Jumaat lepas aku dikejutkan dengan satu berita yang aku sendiri tidak pasti baik atau buruk. Terasa berat untuk menolak dan juga serba salah..
Sewaktu dipanggil oleh Manager aku, tiada lain yg bermain di fikiran kerana aku sangkakan dia ingin laporan prestasi staff dibawah jagaan aku.
"Do u have a passport?"
"Erk..?!" - aku terkedu
"Ok actually we would like to send some of you guys to Singapore"
Sebaik mendengar penjelasan Manager aku, perasaan melonjak gembira kerana bukan calang2 staff yang terpilih ke Kota Singa itu. Kami ke sana utk membantu pembukaan store keempat UNIQLO di ViVo City.
Mesti lah aku berasa seronok kerana baru-baru ini aku kerap bercita2 untuk ke Singapore. Malah aku pernah "berjanji" pada diri sendiri, andai kata aku ingin melawat negara orang, Singapore menjadi pilihan nombor satu.
Di sebalik kegembiraan itu, aku semakin serabut memikirkan tentang ketiadaan pasport!
Ye lah..aku belum pernah ke luar negara..
Tarikh untuk berangkat ke Singapura hanga tinggal beberapa hari lagi..
Tiba-tiba aku menjadi kecewa..
No passport, no Singapore...
Manager aku memberi tempoh utk aku mendapatkan pasport sebelum pukul 3pm pada hari Isnin 25 Apr 2011.....
**Singapore 29 Apr - 3 May :) :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment