There was an error in this gadget

April 25, 2011

I have a PASSPORT!! :D

"Adik, ko jangan tak pegi Singapore tu. Nanti akak takde geng"

- begitu lah antara sedikit SMS yg aku terima drp Kak Lina. Dia bersama aku antara leader yang dihantar ke pembukaan store UNIQLO di Singapore.

Lalu seawal jam 530am aku sudah bangun utk membuat pasport di Jbtn Imigresen Wangsamaju. Aku bertolak dari rumah jam 630am menuju ke Wisma Rampai, tempat terletaknya lokasi yg aku tuju.
Aku tiba di Wisma Rampai sekitar 715am tanpa membawa gambar berukuran pasport!!!! Oh tidak...

Nasib baik ada kedai gambar yg dibuka seawal 700am di tepi pejabat imigresen itu.

Sebaik mengisi borang dan mengambil nombor giliran - 1009 :) , sementara menunggu dipanggil, aku membaca akhbar.

10 minit kemudian tiba giliran aku..
10 minit kemudian selesai pendaftaran..

Aku kemudian ke restoran mamak di hadapan bangunan itu untuk bersarapan sementara menunggu passport siap dalam 30 minit.
Selesai makan, aku masuk semula dan rupanya pasport aku sudah siap diproses!

Wah! Sungguh pantas dan cepat!
Aku kini sudah ada passport!! Haha jakun betul rasanya...boleh lah selalu ke luar negara lepas ini..ehehehe

**tahun ni byk naik flight! Sarawak, Singapore, Penang, Sarawak lagi dan Langkawi!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment