May 18, 2010

I'm Lovin it! =)

3rd entry for my blog for this month =)

Aku baru perasan yang aku sekarang sangat2 jarang update blog ni.
Berbanding pada tahun 2008 dulu,bole kata setiap hari akan ada entry
baru. Well what to do lah kan,nak kata takde masa..byk je pulak masa
aku layan Facebook berjam2. Adakalanya aku online Facebook dari habis
waktu bekerja sampai ke pukul 4-5 pagi!! Gile lah weih!

Bercakap pasal Facebook, tadi sebaik tiba di rumah dr tempat kerja,aku
terus plug-in charger handphone dan terus login Facebook..as always I
did. Terbaca la pulak status si kawan baik aku ni...sakit hati
katanya~ rasanya aku tau kenapa =)

Dalam duk kusyuk berFacebook, aku terima panggilan dari Zaidah..

"haie! Ko di mana?" ceria je suara Zaidah.

"bilik lah..why?" balas ku.

"bersiap sekarang. Kitorang pick up ko"

Pick up?? Kitorang?? 0.o aku pelik. Wait a minute..Siape 'kitorang' yg
dia maksudkan tu..lalu aku bertanya..

"kitorang tu siapa?"

"ade lah....cepat la siap" balas Zaidah berteka-teki

"siapa babe..ko dgn siapa tu?" tanya aku lagi

"aku dgn Hafiz lah..." jawabnya

"oh ok! Jap aku mandi..." kata aku sebelum mengakhiri perbualan kami.

Hm...dengan Hafiz ye.. How come boleh dgn Hafiz lak dia malam2 ni.
Mane dtg mamat tu.. Aku terus ke bilik air untuk mandi. 10 minit
kemudian aku siap dan terus menghantar sms kpd Zaidah.

Sent ; "dah siap. Korg kt mane?"
Replied ; "dkt dgn kedai mak ayam"

Ok aku tau di mana. Turun bawah je aku terus ke gerai mak ayam tu. Di
situ sebuah Myvi putih menunggu. Aku masuk dan bersua muka dgn si
Hafiz yg dah hampir 5 tahun tak jumpa..still tak berubah dia. Masih
sana macam sewaktu kami bekerja di hotel lagi.

"jom lepak minum" kata Zaidah

"sini mane kedai best?" tanya si Hafiz

"sini? Mane ade kedai minum yg best" balas aku

"ko dah mkn ke belum?" tanya Hafiz

"dah..melantak kat tempat keje tadi"

"aku nak tempat makan yg ada wifi!" sahut si Zaidah

"hm..wifi?...sini mane ade"

"jom pegi McD lah..24hour." cadang si Zaidah lagi

"McD Taman Connought ada" -Hafiz

Huh!? Taman Connought??
Sumpah aku tak pnh tau Taman Connought ada McD 24hour! Gile ah...haha

So we went to Taman Connought lah. Sampai je di McD yg dimaksudkan,
kami bercerita kenangan sewaktu bekerja di hotel dulu. macam2 cerita
keluar..dari kes curi ikan salmon sampai lah ke kes skandal manager
hotel.. Zaidah memang hebat! Dia dah mcm CNN kat hotel dulu. Semua
cerita keluar!

Tak lama kami lepak. Sebab masing2 nak kerja esoknya kan =) kecuali
aku lah. Esok aku offday. Tapi ada sikit urusan perlu dilakukan esok.
Urusan 'membantu rakan2' katanya.

Ok lah, penat sudah menaip.
See you in the next entry! =)

*esok pagi2 pergi rumah Zaidah amik pinko dan bajunya.

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment