Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tibanya tanggal 29 Mei.
Tarikh peningkatan umur aku. Yes 29 Mei merupakan tarikh lahir aku...well tak perlu lah kot aku bagitau berapa umur aku sekarang..cukup lah sekadar bagitau korang yang pada tarikh 29 Mei 2010 itu nanti, aku sudah bergelar "suku abad" =D
Pada tahun ini, aku sudah siapkan "wishlist" sendiri untuk aku terima atau dapatkan daripada kawan2 sekeliling. Aku telah pun menyiarkan wishlist itu di laman Facebook milik aku. Antara yang terkandung di dalam wishlist itu adalah ;
1. My Immortal piano cover
2. McFlurry Oreo dari McDonalds
3. Oreology dari J.Co Donuts
4. Ono Oreo dari Big Apple
5. new boxer
6. any Baby Milo products
7. free movie
8. Green Tea latte dari Starbucks :)
Di antara 8 wishes tersebut, 5 sudah dimakbulkan oleh kawan aku kecuali wishes bernombor 5, 6 dan 8. Dalam kelapan2 wishes itu, aku letakkan My Immortal piano cover sebagai permintaan yang teratas kerana itulah yang aku nak sangat2 sejak tahun lepas. Aku sangat gilakan lagu itu semenjak kali pertama mendengarnya pada tahun 2004 sampaikan seorang teman baik aku, ELmo pernah menghadiahkan sekeping CD pada tahun 2005 yg mengandungi lagu My Immortal yg di ulang sebanyak 23 kali..hanya lagu itu di dalam CD pemberiannya...even lagu dlm blog aku sekarang pun merupakan lagu itu..dan bermula pada tahun 2008, aku sangat2 inginkan seseorang untuk memainkan lagu itu dalam versi piano khas untuk aku! :)
Pada tahun 2008, aku pernah meminta seorang kenalan dari Sarawak untuk memainkan lagu itu untuk aku setelah mendapat tahu yang dia berkebolehan bermain piano. Namanya JESPER. Tetapi disebabkan kesibukan Jesper, dia tidak dapat memainkan lagu itu untuk aku. Memang lah sedikit sedih tetapi aku menghormati keadaan Jesper yang sibuk
Tetapi semalam...pada 26 Mei 2010..3 hari sebelum tarikh lahir aku..
Aku terima panggilan daripada Jesper. Aku menjawab panggilan itu tetapi tiada suaranya di hujung talian..dan tiba2 aku terdengar alunan piano..
Iramanya macam aku kenal...dann OMG!!! he was playing the My Immortal song for me! live from Sarawak!! ahhahah Aku sangat2 gembira dan dengan tak malunya aku menangis sebab akhirnya ada jugak org yang mainkan lagu itu untuk aku..melalui telefon pulak tuh! Aku sangat2 hargai usaha dia..dan aku anggap wish aku yg pertama itu sudah termakbul oleh Jesper. Thank you so Much!! Sampai habis aku dengar dia mainkan lagu itu.. it was nice..melodramatic and...exclusively for me =)
Tak cukup dengan itu, Jesper kini sedang dalam proses untuk merakamkan video dia sedang bermain lagu itu untuk ditunjukkan kepada aku.
Aku tak tau lah kalau korg minat lagu tu tapi aku yakin korang pernah dengar lagu tu.
Melodinya sangat2 indah..especially the piano part..
Dengan ini, aku hanya perlu dapatkan boxer baru, toys Baby Milo baru dan green tea latte yg akan diberi oleh kawan yg sedang bekerja di Starbucks Mid Valley =)
Thanks kawan2..aku tak mintak benda mahal pun..most of them are foods ..ahaks!!
No comments:
Post a Comment