menari2 comel...
Juga babak ala2 'Arabian' dr King Julien...he is sooooo funny!

Dlm filem ni juga menceritakan asal usul Alex yg mana nama sbnrnya
ialah Alakay.Bagaimana dia sampai ke NewYork dan juga kisah cinta
antara Melman the giraffe dengan Gloria the hippo...

*full star for this movie!
can't wait for Final Destination 4!

--
Haie Ahmad

November 16, 2008

Reunion kah??

Hello..
Best sangat hari ni sebab aku baru lepas tgk movie Madagascar 2!!!
The movie was sooooo damn funny bagi aku.More funny than the first one.
 
Bertambah best sebab tadi aku dapat jugak keluar dgn Nemo.
Ya..Nemo..teman se-chatting dr Bluehyppo.Bukan dgn Nemo je,
aku jumpa jugak dgn Port(Syah),Joe dan awek dia tadi.
Masing2 pergi Pavilion.Semua lepak dekat tempat kerja Port.
Dah mcm reunion pulak since Port dgn Joe dah tak kerja kt La Place.
 
Balik dari Pavilion je,aku ingat nak terus ke Damansara,
Alih2 terjumpa pulak si Zaida the Gloria! hahhaha..
Sebelum tu aku disapa oleh kawan kepada mak aku di KLSentral.
Dari jauh lg aku dengar ade budak pekik2 "adik! adik!"..
Tengok punya tengok rupenye si Firdaus dgn emaknya.
Sempat jugak berborak..diorang baru balik dari umah aku katanya.
Ada penyampaian sijil amende ntah..
 
So i met Zaida kat KLSentral dan lepak kt foodcourt..
Panjang jugak berborak tadi..lepas kat foodcourt..sambung pulak kat Mcd!
Hahahha..serius byk yg di borakkan....itu ini semua kami sentuh.
Kira2 pukul 8 lebih tadi we both pulang ke sarang..
 
Well aku dah sampai Damansara now..(typing this)..
 
*esok nk koje pulak.~

--
Haie Ahmad

November 14, 2008

just another boring day

Sungguh bosan!

Hari ni aku rase bosan sgt2.Mungkin sbb aku ngantuk kot.Jiwa kacau pun
ada gak.Ye lah,aku tadi dah siapkn board utk promotion diskaun,alih2
ckp tak payah.Mana tak geram.Aku ni dah mcm Creative Director of
Brasserie La Place.Segala hal hias2 dan deko,dicampak ke bahu aku.

Sekarang ni dah hujan pulak.
Oh ya,akhirnya aku berjaya jumpa cab.file utk game popular Monopoly!
Gila dah lama aku cari game tu utk PDA aku.Sebelum2 ni ade try
download tp salah format.

Semalam jugak aku berjaya download NetCF 3.5 yg terbaru utk PDA aku
dan itu membolehkan aku mengubah rupa skrin PDA ku ini mirip kpd
Samsung OMNIA yg bisa bikin berdarah hidung tu!
Widgets2 dia sungguh cool..!
Boleh tarik2 over the screen u see.
Nak beli OMNIA tak mampu,
download sudah.......

*dah tenat dah device aku ni sbb terlalu byk benda download utk
mempertingkatkn prestasinya~
Platform asal cuma Windows Mobile 5.0 je tp nak jugak masukkn ciri2 WM.6..
Jahanam....

--
Haie Ahmad

November 13, 2008

Tahniah!kakak dah cuba yg terbaik.

Hari ni 13 Nov 2008.

Pagi2 lagi aku dah call mak aku untuk berpesan supaya jgn lupa
memberitahu aku keputusan peperiksaan UPSR adik bongsu aku,Anis
Nabilla.Manakan tidak,bangun tidur tadi aku dgr radio kecoh2 pasal
result UPSR diumumkan hari ni.

Janji aku pada Anis,kalau dia dpt straight A untuk kesemua subjek,maka
handphone berkamera bakal menjadi miliknya.
Aku berani bertaruh begitu supaya dia bersungguh2 utk
cemerlang.Biarlah di kepalanya nnt hanya terbayangkan handphone.

Tetapi sebaik keputusan keluar,diambil oleh ibu ku yg cantik,boleh
diibaratkan yg handphone berkamera itu jauh terpelanting kerana result
exam Anis jauh tersasar.

Sejujurnya aku kasihankan dia kerana tidak berjaya mendapat straight A
tetapi jauh disudut hati aku,gembira sgt2 sebab sekurang2nya dia tidak
gagal! Takkan buruk lah nanti rekod examnya.Cukup aku katakan di
sini,dia merangkul huruf2 A,B dan C utk subjek2 yg diambil.Syukur
tiada huruf D.

Habuannya?
Sebuah basikal yg diberikan oleh ayah aku.Percaturan ayah aku sungguh
mudah;asal lulus sahaja UPSR,dia boleh mtk apa saja..asal lulus even
straight D's.Basikal yg diminta.

Aku juga sempat bergurau ketika menerima sms dr adik ku yg lg sorg tu,Hans...

Kata si Hans,aku nk bagi apa utk Anis?

Lalu aku menjawab: "kalo straight A's,aku bg hp tapi dia tak dpt
straight A,so aku bagi charger hp je!" dgn niat bergurau.

Lalu dibalas Hans: "aku pulak janji nak bagi dia hp yg ada TV kalo dpt
semua A,tapi sikit je A so aku bagi dia tgk TV kat rumah hari2!
hahaha"

*tahniah Anis.


--
Haie Ahmad

November 11, 2008

aku typo...so,sorry

Hai,ni nak mencelah sikit sbb nak bagitau yg aku perasan ada beberapa
frasa/perkataan dlm blog2 aku telah disalah eja secara tidak sengaja.

Ala biase la type laju la katakan.
Kalau ada ternampak tu,buat2 tak nampak sudeyh~

teruskan membaca,renung2kan dan selamat beramal :)

--
Haie Ahmad

cerita sebuah PAVILION

Salam sejahtera...(wah! gitu)

Melihatkan tajuk di atas,memang semua sudah sedia maklum akan isi
kandungan blog aku kali ini.
Ya,aku akan bercerita tentang Pavilion.Sebuah kompleks membeli belah
baru yang menjadi tarikan penghuni metropolis Kuala Lumpur
khususnya.Ini tidak termasuk pelancong dari luar negara.

Pavilion merupakan satu2nya kompleks membeli belah bertaraf 6 bintang
(secara rasminya) melangkaui taraf Suria KLCC dan theGardens yg mana
masing2 bertaraf 5 bintang.
Tahukah anda,lama sebelum kewujudan kompleks Pavilion,telah ada satu
lagi binaan yg juga diberi nama Pavilion yg terletak nun jauh di
puncak Genting Highland.Akan tetapi 'Pavilion' di atas sana bukanlah
kompleks membeli belah.Sebaliknya ianya merupan sebuah dewan/panggung
teater dan bertunjukan bertaraf dunia.

Secara kasarnya,pavilion merujuk kepada satu kawasan/lapangan yg luas
dan berbumbung atau "marquee" -mengikut kamus;large and often
sumptious tent.

Pavilion yg terletak berhadapan dgn Starhill Gallery di Bukit Bintang
ini menawarkan label2 terkemuka dunia dari rangkaian fesyen berkelas
tinggi,couture,gadget,deretan alfresco dr pelbagai negara dan
bermacam2 lagi.Kepada sesiapa yg rajin mengambil peduli hal2 fesyen
dunia,anda pasti bersetuju jika dikatakan Pavilion tak ubah seperti
komplekx membelu belah terkenal di Tokyo iaitu Ginza.

Maka tak hairan lah jika ada segelintir orang beranggapan bahawa
Pavilion hanya sesuai untuk mereka yang berpendapatan tinggi untuk
'menghabiskan' duit berbelanja di sini.Ungkapan "never go to PV if u
have less than RM4k in a wallet" acap kali didengar atau dibaca di
mana2 blog umum.Itu tanggapan mereka yang tidak pernah menjejakkan
kaki ke kompleks mewah ini.

Pavilion sebenarnya berurus-niaga dgn semua golongan;drp gedung kelas
pertengahan seperti TANGS dan Parkson sehinggalah ke mini2 shoplot
seperti Giordano,ESPRIT,Banana Republic dan sebagainya.Deretan label2
mewah di tepi jalan utama Pavilion seperti Club Monaco,Coach,Mont
Blanc,Burberry dan yg lain2 hanya bertindak sebagai 'topeng' untuk org
ramai memandang tinggi kompleks Pavilion ini.

Jadi sebelum membuat andaian mengatakan Pavilion hanyalah tempat
'bermain' golongan elit,atau pun anda pernah berkata "aku tak mampu
nak berbelanja di Pavilion",sila luangkan masa untuk cuci mata di
sini.

*tepuk dada,tanya selera.. ^_^


--
Haie Ahmad

November 10, 2008

Norman Curang?

Norman Curang?!

Well rasanya satu Malaya dah tau kisah pergolakan rumah tangga pelakon
polupar Abby Abadi dan Norman Hakim.Kalau dah namanya pun artis,cerita
bawah kain pun akan dijaja orang.Lebih2 lagi yg mengejutkan industri
hiburan Malaysia.Tapi kan,aku yakin kes ni dah pun ditatap masyarakat
seantero Asia kerana ini cerita bawah kain artis!

Khabarnya Norman Hakim telah kantoi ditangkap khalwat bersama dgn
seorang pelakon wanita yg bernama Memey(mcm ni kot ejaan) di sebuah
lokasi yg aku kurang pasti rumah/pejabat.Kes tangkapan yg menjadi buah
mulut org kita ni membuatkn Abby nekad untuk menuntut cerai.

Maka berlakulah adegan terjah Abby bersama wartawan2 yg sedari mula
lagi berada di mahkamah ketika Abby memfailkan permohonan cerai.Dah
macam paparazi dah aku tgk wartawan2 dan jurugambar mengekori Abby ke
lokasi penggambaran Gerak Khas.

Apa yg berlaku kt lokasi tu,rasanya tak perlulah aku beritahu sbb
mesti semua dah tgk segmen "Terjah" dlm Melodi kan?Kalo blom tgk atau
nak tgk lagi,korang browse dlm YouTube.Ada dlm tu sbb aku pun tgk dari
YouTube jugak.
Apa2pun,aku kesian dgn Abby diperlakukan begitu oleh suami
sendiri.Takkan si Norman tu tak serik2 dgn kes pertama dulu sampai
bercerai tu.

Kalau betul lah Norman ada hubungan sulit dgn pelakon yg ado tu..ingat
di sini bahawa satu Malaysia dan mungkin Asia kini sedang mengutuk kau
wahai Norman.Kau pun sama jugak Memeiy..whatever~

*tertarik dgn satu komen drp penonton dlm YouTube yg menyaksikan video
Abby serang Norman.Katanya : "ketentuan Allah atau dirancang?Adakah
Allah yg merancang kau untuk berkhalwat?"

November 09, 2008

Ahad di KLS

Hello pembaca,nampaknye aku ni cuma update blog 2 hari sekali yek?Baru aku perasan.Rase mcm sindrom malas update dah kembali.Takpe2 aku cuba update hari2.Hari ni Ahad,aku takde buat apa2 selain melepak kat KL Sental..Ape?? KL Sentral? Apehal ek lepak KL Sentral? hahah Actually aku temankan BB aku kat sini.Saje la sambil2 dia study sambil aku online. Now tgh update blog la.Malam sket baru aku balik.Thnx for reading..

November 07, 2008

Walking Tall

Damn Hot! yeah im Hot..hot sebab cuaca panas. Semalam aku tak update pun blog sebab takde ape2 yg menarik utk ditaip. By the way,semalam francais terbaru James Bond : Quantum of Solace dah menjengah pawagam.Aku nak tengok?Hm...tak kot..entah lah maybe tengok kot..tgk lah nanti. Hahahha berapa banyak tengok daa... Hari ni aku break pergi caybe cafe sebab nak online secara puas. Kalau kat hp tak berapa puas sangat sebab skrin pun kecik. Setakat online light2 boleh la.. Cafe yang selalu aku pergi tu hari ni kena serang virus katanya~ Patut la aku masuk tadi tgk sume pc dia blank.Kesian deh loh~ So terpaksa la aku pergi cafe sebelah yang ado kelajuannya... Tapi hari ni not bad pulak speed dia.Selalunya mcm lembu!

November 05, 2008

Skandal yang setia..

Bicara tentang skandal..
Aku tyn mbr2 tmpt kje aku ttg pengertian dorg 'ape itu skandal'.Dan
dorg ckp skandal tu mcm teman tapi mesra gitu.Teringat pulak aku satu
ketika dulu ade org ajak skandal2 dgn dia.Lama sblm aku berpacaran dgn
si comel aku skrg ni.

Motifnya sbb dia suka dgn aku tapi still nak stick dgn
boyfrennya.Sungguh motiveeee!
Aku xde la sgt nk kt dia pun.Setakat alasan yg ado diberikan.Katanya
nnt ada rezeki,kita boleh kapel.Oh please,kalo mase dgn bf sendiri pun
dia nk pasang skandal,ape ke halnye bila kitorg kapel nnt??!
Jahanam la..

Ni nk cuit sikit ceritera cinta kwn kpd lover aku kini.Menurut kata
lover aku,kawannya ade kapel tp kata kapelnya "scandal is allowed
between them"...fikir sejenak.
Then apa modus operandi mereka berpacaran jika berskandal itu
dibenarkan dlm hubungan mereka?
Kes nya sama lah kiranya dikatakan yg budak itu (teman lover ku ini)
pun sebenarnya SKANDAL kpd "boyfren" sendiri!

*renung2kan,dan selamat beramal ^_^

-
Haie Ahmad

November 04, 2008

Shopping Tingkap aje...

Last Sunday,aku dgn Zaida the Fabulous Lady pergi sopink2 kt Lot10.Yg
sopinknye die,aku just window2 sopink je.Kene catu bajet duh~Dia
sempat gak sambar pant,skirt n baju kecik!

Byk yg diborakkn sewaktu bersopink.Hal itu dan ini.Sempat jugak dia
introduce laki baru dlm hidup dia.Tapi not so sure ttg hubungan
dorg..Khabarnya sedang berpacaran gitu.

Dalam duk berjalan2,termasuk skali bab party Amran kt Loft nnt.Katanya
motif dtg party berbayar???Hahaha...
Ala kira mcm party sendiri2 Gitu.Amran ade bgtau aku ttg cover
charge.Meaning,we enter at our own risk...lallalaalaa~

*zaida dah beli pink top utk party tu yeeee.. :P

--
Haie Ahmad

Farewell Joe!

Akhirnya....
Kabur jua kelibat Chef Joe dr LaPlace.Smlm hari last dia kerja
sini.Bkn maksud aku 'suka' dgn pemergian Joe,jauh sekali menghalang
dia utk mencari peluang lain,tapi dek kerana satu insiden yg telah
menawarkan hati dia utk kerja di sini.

Selama setahun lebih mengenali Joe,hanya sekelumit pengetahuan yg aku
belajar dr dia.Sejujurnya,dia berpengetahuan luas jika nk dibandingkn
dgn figuranya sendiri.Aku tak anggap Joe rapat dgn aku tetapi kami
kerap keluar bersama;shopping barang dapur,jemput awek dia etc.
Joe boleh masuk dlm pelbagai tajuk cerita.Mungkin kerana dia matang
dan lebih dulu drive kereta dr aku.

Seorg yg berfikiran terbuka dan antara yg berani bersuara ttg
orientasi aku.Tenang bila mendengar pengakuan aku ttg cara hidup
bisexual,dia tak nampak seperti kurang selesa bergaul dgn aku..
That's JOE!

Now he's gone but not for sure la ever2 nye tu.Insyallah one day we'll
meet again.KL is not that big.

*menunding jari ke dada sendiri sambil mengangguk2
kehairanan.."masalah aku ke?" -kata joe dulu.

November 01, 2008

Drakula vs Drag'kula

Awuuuuuuuu~
Hihihihihihi!!!!!

Yeah! 31 Oktober hari Halloween.Tak plan sgt pon sbnrnya.Just last
minit punYa preparation.Ikut plan asal aku just nk clubbing kt Blueboy
je tp petang sblm celebrate halloween,aku ke OneUtama utk cari tanduk
setan.

Dalam tgh kusyuk mencari tu terjumpa pulak kostum drakula.Cool! so aku
decided utk menjadi drakula mlm tu.

Mlm tu ada sekumpulan guest celebrate halloween kt restoran aku
kerja.Macam kostum yg aku tgk,tp yg plg x tahan tu,aku pulak yg lebih
sudu dari kuah.Aku siap dress drakula trus mlm tu utk layan guest2
hantu kubur tu semua! hahaha baru lah ade feel....layan~

Menjelang pukul 1pagi,aku sampai depan Planet Hollywood seperti yg
dijanjikn.Aku,Amir,Amran da2 org lg kwn dia nk masuk Planet mlm tu nk
celebrate.Tapi aku xde la beriya2 sgt berkostum.Dkt tmpt kje sudah jd
drakula,kt dlm planet jd 'setan' sudah.....