May 19, 2010

19th May Hari Malang!!

Pagi ini aku dah dikejutkan dengan panggilan telefon dari rakan baik
aku si Zaidah tu..

Huarrghhh!! -menggeliat.
Baru nak merasai nikmat tidur tetapi dikejut pula. Well, aku tak
salahkan dia kejutkan aku tapi aku sendiri yang tidur lewat malam
tadi. Aku tidur sekitar jam 4.55 pagi! Waktu di mana burung2 bersiap
keluar mencari makanan, aku baru menarik selimut. Laptop dibiarkan
terpasang - Facebook, twitter dan Yahoo Messenger ku dibiarkan ke mode
lalai. Dan aku terus tertidur sebelum dikejutkan dengan ringtone
Telephone dari Lada GaGa 2 jam kemudian..

"hello......~?"

"haie pukul 730am aku turun" suara Zaidah di hujung talian

"..haa..ok" balas aku dlm nada mengantuk.

Selang 30 minit kemudian,aku bingkas bangun dari tempat tidur. Rugi
rasanya meninggalkan tilam dan bantal busuk! Aku segera bersiap ala
kadar kerana aku sudah lambat untuk mengambil barang2nya - satu beg
pakaian dan laptop. Aku harus ke Bdr Tun Razak sekarang!

Aku sampai di stesen Bdr Tun Razak dan mengambil beg berisi pakaiannya
dan juga laptop. Aku berpatah balik ke Bdr Tasik Selatan menggunakan
tiket yg sama aku gunakan utk ke Bdr Tun Razak tadi! Maka terjadilah
insiden sudah ku duga ini.

Aku cuma memasukkan tiket tadi ke exit gate di stesen Bdr Tasik
Selatan dan berbunyi "teeett teett" . Alamak! Tiket tak diterima. Aku
mencuba lagi dan ya, tetap gagal. Aku ke kaunter kerana tau salah aku
menggunakan tiket yg sama.

"kak, tiket ni....."

Petugas di kaunter itu terus mengambil tiket yg dihulurkan tanpa aku
habis bercakap. Sungguh kurang sopan!

"tadi swipe kat stesen ni kan?" tanya petugas wanita terbabit.

"yer,nak ke Bdr Tun Razak tapi saya tak keluar kat sana. Saya patah
balik" jelas aku

"tak boleh. Awak kena turun kat sana dan beli tiket ke sini. Atau awak
nak bayar denda RM5?"

Apa!? Denda RM5 ?! Mahalnya!
Tak pernah pula aku tau dendanya semahal itu.
Nak atau tak,aku terpaksa lah membayar denda RM5 tu. Kalau diikutkan
tiket dari Bdr Tun Razak ke Bdr Tasik Selatan cuma 70cen.

"lain kali jangan buat lagi" pesan petugas kaunter itu

Aku terus berlalu beserta maki hamun yg berebut2 keluar dari mulut
aku. Aku harus lekas pulang. Memikul beg berisi pakaian dan laptop
Zaidah. Aku sempat membeli sebungkus milo ais utk mengalas perut pagi.

Sesampai di bilik, aku terus sambung online. Tak banyak notification
dan update yg aku terima di Facebook mahupun twitter pada pagi ini.
Bosan dengan laman sosial terbabit, aku beralih kepada Yahoo
Messenger. Dari situ, aku berchatting bersama beberapa org rakan -
termasuk abang angkat aky si Nazeri tu. Lama benar tak tanya khabar
dia. Kali terakhir kami berjumpa pun pada kira2 bulan Januari lepas
sewaktu dia baru mendapat lesen memandu.

Banyak yang dibualkan dengan Abeli (nama panggilan aku utk Nazeri).
Dia kemudian mengajak aku untuk makan tengahari bersama. Memang
bersesuaian sangat lah sebab hari ni aku tidak bekerja. Jadi kami
bersetuju untuk makan tengahari bersama. kira2 jam 1255pm, aku
bertolak ke Menara KWSP di mana Abeli bekerja. Tapi aku sedikit
terlewat! Aku harap Abeli tak marah =)

Aku jumpa Abeli di hadapan pejabatnya dan kami terus ke medan selera
yang terletak di dalam bangunan Menara KWSP tadi. Menu makan tengahari
aku hari ini ialah nasi goreng kampung beserta coke! Sementara Abeli
memesan mihun goreng dan air strawberry. Kami
makan..makan..borak...borak...borak..sampailah ke pukul 230pm. Abeli
sepatutnya kembali ke pejabat pukul 2pm tapi dia lengah2kan sebab
ingin berbual lama dengan adiknya ini.

Pukul 3pm Abeli minta izin untuk pulang ke pejabat. Dan kami membawa
haluan masing2. Aku terus ke stesen Bandaraya dan Abeli ke pejabatnya.
Sementara menunggu tren tiba,aku mengambil kesempatan dengan menaip
blog entry ini. Selang beberapa minit kemudian, tren tiba dan aku
terus menaiki tren tersebut tanpa melihat destinasi yang tertera di
kepala tren itu. Di dalam tren, aku masih menaip dan terus menaip
tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Sehingga pada satu masa, aku
menjenguk keluar dan berasa aneh....pelik! Sepanjang menaiki tren
sebelum2 ini, aku tak pernah melihat pemandangan di luar tren seperti
mana yg aku lihat ketika ini. Kenapa macam lain je.

Tiba-tiba terdengar pengumuman..

"stesen berikutnya, Ampang. Next station, Ampang"

Oh my Gosh! Patut lah lain macam je pemandangan luaran sepanjang trek
LRT ni tadi! Rupenya aku dah tersalah naik tren! Aku sepatutnya
menaiki tren ke laluan Sri Petaling..tapi aku sekarang dalam tren ke
laluan Ampang. Baru lah aku ingat yang aku kusyuk menaip blog ketika
di stesen Bandaraya tadi sehingga terlupa melihat nama destinasi tren.
Marin redaahhh ajer!

Turun di stesen Ampang dan aku berpatah balik ke Bdr Tasik Selatan.
Hujan makin lebat. Macam mana lah aku nak balik.. Sampai kat stesen
Bdr Tasik Selatan, baju dan seluar aku dah basah dek tempias hujan
ribut. Nak atau tidak,aku terpaksa amik teksi untuk balik.
Tapi....untuk mendapatkan teksi, aku kena melintas ke depan..dan aan
menyebabkan aku lebih basah!

"damn! i hate this situation.." kena lari dalam hujan.

Aku berlari dan terus menerpa masuk ke dalam teksi yg sememangnya
sedia menunggu penumpang.

"flat tasik selatan" kata aku kepada pemandu

Serius hujan sangat2 lebat sekarang. Had penglihatan pun terjejas. 5
minit berada dalam teksi, aku melihat ke depan dan ternampak deretan
kenderaan berhimpit2. Oh my god..this is not a good sign! I knew i
will get stuck in this massive congestion.. Teksi semakin
perlahan..dan perlahan..dan terus terperangkap dalam kesesakan. Semua
kenderaan tersangkut, cuma yang rancak berjalan pada waktu ini cumalah
meter teksi yang menggerunkan!

Perjalanan yg sepatutnya kurang dari 10 minit menjadi ke 40 minit.
Sewaktu teksi menghampiri perkarangan rumah,aku menyuruh teksi itu
menunggu kerana aku cuma ingin naik ke rumah untuk mengambil laptop
dan menukar pakaian yg basah. Melayang RM8.60 untuk teksi.

Aku berlari naik ke rumah..menukar pakaian lain, capai laptop dan oh
yes! I need an umbrella!
So i grab the umbrella behind my door and rushed back downstair. Teksi
itu masih menunggu. Aku masuk dan terus terpandang meter.

"uncle, kenapa meter tu RM10.20?"

"ya lah, i tunggu you..meter jalan lah"

"excuse me, i dah bayar for the 1st trip tadi. It should be RM3.00
back lah kan?" aku dah mula bengang

"ok ok!" jawab pemandu tu sambil menukarkn kembali bacaan meter kepada RM3.00.

Ciss!! Ingat aku bodoh ke tak pernah naik teksi. Nak tipu penumpang
konon! Menyumpah aku dalah hati. Sesampainya aku di stesen Bdr Tasik
Selatan,aku meneruskan perjalanan malang ke Bukit Jalil. Berbekalkan
kad Touch'N'Go milik Zaidah, aku dengan konfiden terus ke gate dan..

'Teeett!' -failed! Aku cuba lagi..dan 'teettt' lagi.

Aik? Ape citer nih? Zaidah cakap baki kad dia tu ada lagi RM9. Tapi
tak boleh guna! Carutan bermula.. Terpaksa lah beli tiket lain ke
Bukit Jalil.
Sampai di Bukit Jalil, aku buka payung untuk menyeberangi jalan untuk
mendapatkan teksi. Hujan masih berterusan beserta angin kuat sehingga
menyebabkan payung aku hampir terlepas! Dan dah patah pun salah satu
besinya! Hampeh betul!!!! Ape lah malang hari ni.

Aku terus menahan beberapa teksi yg melalui jalan ke Sri Petaling.
Tapi macam haram sebab takde satu pun teksi berhenti! Diorang tak
nampak aku ke?! Gile lah.. Hampir 10 minit menahan teksi, datang pulak
bas rapidKL. So aku decided naik bas tu je lah. Dalam bas tu aku
terserempak dengan kawan lama aku si Rossi puki. Dia bakal pulang ke
Sabah esok. Kami berbual sekejap sebelum aku turun di depan sebuah
cafe.

Berbekalkan payung yg dah patah tadi, aku berjalan ke Hotel Sri
Petaling. Aku terus masuk ke lobi hotel....di kaunter.

"is there any room available for tonight?" tanya aku kpd petugas kaunter

"do u make a reservation?" soal petugas itu pula.

"erm..No..well actually im here to check-in for my friend"

"then we have only family room vacant for tonight" jawab petugas terbabit

"family room? how much per night include with the deposit?"

"RM 400"

"wow..! hm..excuse me for a while" aku terkejut dan terus ke sofa di
lobi. duduk memikirkan malang apalagi lepas ni.

Aku menghantar sms kepada Zaidah memaklumkan tentang ketiadaan bilik
untuknya pada malam ini.

Aku buka laptop untuk online tetapi broadband Maxis si Zaidah ni tak
boleh connect lah pulak! Geram giler aku.

***TO BE CONTINUED***

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment