Sedihnya..........
Genap lapan hari aku berada di Kuching.
Tapi belum puas dengan Jesper dan keluarganya..tambah2 lagi anak buah dia si Chechel yg montel tu.
Sepanjang di Kuching, aku cukup berterima-kasih kepada seluruh keluarga Jesper kerana penginapan dan layanan mesra yang diberikan. Ibu Jesper memang pandai masak. Walaupun ada makanan yg dimasak aku tidak makan, tapi ibunya tetap masak.
Paling aku suka sayur bayam goreng, sambal nasi lemak (terhebat!) , rendang daging dan ayam masak merah masa lunch terakhir aku di rumah itu.
Aku berangkat ke lapangan terbang pada jam 5pm. Hujan lebat di Kuching melambatkan sedikit pergerakan kami. Ditambah pula pada hari ini seluruh Sarawak sedang mengundi pilihanraya. Jadi banyak jln yang sesak.
Sedih sgt aku tengok Jesper hari ni. Dari pagi sampai lah ke malam..air matanya bergenang, mengalir kerana pemergian aku. Sebak hati aku. Berkali juga aku lap pipi dia yg basah kerana airmata. Sambil dia senyum2 paksa :) I know he was sad.
Melihat dia begitu, sudah cukup utk membuatkan aku berat hati utk balik.
But we must follow the rules, plans and everything. Dia akan dtg ke KL pula pada May, August & December nanti. This time, aku akan bawa dia jelajah satu Kuala Lumpur..
**Jesper dear, I already miss you the moment I click on the 16th for the flight back to KL when I booked the ticket**
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment