Hahaha!! Tengok tajuk entry kali ni, "takkan lari gunung dikejar". Memang sesuai lah dengan situasi kami pagi tadi. Kononnya nak bangun seawal 5 pagi untuk mendaki gunung, sudahnya bangun pukul 630 pagi!!
Hamik kau! Aku dan Jesper sama2 terlajak tidur. Jangan ditanya lah apa yang kami buat semalam sampai tidur lewat. Hehe
Kami segera bersiap dan terus ke McDonalds yg utk bersarapan. Itu pun makan yang light2 je.
Selepas bersarapan baru kami bertolak ke Kubah National Park yang terletak di kaki gunung Serapi (kalau tak silap aku).
Bayaran masuk RM10 dewasa.
Usai mendaftar nama dan mendengar sedikit penerangan drp penjaga taman negara itu, kami memulakan pendakian!
Baru setengah jalan aku dah rasa nak tertanggal kepala lutut! Maunye tak, aku daki pakai selipar! Hahahaha..
Melihatkat peta tu pula, mengambil masa kira2 satu jam setengah utk sampai ke air terjun! Mmg azab la..
Daki...dan daki terus mendaki
Dah! Malas nak taip!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment