Hari ni aku bangun pukul 430pm! Cool kan?
Terus teringat aku punya baju belum collect kat laundry. Lepas tu
handphone Samsung yg aku hantar repair kat Lowyat pun belum collect
lagi..
Aku terus gigih mandi dan bersiap ala kadar..
Hari ni aku pakai kasut yang baru dibeli semalam, tujuannya? Untuk
membiasakan kaki dan melonggarkan ruang dalam kasut tu, selain utk
menunjuk! HAHA!
Lepas bersiap, aku terus ke laundry sambil membawa baju2 lain untuk dicuci.
"ini tak cukup 1 kilo..mcm mane nak kira?" tanya akak dobi tu
"kira 1 kilo je terus kak..." balas aku. Ye lah kan, susah2 ape,
roundingkan aje jumlah tu.
Usai urusan di dobi, aku terus ke stesen LRT Bdr Tasik Selatan.
Cadangnya nak balik sekali dgn si Zaidah tu sebab dia keluar dari
office pukul 6pm.
Sedang aku mengatur langkah, mesej masuk;
"Haie kat mane?" - text dari She, kawan UNIQLO.
"aku otw ke Bkt Bintang. Nak collect handphone"
"nak ikot!" - balas She
"ok i'll be there around 545pm tau"
"orait! She drop dkt Times Square dulu. Dah sampai nanti text ok"
"ok but then, my friend will join us tau. Dia keluar office by 6pm" -
balas aku lagi.
"ok ;)"
Aku tiba di Times Square jam 543pm, lagi 2 minit je kan? Haha...
She sudah sedia menunggu di depan pintu stesen monorel. Baru abes exam
katanya, dia terbaca status aku di Facebook nak pergi Bkt Bintang, sbb
tu dia nak join ;)
Kami ke Lowyat dahulu untuk mengambil handphone sblm ke Sg.Wang Plaza.
Di situ She membeli cover baru untuk iPhone nya..dia juga membelu satu
headphone Skullcandy yang cantik gilerrr! Warna pink lagi!
Beberapa minit kemudian, Zaidah call. Aku dan She masih lagi di Sg.Wang.
"ko katne Haie?"
"Sg.Wang"
"pukul berapa ko nak datang Pavilion?"
"erm..jap lagi je. Tgk movie nak?"
"cerita ape?" tanya Zaidah
"the Tourist? Angelina Jolie tu"
"ok aku try tgk tiket dulu, kalau ada aku beli"
"ok see u then!"
Aku dan She berjalan di sekitar Sg.Wang dan ke Pavilion. Btw, kami tak
jadi tgk movie sebab tiket tinggal barisan depan skrin, so tak jadi
beli.
Aku jumpa Zaidah di Starbucks berhadapan dgn GSC Cinema.. Cantik
berbaju kurung seperti biasa =)
Setelah menghabiskan minuman, kami bertiga turun ke Food Republic
untuk makan kerana She mengadu lapar. Aku dah Zaidah cuma membeli roti
di bakery shop sementara She dengan Subway nya. Kami berborak dan
borak sampailah She teringat akan hari lahir ibunya yg jatuh pada hari
ini.
Terus kami bergerak untuk She mencari hadiah hari lahir ibunya. Dari
satu butik ke satu butik kami singgah..She sampai hilang idea untuk
membeli hadiah. Akhirnya kerana nak cepat, dia membeli set kosmetil
Elianto utk ibunya.
Kami pulang dari Pavilion jam 10pm,
Di tengah traffic light Bkt Bintang itu, terserempak pulak dgn mak
hayam Jill Stam. Memang meriah lah la kejap. Lama tak jumpa pondan
vouge sorang ni..
Rezeki dia makin bertambah sejak angkat kaki dari SEED, begitu juga
aku. Keluar dari SEED, rezeki kami vrooommmmmm memecut naik! =)
She pulang, tinggal aku, Zaidah dan Jill ke stesen LRT utk ke rumah masing2.
*huh....penat la type! Esok pulak..
--
Haie Ahmad
perghh..bila la plak rezeki aku nak murah..
ReplyDelete