May 02, 2010

Kuat! kuat!

Yeay! Ini entry blog kedua untuk bulan May ni.
Tak ada yang menarik berlaku pada hari ini melainkan jiwa aku agak
bercelaru sebab sedang rindukan seseorang. Hubungan yang sebelum ini
aku sangkakan indah telah berkubur bulan April lepas.
Sangat tragis kerana aku sangkakan yang kami masih boleh memperbaiki
kesilapan masing2.

Ternyata aku silap..
Beberapa hari sebelum aku berlepas ke Penang untuk bercuti, orang aku
aku sayangi itu rupanya telah lama bercinta dengan orang lain yang
juga merupakan rakan sekolejnya! What the f**k!

8 April menjadi tarikh paling hitam dalam hidup aku untuk tahun 2010.
Sejak dari tarikh itu,aku bagaikan hilang pedoman. Jiwa teramat
kacau..aku menangis semahunya. Basah gagang telefon rumah aku dek
kerana airmata melimpah..aku cuba sedaya upaya memujuk dia tapi
hampa..

Sejak dari itu,aku cuba kuatkan hati dan semangat ..tetapi aku lemah.
Bayangan figura si dia masih berbekas di dalam bilik tidur aku. Di
sebabkan tak tahan melawan bayangan dia,aku menebalkan muka untuk
menumpang tidur di bilik housemate. Mujur dia faham.

"teringatkan A**z ke?" tanya si housemate.

"hm........" cuma itu jawapan yg mampu aku balas.

"takpe u tidur la dalam bilik I. I faham"

Shah, seorg housemate yang memahami. Malam itu aku tidur di biliknya
dengan harapan dapat melupakan sejenak kenangan aku dgn a**z.
Sepanjang di dalam bilik Shah,aku tak boleh melelapkan mata.. Kerap
aku beralih posisi badan. Aku rimas dengan minda yang tak henti
berfikir tentang apa yg telah berlaku. Aku masih tak boleh menerima
hakikat yang aku kini SINGLE!

berhari2 jugak aku cuba menstabilkan emosi.
Aku lemah sangat..tidur tak cukup..makan pun tak lalu..
Semuanya gara2 terlalu memikirkan peristiwa yang telah berlaku.
Aku rasa diri aku sangat bermasalah..ditinggalkan..

Tapi kini..pada hari ini..aku semakin pulih.
Emosi dan perasaan aku terubat. Tipu lah kalau kata tak terkenang
langsung bekas kekasih kan..tapi apa aku boleh buat. Dia kini sedang
berbahagia dengan orang lain. Orang yang hari2 dia boleh tatap. Yalah
kan dah nama pun rakan satu kolej!

Aku mesti kuat dan harus lupakan dia.
Tapi bukan secara drastik. Aku tak mampu. Aku harus "lepaskan" dia
perlahan2..perlahan2...

Insyaallah aku kuat =)

*aku perlu banyak berfikir tentang orang baru dlm hidup aku*

--
Haie Ahmad

No comments:

Post a Comment