Hari ni kami ke ladang ternakan buaya terbesar di Sarawak iaitu ; Jong's Crocodile Farm. Aku sendiri tak tahu ape makna 'jong' itu.
Perjalanan dari Bandar Kuching mengambil masa kira2 satu jam memandu. Kami tiba di ladang itu pada sekitar jam 245pm.
Terlihat satu ukiran besar replika buaya yang paling digeruni suatu ketika dulu, Bujang Senang menyambut kedatangan pengunjung ke tempat itu
Di sini lah juga dipamerkan tengkorak kepala buaya yg pernah mengganas di Sungai Batang Lupar dahulu....si Bujang Senang. Buaya gergasi yg sukar di tangkap itu akhirnya tewas di mata senapang milik seorg penduduk tempatan. Bujang Senang popular kerana saiz badannya yg besar dan mempunyai kulit belakang yg berwarna putih!
Bayaran masuk RM16 utk dewasa dan RM10 utk penduduk tempatan, Sarawak.
Di dalam kawasan itu juga dpt dilihat beberapa ekor haiwan lain seperti ular sawa, beruang, memerang, emu, ikan Arapaima Gigas dan macam2 lagi..
Dah macam zoo pulak dalam tu. Tapi 80% penghuninya adalah buaya dr pelbagai spesis.
Ada banyak kolam buaya di kiri dan kanan dan paling agak mencabar adalah sewaktu melalui satu kawasan paya "hidupan liar" kerana kita berjalan betul2 di tengah2 habitat buaya2 ganas itu. Hanya jaring yg memisahkan. Sungguh thrill! Kiri kanan ada buaya...
Sesi memberi makan buaya pada pukul 3pm dan kami sempat melihat kerakusan Sang Bedal itu melompat2 keluar dari kolam utk mencapai bangkai ayam yg digantung di tengah kolam..
Well..that's all :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment