May 28, 2010

i miss you. . .

Apa lah nasib aku sekarang ni kan?
Aku sendiri tak tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Perasaan dan emosi
aku cepat berubah dan tak menentu. Aku tak faham kenapa aku sangat
memikirkan perkara itu..terlalu memikirkan tentang itu..

Hidup aku kini sunyi. Tersangatlah sunyi tanpa orang yang disayangi.
Aku pernah bercinta, mencintai dan dicintai, tapi kini hanya
bertemankan kesepian. Sedih dengan keadaan hidup aku sekarang. Aku
tidak punya ramai teman kerana aku sukar percayakan seseorang. Tidak
mudah untuk aku meletakkan status 'bestfriend' itu kepada sembarangan
orang.

Aku perlukan CINTA.

Tak boleh ke kalau takde C.I.N.T.A ?
Well, siapa je di dunia ni taknak disayangi kan?
Aku pernah bahagia dengan seseorang, tapi kini hidup aku sangat
merana. Kerana diserang rindu dan kenangan yg ditinggalkan oleh bekas
kekasih. Aku telah cuba sedaya termampu untuk melangkah keluar dari
zon selesa aku tetapi berat langkah kerana telah bertahun dipateri
bersama cebisan2 dan kukuhnya kenangan. Korang faham ke tak apa aku
ckp ni?

Di sini lah gunanya 'bestfriend'. Memainkan peranan sebagai keluarga,
guru dan doktor untuk kita. Kita tak perlu bekas kekasih untuk menjadi
ubat..juga tidak perlu senjata tajam sebagai galang ganti untuk
menghapuskan segala keperitan sakit hati. Kita hanya perlukan
'bestfriend' di sisi.

Aku pernah mahukan 'dia' utk kembali. Mewarnai kembali hari2 aku.
Tetapi ludah tak mungkin dijilat kembali olehnya...tak mungkin dia
singgah kembali hati yg pernah didiaminya. Kerana aku pernah kecewakan
dia. Sangat pedih aku perlakukan dia. Hina sangatkah dia untuk aku
layan sebegitu rupa dahulu? Layakkah dia?

Aku mungkin bersalah. Ya memang aku bersalah. Melukakan hati dia. Dan
kini, aku hidup ibarat sebatang kara...kera? Whatever~ tiada lagi
khabar rindu..tiada tawa dan rajuk..tiada ingkar dan pertengkaran..
Bahagiakah aku kini?

No, tidak. Aku sedang mengintai hati seseorang. Dapatkah aku menjalani
hidup bahagia seperti dulu? We'll see...

*..and the cloth u left
they lie on my floor..
and they smells just like u
I love the thing that u do..
when u walked away I count the step that u take..
do u see how much I need u right now..I miss you..

- Avril Lavigne(when ure gone)

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment