Aku yakin pengunjung pusat membeli-belah tersohor Suria KLCC pasti terpegun melihat selembaran dinding di lot asal KFC di aras bawah Suria KLCC kini dilitupi dengan billboard sebesar alam yg tertera perkataan "From Tokyo to Kuala Lumpur".
Yesss!! Itu adalah tagline dari jenama pakaian nombor satu di Jepun, UNIQLO!
Ini merupakan cawangan kedua jenama itu selepas pembukaan rasminya di Fahrenheit 88 pada November tahun 2010 yang mana menyaksikan puluhan ribu pelanggan beratur pada minggu pembukaannya.
UNIQLO terkenal dengan kualiti dan pakaian asas harian utk segenap usia. Dari bayi hingga lah ke orang dewasa. (UNIQLO Baby & Kids masih belum ada di KL).
So, sama-sama tunggu lah bila dibuka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment